BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Shirt Outfit Ideas Untuk Lelaki Hipster

As'salam dan salam sejahtera..
Hai pa habaq semua?
Harap sihat lah naa..
Ampun laa.. Bila kami ni macam chipsmore.
Kejap ada kejap tak de.
Haha (⌒▽⌒)

Hari ni aku nak membebel pasal hipster.
Especially dalam bab pemakaian gaya hispter bagi lelaki.
Laki ku sekarang ni pun gayanya macam dah terjebak dengan gaya hispter ni.
Betul ke idok? Aku tak leh nak determine. Kisahnya.. Pendapat aku pasal hispter ni adalah sesuatu yang simple dan santai.

Ada beberapa pencanggahan pendapat ketika trend hispter ni di perkenalkan di Malaysia. Ada yang berpendapat gaya hipster ini merupakan fesyen 'low-class' yang digayakan oleh golongan kurang mampu di negara Barat.
Namun.. Ramai juga pengemar fesyen tanah air berpendapat bahawa gaya hispter ini lebih senang didefinisikan sebagai sesuatu yang santai dan unik.
Sekaligus trend hispter ini boleh digayakan tanpa mengira latar belakang dan status terutamanya untuk golongan muda.
Owh owh owh.. Golongan bapak orang pun boleh bergaya hipster hokeh.
Will show you soon.. Check it out till finish

Nak tahu apakah kombinasi atau padanan yang sesuai untuk bergaya hispter, jom kita tengok. Samada mengenakan shirt atau kemeja, disini beberapa idea untuk rujukan korang.

Penggayaan dengan koleksi jeans, korang boleh mengenakan straight cut jeans atau slim fit jeans yang selesa dan tuck-in kemeja untuk penampilan yang lebih smart.

Pandanan men shirts bercorak chekered atau kosong bersama skinny untuk kelihatan lebih santai dan tampak kemas.

Untuk gaya lebih santai di hujung minggu, jangan teragak-agak untuk menggayakan kemeja polos korang dengan koleksi seluar pendek seperti khakis pants

Dan untuk gaya ke pejabat, tampil hispter dengan padanan seluar slack dan kemeja bersama pemakaian cardigan atau knit sweater sebagai pelengkap gaya anda.

Haa.. Amacam. Dah dapat idea macam mana nak bergaya hipster?
Senang dan mudah je kan. Simple yet easy to match.

Last but not least, my le hubby ada macam gaya hipster tak? Haha.
V-neck quater stripe shirt with slim fit khakis pants.
Tambah bergaya dengan kasut red wings.
Hah.. Bapak orang pun boleh tampak hensem dengan gaya hipster.
Simple, santai, kasual dan kemas.

Oke jumpa lagi..
Babai.





Happy Birthday my other-half

Ayah and Aali Imnan at KLIA

Dear love,

On this special day I want you to know,
I love you more than I could write in words or show.
And I want to love you for the rest of my life,
Love you more and more with every passing year.

You are so essential to me that I cannot imagine my world without you. 
You are my perfect husband, bringing so much joy and laughter into my life.
You are the man in whom I always take pride.
Your love makes every day of my life so warm and sunny.

I feel so thankful for all the lovely moments that we shared. 
You are the best husband in the world for me. Happy birthday, darling!
May Allah fill your life with endless happy moments, countless wonderful surprises, and infinite success. 💋💋💋

#hubbybirthday12FEB #usiasekadarnomborjiwamasihmuda #1stentryin2016 #happynewyear #makbusytakdannakupdateblog #tapiinientryspecial #formylehubby

Hari-hari adalah Hari Ibu!

As'salam semua.
Apa khabar?
Ku doakan moga kalian sentiasa berada dibawah rahmat Allah taala.
In-sya-Allah. Aamiin.

Hari ini.. Ramai yang buat ucapan Hari Ibu.
Selamat Hari Ibu, Emak!
Eh.. Kita pun nak jugak bagi ucapan.

Hari ini.. 10 Mei 2015, Ahad.
Hari aku dijangkakan bersalin.
Genap 40weeks aku mengandung.
'Baby yang' masih syiok terbuai dalam perot aku.


Nebes... Memang aku sangat nebes.
Tertanya-tanya bila my 'baby yang' nak keluar.
Arakian kisahnya.. Tak esok.. Lusa..
Aku kene lapor diri ke dewan bersalin.
Disebabkan aku ada GDM.. Doc kata aku kene induce.

Namun begitu.. (Cewahhhh ayat kemahin)
Syukur alhamdulillah.. Baby aku dah full term.
Kebiasaannya ibu-ibu mengandong yang ada GDM akan di 'induce' pada minggu ke 38.
Aku.. Syukur alhamdulillah.. 
Tahap GDM aku terkawal dan doc izinkan untuk di 'induce' pada minggu ke 40.

Namun begitu.. (Sekali lagi ayat kemahin)
Aku berharap dan berdoa untuk melahirkan 'baby yang' secara alami.
Secara semulajadi. Secara normal.
Tanpa ada paksaan.
Ku berserah ke atas ketentuan Ilahi.
Moga-moga 'baby yang' keluar sebelum aku kene induce.
Yang penting kene ada turun tanda.
2 tanda utama yang aku tunggu iaitu..
1) bloody show
2) pecah air ketuban
Tak jugak kunjung tiba. Perot kerap mengeras je lah.
Tapi tak sakit. Masih rasa OK!

Kawan-kawan.. Doakan aku dan baby dipermudahkan proses kelahiran dan selamat semuanya.
Debaran kian terasa. Kehidupan baru bakal bermula.


Di kesempatan ini..
Ingin ku sampaikan ucapan Selamat Hari Ibu..
Buat emak tersayang..
Terima kasih emak melahirkan kakak.
Terima kasih emak membesarkan kakak.
Terima kasih emak sentiasa ada di setiap saat kakak memerlukan emak.
Terima kasih emak diatas segala jasa dan pengorbanan yang tak terhingga dan tak terbalas oleh kakak.
Terima kasih emak kerana menyayangi mencintai dan mengasihi kakak.
Kakak sayang emak dunia akhirat.
Semoga Allah memberkati kehidupan emak. Memurahkan rezeki emak. Memanjangkan umur emak agar emak sentiasa ada disisi anak-anak emak. Aamiin ya rabbal alamin.


Tak dilupakan juga buat emak mertua ku.
Terima kasih melahirkan soulmate Sarah.
Terima kasih membesarkan soulmate Sarah dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih sudi menerima Sarah sebagai menantu emak apa adanya diriku.
Terima kasih terima kasih terima kasih.
Terima kasih di atas segala pengorbanan emak kepada kami.
Semoga emak sentiasa berada dibawah rahmat Allah taala. Aamiin.

SELAMAT HARI IBU!
Untuk hari ini..
Esok..
Dan pada setiap hari yang mendatang.
Hargailah. Kasihilah.
Ibu kalian setiap saat setiap detik.
Tanpa rasa jemu.

Panic attacked!

Hai semua..
Nak citer pasal ke'panik'kan mak buyong.
Tolong jangan gelak hokeh?

Gini..
Pagi tadi mak yong ni masih gagah dan gigih pergi pasar pagi.
Pasar pagi kat stadium Shah Alam.
Mencari bahan nak buat rendang ayam.
Mak yong tak habes mengidam lagi.
So mak yong dengan incik suami tawaf lah pasar pagi tu mencari bahan.
Sekalian mencari makanan.
Sekalian kononnya nak exercise agar cepat beranak.

Balik dari pasar pagi tu..
Mak yong baru perasan baby yang tak bergerak.
Mak yong tak rasa baby yang bergerak..
Keras je perot. Keras macam nak meletop.
Mak yong pun goncang2 lah perot.
Cakap dengan baby yang supaya gerak lah.
Minum air sejok laju-laju.
Bersujud.
Main pusat.
..........................
Senyap.. Baby yang tak bergerak.
Takde langsung movement dari dalam.
Mak yong pun apa lagi.
Cakap lah dengan incik suami..
"B.. Baby yang tak gerak.. Cam ne ni"
Pucat lesi dah muka mak yong.
Incik suami pun cuba gak lah cakap2 dengan baby yang.
No respons.

Kelam kabut lah mak yong kemas baju masuk bag.
(Nampak tak mak yong ni mcm tak nak beranak kan? Bag hospital pun tak siap)
Mata dah nak berair.
Otak.. Mula lah pikir bebukan.
Jantung berdegup laju.
Berdesup mak yong dan incik suami ke hospital.

Dalam kereta gigih lagi goncang perot.
Cakap2 dengan baby yang.
Tapi perot je mengeras (tak sakit)
Tak rasa pergerakkan baby yang.
Makin pucat lah mak yong.
Risau..

Sampai hospital.. Pergi kat kecemasan.
Bagitau budak A&E tu baby kurang gerak.
Budak A&E tu check la tekanan darah dan amik suhu badan.
Hah kau... Kemain tinggi tekanan darah mak yong.
150/96 tapi.. Ku rasa sebab nebes tu. Hahaha.
Pastu ada lah atendan suruh mak yong naik wheelchair.
Hantar ke wad bersalin tingkat 5. Eh.. Dh nak beranak ke?

Kat wad bersalin nurse buat pemeriksaan degupan jantung baby.
Orang panggil CTG.
Berbalut perot mak yong dengan wayar-wayar dari mesin CTG tu.
Bila dapat je dengar degupan jantung baby yang..
Ya Allah leganya rasa. Terus mak yong rasa nak tido. Haha.
Setengah jam gak la buat CTG.
Tapi memang mak yong kurang rasa gerakan baby yang.
Degupan jantung baby yang cantik..
Lama gak mak yong nak merasa baby yang gerak.
Dah hujung-hujung baru baby yang gerak.
Sampai serot berot perot mak yong.
Doc scan pun.. Alhamdulillah..
Air ketuban cukup.
Jantung baby oke.
Selamatlah mak yong tak kene tahan wad.
Hikhikhik.

Balik dari hospital.. Elok dia menendang bergusti dalam perot.
Saja tau baby yang wat mak yong cuak.
Alhamdulillah.. Baby yang aktif.
Kawan-kawan doakan mak yong dengan baby selamat melahirkan ya.
Tinggal 7 hari lagi nak serah diri.
Harap baby yang nak kuar sebelum kene induce.
Oke lah.. Nah mak yong belanja rendang ayam.


Eh.. Nak beranak dah ke haku ni?

As'salam and hai semua.
Apa khabar? Sekali lagi dan lagi dan lagi..
Ku abaikan blog tercinta ini.
Hmmppphh..

So untuk tidak rasa terabai lebih lama..
Ku gigihkan jua untuk mencoret sebaris dua kata.
Gittew.. Mihmihmih.

Currently, I'm at my 38 weeks pregnancy.
2 weeks more to go.
Another 12 days and still counting..
Owh sungguh mendebarkan.

So far setakat ni rasanya belom lagi ku rasakan tanda-tanda nak beranak.
Tapi.. Bila ku tanya doc google.. Ada sebahagian seperti ku alami.

Di antaranya:
1) kerap membuang air kecil - baby AI suka main-main rambut kat pundi kencing
2) cirit birit / senang membuang air besar dengan kerap - sehari ada la dalam 4 5 kali. Mudah sangat membuangnya. Alhamdulillah..
3) perut mengeras tapi tak sakit - baby AI seronok berjimba dalam perut. Kerap mengeras.
4) perut dah turun - boleh bernafas lega dan makan dengan senang hati.
5) sakit di bahagian tundun / pubic bone - ini sakit yang amat. Boleh merembeskan mutiara kaca dari mata ayu ku. Sobs.
6) sakit belakang dari pinggang ke punggung - masih boleh tahan sb datang kadang2 tapi bila mai.. Merap kemahin dengan incik suami.
7) kaki membengkak / sembap - bengkak semenjak usia kandungan 34 weeks.. Hmm..
8) mild cramp (macam nak datang period) di ari-ari - macam sengugut on off suka ngusik tau
9) braxton hicks - yang ni selalu kompius. Sakit kemain ingat nak beranak dah tapi selang masa tak tentu. Kuciwa.. Belom masanya lagi. Haha.
10) kerap kentut - baby AI dok picit button urat kentut.. Ampunnn..

Itu yang tersenarai yang sudah ku alami sejak 2 minggu ni.
Tapi nampak gaya macam baby AI masih seronok lagi dok dalam.
Aktif kemahin sampai senget-senget perot.
Time tidoq pun syiok kejut mom dia dengan aksi-aksi tendangan padu.
Demi mu anak.. Mom senyum sajok.

Doc dah bagi date untuk serah diri.
Kisahnya daku kan ada GDM.
So doc cakap tak boleh lebih dari due date.
Oleh itu 11/05/2015 akan ku serahkan diri.
Tapi.. Daku nak request untuk tunggu sampai 15/5 boleh tak agak2?
Haha.. Sebab same date dengan adik aku yang bongsu.

Apa pun doakan daku dan baby AI selamat dan dilindungi Allah dari kecelakaan.
Debaran kian terasa. Semoga dipermudahkan Allah taala. Aamiin.

Wassalam...

#tandatandabersalin #38weekspregnancy

Are we Muslims?

I was on my way home, naik LRT..

Turun tangga.. nak tunggu LRT sambil pegang buku ISLAM : THE MISUNDERSTOOD RELIGION karya DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN sebab nak habiskan baca..
Time turun tangga tu dah perasan dah ada org perhati..
turun2 tangga je kene lalu depan org yg perhati tadi.. LELAKI
dia sgt berminat tengok buku yang saya pegang tu.. tapi saya buat biasa je la..

Suddenly..
A ( lelaki tadi ) : Assalamualaikum
Tapi saya tak dengar sangat.. then dia repeat ..
" Assalamualaikum "

*dalam hati.."eh.. dia Muslim ke?"
B ( Me ) : Waalaikumussalam

A : You read that book? about Islam? you're Muslim right?

B : yeah..Alhamdulillah, i'm Muslim..
This book? ouh,juz to gain more knowledge about Islam to help me explain about this religion to the non-Muslims..

A : ouh..haha..funny right, Islam is there, but not Muslim..
(* time ni sy x clear sgt apa dia cakap )

B : where are you from?

A : I'm from Palestine

B : Palestine? really?? are you Muslim?

A : I was, but then I changed.

B : u changed? do u mean have converted?

A : yeah.. now I'm free.. a free thinker..

B : but why?

A : hmm.. THERE'S ISLAM.. BUT THERE'S NO MUSLIM IN THIS WORLD..

B : wait.. what are u trying to say?

A : ouh my god,u didn't understand me..

B : no, no, just confused, do u mean.. THERE'S NO REAL MUSLIM NOWADAYS?

A : yeah.. hmm.. Islam is the best religion right.. the real religion, you know right??

B : yeah.. I know.. and I Believe..

A : me too, I believed but.. huh.. there's no Muslim..

Die nak cakap..dunia sekarang ni TAK WUJUD DAH INSAN YANG BERGELAR MUSLIM.. ISLAM ADA, TP MUSLIM DAH TAKDE

Then.. saya trus tanya..
B : if u said so, why don't u try to be one? the real Muslim I mean..

A : huh.. good question.. hmm.. TO BE THE REAL MUSLIM IN THIS WORLD, IT'S IMPOSSIBLE.. IF YOU WANNA BE THE REAL MUSLIM, YOU CAN'T LIVE HERE, YOU CAN'T LIVE IN THIS WORLD.. EVERYTHING CHANGED SISTER.. THIS WORLD WAS SO CRUEL TO US, THEY CLAIM US AS TERRORISTS..

Sy terdiam.. terpaku.. terkaku.. mcm2 benda dtg singgah kat otak.. tp x tau nak cakap apa.. otak jam.. Dia smbung lg..

A : I saved half of Al-Quran in my heart.. my mind.. I'm a HAFIZ also.. I wanna ask you, you pray 5 times a day, right?

B : yeah, alhamdulillah

A : we face the Kaabah as our direction for solah.. where's our FIRST QIBLAH?

B : Masjid Al-Aqsa.. Baitul Maqdis??

A : yeah, but now it's sold, it's sold, it's sold sister, the jews conquered it..
(* muka dia mcm kecewa )

Tetiba...
A : i'll stop at KLCC

B : ouh,ok..
( sy proceed baca buku tadi..time tu part JESUS, SON OF GOD )

Die trus tanya..
A : where's JESUS born?

B : I don't know.. where?

A : you don't know? but u called yourself Muslim.. he was born at (apa ntah nama tmpat dia.. x clear sgt sbb bising dalam lrt )

B : where is it??

A : uhhhhh sisterrrr read more.. read more.. then u'll know.. I'm right.. THERE'S NO MUSLIM NOWADAYS..

Sy diam je.. cara dia nmpak mcm nak test sy je sbenarnya.. hmm.. Saya sambung baca.. LRT smpai kat KLCC

A : tq sister, i've got to go, read more..

Saye pon duduk sbb ada tmpat kosong.. Then.. terngiang2 kat telinga..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
Tengok sekeliling..
Perempuan free hair..
Lelaki pakai subang,rantai..
Perempuan pakai baju ketat2..
Lelaki pakai short..
tibe2..
Drop.. by drop.. by drop.. makin laju..
Btol.. Saya x nampak sesape pon yg berperwatakan macam Muslim..
Even me..
Rasulullah cakap..
" ALMUSLIM MAN SALIMAL MUSLIM BILISANIHI WAYADIH "
" Muslim itu ialah yang menyelamatkan muslim yang lain menggunakan lidah dan tangannya "
Tapi apa yg saya buat bila nmpak saudara seIslam yg lain sedang berjalan ke neraka??
Saya biarkan.. Saya x selamatkan..

Am I still a Muslim in your eyes ya Allah? ya Rasulullah??

Rasulullah cakap.."Muslim itu bukan seorang yang menghina"
Berapa ramai antara kita mengaku MUSLIM tapi selalu menghina??
Muslim itu mengucap dua kalimah syahadah.. berapa ramai yang betul2 faham syahadah yang diucapkan??
ASYHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH?

Muslim itu yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam..
berapa ramai lagi yang kantoi
solat 5 waktu??
Still brani mengaku MUSLIM..
Brape ramai yg solatnya di awal waktu?
Brape ramai yg btol2 faham ape yg dibaca dalam solat tu?
Part ni pon kita x lepas..apa ntah lagi pasal solat2 yg lain..
SOLAT JAMA',SOLAT QASAR,SOLAT KHAUF,SOLAT WAKTU SAKIT..
kalau org tanya.. kite boleh jawab?
Saye pon x lepas.. bab solat pon sangkut..
Muslim tu yg membayar zakat.. berapa ramai still tahan harta utk bayar zakat?
Brape ramai yg btol2 faham zakat tu ape?
Brape rmai yg boleh explain ape tu zakat??
Saye pon x boleh.. hmm.. pasal rukun Islam pon x lepas..
Muslim tu yg berpuasa pada bulan Ramadhan..
Brape ramai yg still x puasa?
Brape ramai yang dapat capai matlamat puasa ( taqwa ) ??
Brape ramai boleh explain perihal puasa btol2??
Bila orang tanya.. kite terdiam.. pegi refer ustaz, ustazah..
Mengaku ISLAM.. rukun Islam x lepas..
Muslim tu mengerjakan haji bila mampu..
Berapa ramai yg dapat duit mendahulukan vacation ke tmpat lain drpd pegi haji?
Brape ramai tau perihal haji Rasulullah?
Brape ramai tau haji ni ape sbnarnya?
Brape ramai dpt explain pasal haji kalau org tanya?
Saya pon fail.. banyak benda xtau..
Kita sibuk menjangkau ilmu2 lain..
ILMU TENTANG RUKUN ISLAM PON KITA TAK LEPAS..
Dlm alQuran disebut.. Muslim itu org yg bertawakkal pada Allah.. org yg berharap kepada Allah..
Brape ramai yg meletakkan harapan pada manusia?
Brape rmai yg brharap pncuci muka dpt mmbersihkan mukanya?
Brape rmai yg brharap duit dpt membahagiakan hidupnya?
Ramai.. Nak jadi Muslim yg baik pon kita x lepas.. apa tah lagi nak jadi Mu'min.. MUHSIN?

Allah.. x tau bila.. Still ramai lagi yg bermentaliti nak jadi MUSLIM yg biasa2 je..

Kita lupa.. kita kat akhir zaman.. macam2 ujian datang.. iman yg biasa2 x dapat selamatkan kita..

Again.. DUNIA SEKARANG MEMANG KEJAM DENGAN MUSLIM.. TAPI INGAT.. BUKAN SENGAJA ALLAH CIPTAKAN KITA KAT ZAMAN NI.. KITA MAMPU.. SEBAB TU ALLAH IZINKAN KITA HIDUP DI ZAMAN FITNAH NI..
Muslim itu akan muncul..
Bila kite sedar yg kita belum lagi the real Muslim..
Orang yang sedar itu dia bertindak..
Orang yang setakat tahu.. hanya berdiam diri..
Kekuatan bukan ditunggu.. tapi dicari..
Ilmu juga bukan ditunggu.. tapi dicari..
JANGAN RASA SELAMAT DENGAN IMAN YANG SEKELUMIT

‪#‎copypaste‬
‪#‎orangmembencibilakitamenegur‬
‪#‎mogaallahredhadengandakwahyangsekecillnya‬

Perginya seorang murabbi ummah


Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.


Pengajian :

1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam


Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.


Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.


Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.


Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.


Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.


Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.


Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.


Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.


Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.


Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.


2nd trimester yang super ohhsome!

Alhamdulillah berjaya menempuhi 1st trimester yang penoh dengan cabaran.
Ececeh.. Cabaran lah sangat kan. 
Walhal menade je puan Sarah ni.
Hikhikhik.

2nd trimester ni memacam lak jadinya.
Apa yang jadi? Nanti ku senaraikan.
Owh ya.. By the time entry ni di post.. Aku dah 25weeks.
Sekejap je masa berlalu. Dah 6 bulan kandungan ku.
Skng ni pun dah masuk bulan ke-2 tahun 2015.
Pastu bulan 3 4 5 dah sampai masa nak beranak.
Allah hu akhbar. Indah sungguh ciptaan Allah taala.
Seriau pun ya jugak. Sekejap je rasa masa berlalu.

Hidung mancung warisan dari ayah.
Jeles.. Masa details scan hari tu nampak baby mewarisi jenetik ayahnya.
Hidung mancung. Later iols story pasal 2D Details Scan hokeh?

So far 2nd trimester tidak banyak alahan.
Cumanya muntah muntah angin tu masih bersisa.
Bau-bauan still sensitif dan tasuke kepada bau yang terlalu kuat.
Selera makan? Alhamdulillah.. Masih berselera.
Pantang nampak makanan boleh je ngap. Mihmihmih.
Cumanya masak dan masuk dapor masih tidak boleh.
Alah dengan bauan dapor dan bauan masakan.
Especially BAWANG! Perghh.. Boleh muntah kalau bau bawang.
Dalam masakan kalau nampak kompem ku kuarkan.
Tak nampak oke lagi. Makan kalau tergigit mmg loya.
Jiran masak pun aku weekkkk.. Nade kan?
Bertabahlah hati..

TAPI...
aku sangat suka dengan citrus..
tak kisahlah minuman ke, bauan ke, warna ke..
mmg ku suka amat dengan citrus.
mihmihmih...

Oke.. Apa yang terjadi pada 2nd trimester.
Ada 2 perkara yang berlaku pada aku.

1) di sahkan as GDM pregger.
- wlupun result 2nd test normal.. Tp still kene diet control.
- arakian family history ada kencing manis.
- tp alhamdulillah tak perlu buat BSP.
- dlm pada tak buat BSP tu still kene pantau pemakanan.
- seteress mak hokeh! Tak dpt nak makan macam2. Haha.

2) sakit girdle pelvis seawal 16 minggu.
- SGP.. Tatau pun pasal ni.
- Tetiba pada minggu ke 16 terasa sengal sengal di bahagian bawah ari-ari.
- Sungguh tidak selesa. Memula tu mild je sakitnya.
- Masuk minggu ke-18, masya-Allah.. Sakitnya.. Allah je yang tahu.
- Susah betul nak bergerak. Bergerak sikit je rasa pedih dan sakit.
- tapi kalau berjalan cari barang baby.. 1 GM ku jajah pun tak de hal.
- pastu malam hari siap la.. Menahan sakit lah jawabnya.
- Later story di entry khas untuk SGP ni. kalau rajin la hoh.
- Tapi kalau korang rajin.. Gugel sajok. Hehe.

Oke lah.. Am enjoying my 2nd trimester.
Paling best bila incik suami menunaikan semua permintaan aku.
Syiok weh di layan bagaikan puteri.
Nak makan apa cakap je.. Mesti beliau sediakan.
Makasih incik suami.. Puan isteri sangat sayang incik suami.

Oke lah.. Jumpa next entry.
Babai and tata.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar