BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Nasi Berkhasiat Buat Keluarga

as'salam kesayangan semua.
sehatkah kamu?
ku doakan semuanya berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.
in sha Allah.

sejak sejak jadi isteri ni.
tambah pula jadi suri rumah sepenuh masa.
so nak lah daku berkongsi dengan kalian semua.
cara memikat perut suami. giteww kan.
haha harus la tambat seleranya supaya sentiasa dikasihi dicintai.
yang paling utama khasiat dari masakan kita tu.
jom kita tengok apa rahsia khasiat menambat selera suami.

Berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan nasi yang berkhasiat bagi seisi rumah. In sha Allah.

1) Dimulakan dengan bacaan bismillahirrahmanirrahim
2) Bilas beras ikut pusingan tawaf kiblat (kaabah) ATAU lawan arah jam sambil berselawat / berzikir dan berdoa
3) Bilas sehingga jernih airnya supaya hilang segala keladak & kanji yg berlebihan itu
4) Tanak nasi seperti kebiasaan
5) Bila nasi dah hampir kering, ambil sebatang kulit kayu manis (secubit serbuknya pun boleh juga) kemudian cucukkan / taburkan di tengah2 nasi itu

*bila nasi dah siap masak, in sha Allah anda akan dapat menikmati nasi yang kaya dengan khasiat (drpd cinnamon tersebut) bagi seisi keluarga. In sha Allah.



Antara khasiat dari KULIT KAYU MANIS ADALAH :

1. Mengurangi Kolestrol Jahat
Rempah-rempah dengan citarasa eksotik ini juga boleh mengurangkan kadar kolesterol jahat atau LDL dalam darah.

2. Membantu Mengawal Gula Dalam Darah
Kayu manis membantu mengatur kadar gula darah, sehingga baik diamalkan oleh pesakit diabetes. Selain itu kayu manis juga boleh diambil bagi mereka yang ingin menstabilkan tenaga dalam badan.

3. Berfungsi Menyeimbangkan Hormon
Mengandungi bahan kimia alami cinnamaldehyde. Menurut sejumlah kajian, zat ini boleh meningkatkan hormon progesteron dan menurunkan produksi testosteron pada wanita, sehingga membantu menyeimbangkan hormon.

4. Memenuhi Keperluan Serat & Mineral
Kayu manis mengandungi sedikit serat, kalsium, zat besi dan mangan. Meskipun jumlahnya sedikit, tapi manfaat nya boleh membantu melengkapi keperluan serat dan mineral harian anda.

5. Berkhasiat sebagai anti-bakteria
Banyak digunakan untuk menyingkirkan bakteria jahat tanpa merosak gigi atau gusi. Itu sebabnya kayu manis banyak digunakan pada produk ubat gigi, ubat kumur dan cairan penyegar nafas. Khasiatnya juga boleh didapatkan dengan mencampurkan bubuk kayu manis ke dalam teh, coklat panas atau susu hangat.

6. Mencegah & Mengubati Kanser
Penelitian di University of Texas, yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition and Cancer, menunjukkan bahawa kayu manis memiliki manfaat dapat mengurangkan proliferasi sel kanser, baik untuk pencegahan kanser dan mengubati penderita penyakit kanser.

7. Meringankan flu
Kandungan yang ada dalam kayu manis juga dapat mengurangi flu, terutama bila dicampurkan dengan halia. Di mana kandungan anti-inflamasinya membantu mengalirkan peredaran yang baik dalam tubuh.

8. Cukup efektif dalam mengatasi perit ketika haid

9. Mencegah Penyakit Jantung
Kayu manis memiliki sifat anti-inflamasi yang membuatnya cukup efektif dalam melindungi jantung terhadap kerosakan mahupun infeksi pada jantung, terutama di arteri akibat makanan berlemak.

sumber informasi ni ku dapati dari facebook.
so rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian.
ilmu yang bermanfaat elok dikongsikan.
In sha Allah cara memasak nasi ini juga boleh mendapatkan nasi berkhasiat sepower kualiti beras Taj Mahal. Mudah2an. In sha Allah berjaya. Selamat mencuba semua!

3 comments:

  1. terima kasih sara untuk resepi sihat ni.boleh try letak kulit kayu manis tu :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak, nice sharing. Nanti sheila nak amalkan yang buh kayu manis tu. hehe alhamdullilah sejak kawin sheila amalkan berselawat masa masa nasi dan lauk (",)

    Mohon share dekat fanpage sheila boleh?

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar