BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

FILEM : Ombak Rindu

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

*********************************************************************
saya suke kamu. aauuwww~!!
aku sepertinya tidak percaya. Novel Ombak Rindu adalah satu novel yang amat menyentuh hati ku ketika aku mula membacanya. Watak Nurul Izzah sgt2 berjaya menumpahkan air mata ku. Hariz lelaki kaya yang kacak yang mampu meruntun hati setiap gadis yang membaca novel itu.

aku happy sgt bila dpt tahu novel kegemaran aku akan di filemkan. Tahniah kepada Fauziah Ashari kerana menghasilkan novel yang sgt berkualiti. Sinopsis novel ini adalah seperti yang di atas. aku sgt berharap filem Ombak Rindu ini akan berjaya.
Ini adalah barisan pelakon Ombak Rindu:
  • Nurul Izzah : Maya Karin
  • Hariz : Aaron Aziz
  • Mila Amylia : Lisa Surihani
  • Datuk Sufiah : Umie Aida
Harap2 Maya Karin boleh membawa watak Izzah. Untuk Lisa Surihani.. beliau sememangnya cantik. dari trailer yang di tonton beliau boleh membawa watak antagonis. hahaha. suke suke jep aku cakap camtu kan. dan sekali lagi... Aaron Aziz membawa watak hero yang bisa mencairkan hati gadis2 di luar sana. owh bertuahnya isteri beliau. aku doakan moga mereka bahagia hingga hujung nyawa. layan gambar family Aaron Aziz.
Happy Family~!!! ♥♥♥
oke satu je la eh. sb ini je gambo yg aku suke. suke suke aku je kan tempek gambo ni. hasilnya dari pakcik gugel la. hahahaha. sb anak dia sgt comel. oke sesi verangan bermula lagi. arrghhhh.. [tarik tarik rambut]. jumpa lagi. daa~!

12 comments:

  1. my faveret novel hehehe..difilemkan eh..bile kuar? kena tgk..wajib nie

    ReplyDelete
  2. harap sgt citer ni se best novel dia...

    ReplyDelete
  3. uya: tatau la plak bila dia akan di tayangkan.. tgh tgu gak ni... harap2 best la kan.. gagagagaga

    BKKC: yeah.. i wish it too.. :)

    ReplyDelete
  4. dulu mase skolah ade gak bace novel nih....

    ReplyDelete
  5. mmg best la novel ni..hopefully cerita die tak mengecewakan..tp maya karin tu ok ke bwk watak izzah?

    ReplyDelete
  6. dyn: mmg glemer novel ni masa belajar dulu.. smpi lunyeh la buku tu di pass dari 1 tgn ke 1 tgn.. hahaha

    fainie: if u ask for my comment.. sara rasa x best klu MK yg bawa watak izzah tu.. sb sumtime dia nmpk over bila menunjukkan kesedihan dan keperitannya.. tp x pe kita tgk dulu then kita komen... gagagaga.. dalam fikiran fasha sanda atau siti saleha atau sari yanti.. atau artis yg muka ayu ayu gitu.. gagagaga.. oke NO KOMEN~!!!! :p

    ReplyDelete
  7. aaahhhh... aku mejok.. ko g cherating x ajak aku... blueekk :p

    ReplyDelete
  8. pelakon semua best2! luv..luv....

    ReplyDelete
  9. iedaurora... nnt ajak kesayangan banje tonton wayang oke.. pastu roger sara skli.. heheheh :)

    ReplyDelete
  10. nak berangan jgk la. tp taknak part tarik rambut tu. haha.

    sllnye akan ade tokok tmbh la kot kalo adaptasi novel. biase mmg camtu kan. cuma jgn jauh sgt dr cite asal la. tp maya karin??? hmmmmm....

    ReplyDelete
  11. miran... berangan biar jelas... part tarik rambut sedap pe.. hahahahaha... ko pn rasa kureng eh dgn MK ? gagagagaga

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar