BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

TIPS: Sebagai Mertua dan Menantu

Cara mewujudkan hubungan yang baik antara Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu

Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit. Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu, ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:

 Tips Buat MENANTU 

1. Berdamai dengan diri sendiri:

- Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.

Oleh sebab itu, jika secara negatif dan selalu meyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri. Ingatlah ungkapan yang mengatakan: ”change your thoughts and you will change your world”. Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua.

Sebagai contoh masyarakat selalu melemparkan persepsi yang salah terhadap mertua seperti: mertua harus dijauhi dan tidak perlu mewujudakan hubungan yang baik dengannya, mertua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal bersama mertua dan berbgai-bagai prasangka yang lain. Persepsi yang tidak baik ini jika tertanam dalam pmikiran seseorang akan menyebabkan mertua berkecil hati dan mudah tersinggung.

2. Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut:

- Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki budaya keluarga yang berbeza. Yang dimaksudkan dengan budaya keluarga disini ialah latar belakang yang seringkali berbeza, sama ada yang menyentuh hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga dimana segalanya ini tentu sekali akan membentu karaktor, sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah.

Dengan lain perkataan, asuhan orang tua atau kualiti hubungan yang terjalin antara orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang. Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan ,pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak,sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya. Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik,segala emosi negatif dari masa lalu aka terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangganya, baik terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri.

3. Menyamakan ibu bapa pasangan dengan ibu atau bapa sendiri

- Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasangan dan mertua seperti ibu dan bapanya. Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibu dan bapa sendiri. Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.

Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibu bapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita.

Menantu juga hendaklah menunjukkan siakp bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada.

 Tips Buat MERTUA 

1. Penghargaan kita kepada menantu itu.

- Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian Namun, jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha kearah perdamaian, sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai.

2. Memberi ruang kepada anak menantu menentukan arah dan perjalanan kehidupan berumahtangga mereka.

- Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. Sewajarnya,mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu. Sebagai mertua,kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak,tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.

3. Mertua juga haruslah menghormati keputusan anak dan menantu juga.

- Cuba untuk memahami kehendak dan keperluan mereka.Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak muda. Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip islam, kita boleh menerima saranan mereka.

4. Erat silaturrahim dengan keluarga menantu.

- Cubalah berbaik-baik dengan menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim yang ada. Dengan cara ini, secara tidak langsung boleh membuatkan kita lebih mengenali keperibadian menantu kita itu.

5. Mengambil tahu apa yang disukai menantu
- Mertua juga perlulah mencuba untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang kesukaannya, masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu lebih selesa dan di sayangi oleh mertuanya.

6. Mengambil berat terhadap menantu
- Selalu mengambil berat tentang keadaan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan serta keharmonian dalam sesebuah perhubungan.

7. Tidak membeza-bezakan menantu dengan anak kandung.
- Mertua yang baik adalah mertua yang tidak membeza-bezakan anak sendiri dengan menantu. Jika mertua telah menerima pilihan anaknya, maka mertua perlulah bertindak melayan menantu seperti anak sendiri. Jangan sesekali melebihkan anak sendiri dari menantu sehingga membuatkan menantu berkecil hati.

sekadar perkongsian untuk memperbaiki kelemahan diri.
haih berdebar plak rasa. tgl lagi berapa hari je.
lepas puasa, raya kemudian? gulp!
am i ready? hehe. in-sya-Allah.

oke tata titi tutu. XOXO~!!!

13 comments:

  1. OK, saye cube foLLow.. huhu

    yang, wed card jgn lupe bg kt Sya jugak taw (paw wed card org. hikhik)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In-sya-Allah nnt sara up entry nak mnta alamat uols semua.. Hehe..

      Delete
  2. hehe..sy lmbat skit kot dr Sara..wish u luck dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lmbat atau cepat... Kita ttp akan bergelar menantu.. All the best syg..

      Delete
  3. anggap saja ibu bapa mentua tu seperti ibu bapa sendiri . maka kita akan melayan mrk lebih baik . bila kita sayang anaknya , maka kita kena sayang ibubapanya juga ...

    ReplyDelete
  4. Wahh...nice tips utk panduan bakal pengantin, pengantin baru dan lama.Terbaiklah yang.

    *Wewitt...da dekat.X saba sha nak pg.Preparation cmne sara. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu utk semua yang... Alhamdulillah berjalan lancar...

      Delete
  5. sarah ! tq for the great reminder :)

    ReplyDelete
  6. Ok tips yang berguna ni. Lagi yang baru dirikan rumah tangga kan :)

    ReplyDelete
  7. Mertua pun kena la terima seadanya pilihan anaknya walaupun dia tak berapa suka kan? Demi kebahagiaan anak. Hehe~ Hopefully, Aida nanti dapat la mertua yang sporting. Hihi.

    ReplyDelete
  8. pasni dh ad mentua pon kena bt mcm family sndiri...family dh makinmembesar lpas ni :)

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar