BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Showing posts with label review my big day. Show all posts
Showing posts with label review my big day. Show all posts

Review #09: Persalinan Resepsi

as'salam dan salam sejahtera semua.
apa khabar? harap semuanya sihat hendaknya.
oke semangat review masih bergelora nih.
kot la 2 3 hari ni korang dapat update pasal review je.
jangan bosan lah naa.
sit properly and enjoy reading. muah!


baju resepsi ku ni ilham dari sini.
silalah klik untuk maklumat lanjut. haha.
tengok la hat mana yang lebih kurang tu hat tu lah tu.
actually ada drama gak baju resepsi ni.
arakian aku kan perantin sempoi, so maleh la hai nak amik pusing.
balun saja la mana ada. 


perincian pada baju resepsi aku.
disebabkan tema merah hitam putih.
warna pilihan adalah warna off-white untuk baju resepsi aku.
yang sebenarnya aku nak warna champagne.
tapi WP aku kata tak masuk warna tu dengan tema aku.
so aku ikot la cadangan dan pandangan beliau.
beading warna grey ada hitam sikit sikit.
  

full view aku pakai baju resepsi.
abaikan lah mana yang tertonjol tu. blerrrghhh -___-
tasuke tapi kene suka juga. sebabnya baju siap sehari sebelum majlis.
nangis. T___T 

redha itu pasrah.
pasrah itu menyerah.
dah lepas pun majlis aku. 
huwaaaaaaaaaaaaa!!!

siapa WP aku?
tunggu aku review pasal WP aku nanti naa.

XOXO.

Review #08: Persalinan Nikah

owh owh owh. di kesempatan yang ada ni.
jom lah kita sambung review ya kawan-kawan.
owh owh owh satu lagi as'salam dan salam sejahtera sayang sayang ku.
sorry tak menyempat nak bagi salam. terus terjah.
ampun....

hari ni nak review pasal baju nikah.
kalau tak review sekarang nanti jadi basi.
so tak syiok nak review dah. haha.


baju nikah sara simple je.
tak de lah sarat meleret menyapu bumi.
tak de lah blink blink gemerlapan bintang.
tak de lah kembang setaman.
tak de lah flowy terbang terbang angin.

baju kurung Riau Pahang.
hah. nama mesti kait dengan Pahang.
semestinya sebab aku anak Pahang. bhuahahahaha.
tema majlis pun Pahang. #hitamputihtakakanpadam
gitu siap ber"hashtag" bagai. poyos!


YES! baju nikah sara baju kurung riau.
pesak gantung. sedikit tampalan lace untuk menaikkan seri.
berkain songket mengekalkan tradisi. 
nasib tak minta kain cindai. lagi haru nanti.
actually kain songket tu nak sama dengan sampin suami. auuww!
blink blink untuk sedapkan mata je. tak sarat mana pun.

kain beli kat Jakel. beli sepasang suami isteri.
suami 5 meter. isteri 2.5 meter.
berapa hinggit? tok sah la tanya.
disebabkan faktor usia, terlupa sudah harganya.
ampun maaf di pinta.


tudung halfmoon. material chiffon.
RM12/meter. sedikit jarang tapi pakai inner neck oke je.
beli kain pastu upah orang buatkan.
sebabkan sara tempah sekali dengan veil sanding.
sayangnya veil sanding tu tak pakai pun. sobs.


veil last minute beli kat Jakel.
ada drama tentang veil ni.
tak pe lah. kenangan semua tu.
biarlah ia tersimpan rapi di benak fikiran ku.
-___-

p dot s: ada sesiapa berkenan dengan veil nikah sara ni. boleh lah email ke sarah.hernyzar@gmail.com untuk sebarang pertanyaan. nak sewa boleh. nak beli terus pun boleh. 

eh sempat lagi promote. haha.


oke perantin dah siap.
dah ready nak ke masjid.
gini lah rupanya sara berbaju nikah siap bertudung dan berveil.
simple sajok. ^______^

nak tanya apa-apa boleh lah tanya.
owh owh hampir terlupa.
sara tempah baju ni kat kak Masella.
harga tempahan? 
pergi lah sendiri tanya ke Masella Boutique, tingkat 2 Plaza Alam Sentral.
sara sangat sangat recommended akak Masella ni.
sebab jahitannya yang kemas. superb.
keselesaan yang super comfy. erk camne tu? haha
senang berdiskusi dengan beliau.
pandangan dan komen dari pelanggan amat beliau titik beratkan.

oke tu je lah.
baju ni boleh pakai lagi next time.
sonok. sebab selesa. kot kurus lagi masa tu.
bhuahahahahaaha.

okelah jumpa lagi.
XOXO.

Review #07: Pelamin dan Meja Beradap

hye all my lovely.
how are you?
hope everything just fine and chillax!
hah gitu berbahasa omputih.

oke tetiba semangat nak meng'review' berkobar-kobar.
so this is it! about my dais and high table.
watch out! super duper penoh gambarajah. hahahaha.

owh tak citer lagi pasal wedding planner kan? oke tu later on I will review it.
this is my simple dais. as per I request. simple nice white and so pure.
let's check the details ya.. ^______^



rimbunan bunga bungaan.
off-white cream flower. it's artificial okeh. bhuahahaha.
tak mampu la merk nak minta fresh flower. nanes T_____T


this is kerusi. mmg request nak hat macam ni.
so dapat la. bak kata org 'impian menjadi kenyataan'
simple sajok.


bunga bunga dan bunga.. bunga warna merah.
bunga apa? cecampur nampak gayanya.
oleh itu ku tak kisah. janji bunge nye merah.
baru nampak meriah meriah mak ngah. haa.. tantek tak? :p


langsir tirai warna hitam grey dan cream.
karpet hitam.
sb tema warna majlis merah hitam putih.
so dapat la cenggini. hasilnya?



taraa.... ini pelamin singgah sana kami.
suami cakap kalau dia berdiri.. abes bunga atas kepala tu dia langgar.
tinggi lampai orangya. nak wat macam mana. haha
bila bergambar reramai bergambar depan pelamin.
hanya beberapa ketol je boleh muat dalam pelamin.
nak tengok kami kami bergambar? hah ni dia.


ini keluarga ku bergambar dalam pelamin.
tgk adik lelaki aku (berdiri sebelah suami) kepala kene bunge juntai.
hahaa. mak sedang elok je dengan ketinggiannya.
lain lain kene duduk la.


ini keluarga mertua ku.
nampak tak pak cik saudara suami ku dan abah mertua ku.
kepalanya terkena bunga bunga juntai. hehe.
mak mertua dan ibu saudara suami ku dan ipar ku sedang elok je la ketinggiannya.

suami ku bising katanya tak sesuai pelamin begini.
sobs. sedih tau. haha. tp tak pe la katanya.
dah terjadi pun. janji semuanya happy.

oke itu baru pelamin. umangaih penoh dah gambar.
tak pe. layan kan sajok. meja beradap.
tak banyak nk celoteh. jom tengok gambo sajo la eh.


backdrop meja beradap.
tak request pape pun kat sini.
haha. tapinya ini la dapatnya. ikot kan sajok.
warna putih. pilihan hati. kata mahu suci.
sampai tenggelam aku sb pakai baju putih jugak. sigh!


pandangan dari sisi kononnya. haha.
nampak tak lauk tu? super sedap. suami lapar habes dia makan.
aku? control ayu lah sangat. benci tau. hahaha.


tara... ini la rupa penoh meja beradap aku.
sempoi je kan? hahahha. sarat bunge weh.
jom tengok aksi aku dan suami lak. bhuahahahhaa.
siap sedia la nk muntah.


tengok suami ku. dia lapor tu. bhuahahaha.
muka menahan lapor tu. kasihan suami ku.
ampun bang... gurau jep.. muahahaha.
nak kene tunggu orang baca doa plak. hahaha. nak je balun terus.
aku.. tak mampu nak telan. korset ketat sangat. huhu.



sesi suap suap ni mmg aku dok gelak.
hahahaha. tak mampu nak control sb nak ketawa je.
sudahnya ini la hasil tangkapan OP. oke la kan. muehehhe.

suami siap request boh ayam lagi.
daku diberinya nasi saja. haih la. lapar benar suami ku itu.
habes oke nasi sepinggan siap nak menambah.
tak pe beliau lelaki sempoi. coolio. mwah!

oke dak? ke dak oke?
mana mana pun ianya dah pun berlalu.
daku berpuas hati dengan apa yang ada.
sonok je rasa. rasa nak naik pelamin lagi. hehe.
rendu plak nak busy kemain siapkan majlis.
harap uols punya wedding meletsssss gitew.

XOXO.

Review #06: Candy Buffet

rajin plak minggu ni aku update blog kan?
haha. selang sehari gitu kan. amik mood balik ni.
nak selalu update di blogspot ni.
jap lagi update kat dayre je tak syiok ah gitu kan.
cian my lovely reader. mesti rendu aku kan?
haha. statement tak leh blah.

oke la sebelum aku meraban lebih lanjut jom kita tgk topik hari ni.
nak citer pasal candy buffet kan?
memang aku nak sangat sangat sangat ada candy buffet masa kenduri aku.
sebabnya.. aku rasa sweet sangat ada candy buffet dan bebudak boleh makan chocolate disamping menyepahkan keadaan candy buffet tu. haha.
mungkin juga sb trend skng kan ada candy buffet. ada choc mountain.
aku tak de choc mountain. sobs.

oke la jom la tengok apa jadi pada candy buffet aku.


owh ho.. this is my dear lil brader yang sgt hardworking on my big day.
apa saja dia lah yang selesaikan. dari gantung lantern ni.
hingga g cari meja kek. itu later story.
dia mmg awesome. sebab banyak membantu aku dalam hal-hal kerja lelaki.

owh owh lantern tu blogger Nora Kerel kasi. makasih Nora.
sangat bermakna pertolongan Nora tu.
cantik jadinya candy buffet sara tau. sangat suka!

nak tengok hasil dari kreativiti adik aku ni?
hah ni dia! taraaaaaaaaa...


haa nampak tak? tergantung gantung lantern merah putih tu.
cantik. aku suka. masa tengok outcome ni.
memang aku terjerit kecil. sangat kamjat sb... sangat cantik.
tak de la nampak kosong je candy buffet aku tu.
actually the idea was from my bridesmaid. tu yang tgh gantung lantern tu.
dia memang otak kretip toksah cakap la. 
mesti nnt wedding dia banyak DIY. haha.

lantern warna merah putih menaikkan seri lagi candy buffet aku.
tema majlis merah hitam putih. tapi lantern hitam tak de.
so tak pe la. kita guna tempat letak coklat warna gelap.
lagipun bridesmaid aku yang jaga candy buffet dah pakai warna grey.
so oke la kan. naik la serinya tu. bridesmaid? later story. haha.


see. betapa gigihnya bridesmaid aku.
mendeko candy buffet aku.
pahar tempat letak bunge telur pun dorang balun jadikan deko.
haha. boleh la janji uols happy kan.
janji candy buffer merk meletopssss..

p dot s: pahar untuk bunge telur guna hat lain. hat warna striking punyer. malu la nak tunjuk. kot korang nampak ada kat pelamin tu hat tu la tu. bhuhahahahaha!


tara... ini la hasilnya.
adik aku cakap.. labeling tu depa print pukui 4 pagi.
gigih la no hampa ni. haha. makasih la kak cik oit.
sayang hang sangat sangat.

coklat yang ada atas candy buffet ni aku beli online.
owner dia baik la sangat sangat.
senang nak berkomunikasi dan bekerjasama.
harga depa jauh lebih murah dari kedai kat Kuantan ni.
makasih naa Robi sb sudi layan Sara. makasih sangat sangat.
saya kamu ketat-ketat. hehe.
nak tengok yang full punyer?
tak de la full mane pun. kira nampak la jugak.
nah tengok ni.


hehe. shantek tak shantek tak?
macam shantek je.. macam best je.. macam geram je..
haha. simple but nice kan?

perkara-perkara candy buffet:
- Snack ku
- choco bean
- jelly bean (The Rubies)
- gegula asam boi
- coklat lady bird (The Rubies)
- muffins
- marshmallow (The Rubies)
- mini cuppies (not in picture)

mini cuppies cepat sangat habes.
tak dan nak susun lawa-lawa abes dah.
sb order 200 biji jep. haha. kedekut kan aku.
so rasanya banyak masuk tekak bridesmaid aku ni.
bhuahahahaha.

yang aku banyak beli banyak pada makanan atas candy buffet tu la.
yang lain-lain semuanya barang recycle.
barang-barang yang ada dalam umah mak aku. haha.
bantai sajok la. janji tak jahanam. tu katanya.
so oke la kan? hehe.

owh owh.. mesti korang perasan takde coklat celop untuk marshmallow kan?
memang pun. sebab aku tak nak sesepah dengan coklat melekit kat lantai.
makan sajok la begitu. manis jugak. haha.
gila perantin ni kan? semua pun tak boleh. haha.

oke la panjang sangat dah ni.
kang bertambah-tambah repek raban aku ni.
jumpa lagi.

XOXO.

Review #05: Hantaran Pihak Lelaki

as'salam sayang sayang ku.
sehatkah anda? skng musim hujan. 
musim demam gak ni. jaga kesihatan okeh?
sayang uols.

oke today I would like to share about the dowry from my husband to me.
wah gitu berbahasa inggeris. I'm look stupid when I speeak English.
miahahahahaa. oke abaikan.
last entry aku share pasal hantaran dari pihak perempuan kan?
so kali ni dari pihak lelaki plak lah.

jom usha apa patut.
mana tahu jadi sumber inspirasi.


sireh junjung.
seperti biasa semestinya ada sireh junjung.
kata pembuka bicara pemanis kata.
gitew kan. pilihan hati ku warna putih.
bunge mcm bunge ros. tp kata tokey kedai bunge tu kata bunge ntah aku tatau.
nampak sangat tak tumpukan perhatian pada si kata-kata.


cincin nikah aku dan mas kahwin ku.
eh mana pegi mas kahwin? tak nampak pun duit kat situ.
ye yeop! mmg tak de duit kat situ. sbnya... sbnya... sbnya...
aku pi letak kat tempat cincin nikah suami ku.
terbaekkkkk! naseb masa sampai kat masjid aku perasan yang mas kahwin aku takde.
tengok tengok kat dulang cincin suami ku. haih!
oleh itu OP snap gambo yang tak de mas kahwin. puas dah belek gambar.
tak de pun gambar cincin nikah ku bersama mas kahwin. sad!
sempat la tukar tempat mas kahwin sebelum akad dilaksanakan. mueheehhee.


gadget from Apple. iPad. 
hah lantak tak nak dengar kata. ku hangkut iPad.
patut amik iPad mini sesuai dengan aku yg ladies ni.
muntah! ku yg gatei mahu iPad. 
siap hentak hentak kaki berguleng di lantai mahu iPad.
si tunang melayan saja karenah gedik tunangnya. hahaha..
terima kasih suami (kini selamat bernikah) (^_____^)


telekung solat dan sejadah.
untuk menjadi makmumnya. si dia hadiahkan telekung dan sejadah.
alhamdulillah. I am happy to be his makmum.
semoga kami bahagia dunia akhirat hingga ke Jannah. aamiin.
ehem.. jiwang lak. ngee~!


set handbag and purse.
Coach pilihan hati. warna pink. kenapa pink?
aku pun tatau pasai pa aku pilih pink. hahaha.


perfume Floral by Gucci.
mmg suka bau hat ni. bau bunge bunge cinta gitu.
aku penggemar SJP tp untuk hantaran kahwin ku pilih ini.
cuba beralih wangian plak la. mana tahu oke dgn aku.
aku mmg suka bau bauan bunge ni. so mmg kene lah dengan aku. hehe.
bajet ayu la konon bau bau bunge ni. miahahaha.


baju sepersalinan.
macam yg aku cerita kat entry lepas, baju ni patut jadi baju nikah.
tapi jadi baju bertandang. haha. dari bulan Sept 2011 baju ni siap.
tapi sb tak jadi nikah 2011 postponed la pakai time bertandang ke Tawau.
kira oke la kan. dari dok membazir. nak jual sayang.
eh ada ke yang nak membelinya? ngee~!!!

so total 7 dulang dari pihak lelaki.
gubahan ni pun aku dan ipar ku yang buat.
tema warna cream, gold macam tu.
pearl biru pink tu bantai letak je sebenarnya. haha.
sb katanya tema belah lelaki warna biru.
so ku tabur la pearl biru.. pink sebagai penyeri.
kisahnya... hentam saja la mak enon! hahaha. janji siap!
ramai gak yang puji gubahan hantaran ni. siap mahu tempah agi dgn aku.
bhuahahahaha. ceit bangga diri plak. poyos!

oke tu je la.
mesti korang tertanya tak de duit hantaran ke aku ni?
ada ke tak de ke.. kami dah selamat bernikah. biarlah rahsia. haha.
alhamdulillah syukur nikmat. rezeki dari Allah.
kami dah pun selamat menikah.

XOXO.

Review #04: Hantaran Pihak Perempuan

as'salam sahabat blogger dan pembaca semua.
rajin kan sara update blog?
rajinlah sangat. *sarcasm* bhuahahahahaha!

oke.. nak review hantaran kami kami ni.
buat satu entry ke dua entry best?
rasa macam satu entry je. satgi nanti panjang kemain lak entry ini.
arakiannya berkenaan hantaran bermula begini..
gitew kau siap berarakian bagai.. layan kan sajok!

masa jadi b2b dulu. rajin gak wat research sal gubahan hantaran.
macam macam pesen ada. macam macam gaya.
semuanya berjurai ayaq mata kalau nk pi hantar gubah.
nanes T_______T mahai weh nak mengupah orang.
oleh itu.. untuk penjimatan yang jitu.. sara gubah sendiri.

masa diskas diskas nk wat gu mana.. mom bersuara.
"buat la ala juntai juntai menjuntai. mom suka!"
haa sudah. juntai juntai menjuntai?
gigih la si sara ni menggugel. kata semua di hujung jari.
hah apa lagi.. jenguk jenguk gak la gubahan juntai juntai tu.
dapat ilham. rupenya.. dalam blog sendiri ada buat research.
hah rajin lah klik sini weh!

so inilah hasilnya..
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


nampak tak yang berjuntai juntai tu? itu la gubahan juntai juntai menjuntai.
apa punya nama da. hahaha. 
so hantaran merah hitam putih tu dari belah perempuan.
yang baris depan kaler cream gold tu dari belah laki. 
kisahnya hat yang belah laki pun belah perempuan buatkan. hentam sajok la..

oke jom la tengok hantaran dari pihak perempuan.


sireh junjung.
sireh junjung ni dah macam wajib kan setiap kali ada hantaran.
orang kata adat. orang kata penyeri.
mana-mana lah janji hepi je perantin tu kan?
aku suka bunga ros so ku tempah la bunge ros. 
nak warna merah di kasinya hot pink.
hentam saja la labu. janji masuk dengan tema. gitewwww!


ini cincin nikah untuk suami.
cincin silver/perak permata delima pilihan hatinya.
ku ikotkan sajok. janji murah. bhuahahaha.
macam ikot temakan nak permata warna merah.
gud gud. "saya suka saya suka" - mei mei upin ipin


gadget from Apple. iPhone 5.
rugi beli iPhone 5 sb skng dah kuar iPhone 5s and 5c.
hurmm.. tak pe bukan den punyo.. si dia yang punyer.
hahaha. janji dia happy dapat ipong ni. idaman hati katanya.


sejadah dan kupiah putih.
sejadah beli kat Nilai masa otw balik dari kenduri Sha Vanilla di Seremban.
dah alang-alang tu singgah la menyopping kan diri di Nilai.
sejadah pilihan si jantung hati. warna biru gelap.
kupiah incik suami beli sendiri. sb sara tatau size kepala dia. haha.


sunglasses rayban ni last minit gak.
kisahnya nak cari jam fossil.
sampai sudah tak de yang berkenan. so rayban jadi pilihan hati.
ikotkan je lah janji suami ku bahagia. heehee.
siap pakai masa sanding. tgk lah gambar sanding sara dia dok pakai rayban.
panas katanya. dah macam zaman org dedulu pakai sunglass time sanding.


ini lak perfume Hugo Boss. 
dari memula sampai skng suami mmg suka perfume dari Hugo Boss.
pernah sekali hadiahkan beliau perfume Hugo Boss Edition hat botol bulat tu.
sampai skng ada lagi. jimat betol dia pakai. hehee.
perfume Hugo Boss bagi sara bau dia seksi and maskulin. wah gitu kan. haha.
dah aku yang dok cium dia hari-hari. bhuahahahaa..


ini sepasang baju persalinan.
actually ini baju nikah kitaorg masa tahun 2011.
tp sb tak jadi nikah tahun 2011 so baju ni dok la peram je.
ku simpan sampai tahun 2013 ni. ingat nak pakai baju ni as nikah.
tapi sb sara ni gatai nak pakai putih suci murni gitu.
baju yang ni pakai waktu bertandang. jimat la kat situ.
berapa lama baju ni simpan elok je. hahaha. kesian kami kan?


buah-buahan dan kek sebagai manisan.
kek tu beli pun last minute. tibai sajok la.
tak dan berhias kek tu. kesian. haha. semua pn dah penat sangat.
sara mmg dah pengsan awal malam sebelum hari nikah.
pagi-pagi MUA dah sampai umah. mmg tak sempat nak touch up.
tapi oke la tu kan. oke kan je lah... haha.

kesemuanya 9 dulang dari pihak perempuan.
yang tu kita cerita kat entry lain oke.
nanti panjang sangat entry ni. penoh gambar. haha.

gubahan ni sara dan adik ipar siapkan.
bersengkang mata siapkan. buat seminggu sebelum majlis.
bunga kain tu sara jahit lama dah. memula nak jadikan HB.
sudahnya ke dulang hantaran. cantik gak kan guna bunga kain tu?
senang je pun membuatnya. 
kalau sara rajin sara buat tutorial bunga kain tu ya.

XOXO.

Review #03: Guestbook Corner / Photobooth Props / Welcome Board

as'salam sahabat semua.
sehatkah anda?
didoakan sentiasa sihat dan ceria hendaknya.
*dah macam tulis surat plak ye*

oke oke. tgk topik hari ni.
tak berapa nak hangat. tp ok la kan.
ada gak la yang terupdate kat blog usang sara ni.
hehe. huhu. haha. hoho.
nak citer pasal GB vs PP vs WB.
hah! terror tak? gagagaga..

guestbook corner ni sebenarnya not in plan.
sb budget seciput sangat katanya.
nk tempah guestbook bagai kan. beli pun rasa mcm kedekut.
sbnya duit tu boleh guna lagi ikut lain.
so.. setelah perbincangan di buat dengan adinda ku Hermizar.
we decide to print it. print sendiri sajok. jimat!

pastu gigih la hai cari template kat tenet. 
nan hado. ke mmg sara je yang tak jumpa.
plus minus mcm aduiyai payah betol nak cari template guestbook,
akhirnya jadi la postcard book. bhahahahaa..
teringat masa wedding Kina dia buat style poskad.
terus la tangan ni mendesign ala kadar dan tara...


haa macam ni la bentuk postcard book. kahkahkah.
guestbook jadi bentok postcard pastu nanti susun dalam sticker album.
shantek kan? mesti shantek punya..
tapi yang sara ni tak de la nk guna pos box.
plan pun last minitkan so kita guna je apa yang ada.
apa je yang ada tu? meh tgk sini meh.. haha.


taraaaaa... guna bowl mak aku. haha.
pun boleh lah kan dari tak de tempat nak letak. bhuahahaha.
mangkuk mak pun mangkuk mak la. janji... shantek!
tecik je postcard yang sara buat tu. 
satu A4 paper boleh muat 4 keping postcard. haa size tu je la.
deco deco kat guestbook corner ni just letak photobooth props.
memandang kan kami tak de photobooth.
suka depa la nk bergambor kat mana-mana. janji pegang photobooth props.


photobooth props dan monogram blok HH.
HH tu Hernyzar Helmizan la. lagi mau tanya. 
*krik krik krik* :p
oke abaikan kemerepekkan sara tu. tgk my bridesmaid bergambo.


sara dgn husband tak de gambo dgn props ni.
sobs. penat design tau. penat print tau. penat tempek tau.
akan ku bergambar juge dgn props tu nanti. tguuuuuuuuuu!!!

template untuk photoprops tu boleh je gugel.
pilih je mana berkenan.
sara ada yang design sendiri. ada gak cilok dari tenet.
yang penting korang suka apa yang korang buat.
baru pueh hati betoi dak?
kalau korang rasa tak jumpa gak template tu.
nah amik ni. donlod je dari sini.


dah selamat mendonlod? tahniah! anda mmg best.
kalau tak leh donlod bagitahu la ya. hoho.
haha. oke oke tok sah nak repek sangat.
panjang dah entry ni. jom tgk welcome board.
last minute jugak punyer cerita.


welcome by thealiaa. mek yaya yg busy on my wedding.
majok dengan beliau sb tak mai wedding aku. 
bhuahahaha.. makasih mek buatkan welcome board ni.
boleh lah tempah dengan mek yaya. dia ada business bridal gak.
kecik kecik katanya. tp rasa mcm dh besar dh skng. haha.

sila lah lawati


cecantik gak tau pelamin dorg. so fresh!
sara tak amik dorang sb dah amik dgn org lain.
bhuahahaha. so tempah welcome board tu je la.

easel dari sahabat blogger Nora Kerel.
beliau kasi sewa. makasih makasih makasih sangat-sangat.
Nora pun baik hati kasi lantern kat sara warna merah putih.
itu citer kemudian eh. takkan semua nk sumbat dalam satu entry kan?

oke lah cukop la kot takat ni dulu.
nak sara update lagi ke? pasal apa korang nak?
ce bagi idea apa benda best yang nk di review?
komen komen okeh!

XOXO.

Review #02: Official Photographer Puteh Studio

as'salam dan salam sejahtera all.
sorry again for the pending review.
Big M is super duper menguasai diri kini.
sobs. cant solved it. haha.

oke back to topic.
kali ni sara nak review pasal my OP.
superb best! bro Khairul and Muham.
my photographer. their job are marvelous!

oke tok sah nak propa let see the pictures.

amaran keras. entry penoh gambar. check them out.





 di antara kreativiti dari Puteh Studio.
menggunakan segala apa benda yang boleh di shoot.
mmg best. dan sememangnya daku berserah 100% kepada dorang.
untuk berikan yang terbaik pada kami.
kisahnya... iols saket otak uols. kenduri sendiri jadi planner.
gila tak mental nak pikir memacam. haha.

oke jom sambung gambar gambar iols lak.
bhuahahahahaha~!













haaa best tak? best tak? bestkan? sangat best hokeh!
all these photo credit to Puteh Studio.
tq so much sb bagi picture yang best.
walaupun perantin ni sangat kaku keras kayu nak posing.
sara kemho syiok sendiri oke sajok.
kalau ada orang len amik gambo jadik malu la hoit. haha.

sama gak maca OV. sblm jumpa dorang sara mmg dh ada list photographer.
tak hagakkan ada list bagai. haha.
tp still back to our budget.. perantin cheapskate kata.
so kene pandai dan bijak berbelanja la.

masa memula nampak Puteh Studio ni, one of my fren share the promo.
oke tgk promo macam menarik jep. belek belek gambar dorang.
terus rasa alamak bestnya.. macam best je.
menepati citarasa sara dan gambar dorang pun cantik dan lawa.
so start email them. ask the promo still available or not bla bla bla.
terus proceed for booking serendah RM100. walaweh syioknya. haha.
then decide nak meet and nak kenal kenal.

tapi malangnya.. sara tak sempat nak jumpa dorang.
incik husband je yang pergi jumpa dorang waktu itu.
so they discuss apa patut and bayar.
senang je. tp team Puteh Studio tak terima full payment.
ada 3 kali bayaran. sblm majlis. semasa majlis. dan masa ambil album.
sangat best dan mudah dan senang berinteraksi dengan dorang.
paling best boleh bertolak ansur and still keep the trust each other.
gitukan.. haha. tp mmg best la. rasa tak rugi hired dorang as my OP.

dorang sangat profesional.
a day before majlis dorang sampai dalam kul 8 mlm camtu dari KL.
sampai sampai terus ke umah sara lak tu.
haha. sara masa tu kelam kabut ngemas bilik perantin.
my sister panggil cakap photographer dah sampai.
sara mnta husband bawa kan dorang ke homestay.
penat weh nak kejar ke sana ke mari. bhuahahaha.

what can I say about them..


A good photographer can make you look incredible, even when you're not feeling very sexy.


that's them!

they make me feel pretty in picture.
feel gorgeous even though I am not.
haha. awesome isn't?

they're so highly recommended. why?
good in communication
good cooperation.
humble and nice.
amazing skill they have in photography.
tolerate.
GOOD JOB!

itu je lah. kalau rasa nak tengok gambar dorang.
boleh lawati laman FB Puteh Studio.

chiaos amigos amor! xoxo.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar