BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Ceritera Kehidupan : Kata-Kata ♥




















AMARAN X BERAPA KERAS !
ini ceritera BORINK ! oleh itu x payah la baca. pangkah je lah window tu.
dan juga ini BUKAN ENTRY SIMPATI !

hari semakin hari berlalu begitu sahaja. bulan berganti bulan. tahun ke tahun. kini sudah masuk usia tahun ke-3 perkenalan kami dan tahun kedua pertunangan kami. lamakan kami bertunang ? oke jgn tny kenapa. rahsia Allah tiada siapa yang tahu. itu jawapan yang sebaiknya.

saban hari aku memikirkannya. ntah apa la yang aku pikirkan. senak kepala otak. air mata toksah cakap la. dh kering kot. dengan pelbagai andaian org buat. ahhh persetankan ! tp kuatkah aku utk menyetankan kata kata nista itu ? owh Tuhan padaMu ku berharap.

sekali lagi semuanya bersangkut paut. ajal maut / jodoh pertemuan / rezeki semua dari Allah taala tapi jika tiada usaha tidak jugak kita dapat. pelbagai cara dan usaha aku lakukan. doa dan tawakal aku serahkan kpd Yang Maha Esa. udahnya belum sampai masa saat dan ketika apa nk kecoh. Allah itu Maha Mengetahui dan tahu yang terbaik buat hambaNya. apakah itu merupakan kata-kata "penyedap hati" ? 

juga terkadang rasa diri ini bagaikan sudah berputus asa. patah harapan. hancur musnah segala impian. astagfirullahalazim.. sepertinya tidak mempercayai pada Yang Maha Kuasa. sepertinya tiada keimanan di dalam diri. bagaikan layang layang yang putus talinya tiada hala tuju mengarah dan hanya pasrah. owh tidak ! saya mencari kelemahan diri. ya ! masih banyak "hutang" saya padaNya. dan mgkn ini adalah pembalasanNya di duniawi. akhirat belum tentu sendiri tahu.

baiklah. dengan keadaan dan situasi yang di alami kini memberikan aku satu pengajaran. pengajaran dalam kehidupan dan hubungan. mencari keberkatan itu penting agar kehidupan lebih barakah. dan hubungan itu di redhai Allah taala.

syukur alhamdulillah walau seberat mana ujian yg kami alami, aku dan tunang sentiasa saling mengingati. bukanlah aku riak membangga diri mempunyai tunang yang memahami akan tetapi dia lelaki istimewa dlm kehidupan ku KINI. selepas ini aku tidak tahu. apakah masih bersama di akhirat kelak ? apakah aku bidadari yang tercipta untuknya ? wallahualam.

wlupun mempunyai kesefahaman jati diri, pertelagahan itu ttp wujud. kewujudan pertelagahan menjadikan aku dan dia lebih matang dalam mengurusi soal hubungan. lebih mendekatkan diri utk mengenali diri sebenar masing-masing ! terkadang diri ini terasa terlalu amat sensitip. perkara kecik je pun. melarat sehingga tegar untuk memulangkan cincin pertunangan. apakah ???! ya.. itu aku ! mengamuk bagaikan tiada akal. nyanyok !

oke la. sampai sini saja dulu. kalau ada lagi adalah kot. klu x de jgn pulak menunggu. ku harapkan kalian doakan kesejahteraan aku dan tunang. moga di satu dalam ikatan yang sah di sisi Allah taala. terima kasih ku ucapkan. salam.

8 comments:

  1. AMIN AMIN AMIN,I will alwys pray for u...stay positive yep sara...coz nina pon mgalami pkara yg sama, bkn mslh dgn tunang or ape, tp dgn sorg kwn yg smpi skg x puas ht dgn nina, hentam nina dgn x thu hjung pangkal, tuduh nina itu n ini....yg mne dia sendiri tak tahu kbenaran nya ALLAH je tahu..nina pon same tau, tunang 2 tahun....gimme 5! Byk kan bersabar n persetan kan org yg x penting dlm idup sara keyh?

    ReplyDelete
  2. @Nina Isofea owh really ? nina pn tunang 2 thn ? sara baru nk masuk thn ke-2. rasa stress sgt. huhu.

    ReplyDelete
  3. @Nina Isofea by the way thanx doakan sara dan tunang. perlu lebih kuat dan tabah !

    ReplyDelete
  4. Yup sara, nina tunang kire nye 2thun setengah la smetara n tgu hri bhagia kan...pling menyedihkan, ade teman yg tuduh bukan2, mcm2, kata nina reka la kata nina btunang..and yes, dulu ms btunang, nina mmg rahsia kan ptunangan tu...atas sbb tertentu(setiap org akan ade reason tersendiri kan) tp mmg myedihkan bile ade org tuduh gitu, tak tahu hjung pangkal..but let it be lah...yg penting, kite hadapi hari depan dgn tabah,.i phm situasi u sara,..tp IGT tau, stay positive! Ape pun mslh, kite jgn cpt gelabah..okay syg

    ReplyDelete
  5. @Nina Isofea yup ! mmg perl lebih tabah dan kuat. ada hikmah di sebalik kejadian kan ? Allah lebih mengetahui yang terbaik utk setiap hambaNya. sara berserah pada Allah taala agar beri petunjuk kepada sara. insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. amin, biasa la sarah...hati tengah panas..mmg tak fikir apa dah..asik ckp bebukan je :)

    ReplyDelete
  7. @syakila_purple yup ! kene lebih bersabar dan muhasbah diri supaya tidak cpt melenting. haha. sara ni bad temper. terukkan ? hoho !

    ReplyDelete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar