BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Showing posts with label Ramadhan Al-Mubarak. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Al-Mubarak. Show all posts

23 Ramadhan 1434 : My day

As'salam semua.
Mcm mana Ramadhan tahun ni?
Didoakan semoga semuanya berada dibawah rahmat Allah taala.
In-sya-Allah. Aamiin.

Last year my day jatuh pada 12 Ramadhan 1433.
Last two years jatuh pada 1 Ramadhan 1432.
3 tahun berturut-turut my day jatuh pada bulan Ramadhan.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hayat ini menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah.. In-sya-Allah dengan izinNya kami akan bersatu.
Alhamdulillah.. It's another year to achieve so many targets.
Hope everything will going smooth. In-sya-Allah.


Seperti tahun tahun yang lalu.. Tahun ni sama je.
Simple celebrating with happy family. 
Berkumpul adik beradik makan makan makan. Haha.
Itu sudah memadai bagi ku.
Syukur alhamdulillah dikurniakan sebuah family kecil yang membahagiakan.
Celebrate birthday as a single lady this year.
Next year panjang umur akan celebrate dgn sang suami.
Semoga hidup ini mendapat barakah dari Allah taala.

On my birthday, I wished to..

Thank you, Allah, for giving me another year of life.
Thank you for all the people who remembered me today
by sending cards, and letters, gifts and good wishes.

Thank you for all the experience of this past year;
for times of success which will always be happy memories,
for times of failure which reminded me of my own weakness and of my need for you,
for times of joy when the sun was shining,
for times of sadness which drove me to you.

Forgive me
for the hours I wasted,
for the chances I failed to take,
for the opportunities I missed this past year.

Help me in the days ahead to make this the best year yet,
and through it to bring good credit to myself,
happiness and pride to my loved ones,
and joy to you. May Allah bless me and my life. Aamiin.

Xoxo.

♥ 22 Ramadhan 1433 : DOA Malam Lailatul Qadar ♥

as'salam dan salam sejahtera
kawan kawan / sahabat handai / rakan rakan
semoga berada di bawah lindungan Allah taala hendaknya.
insyaAllah.

hanya mahu berkongsi sepotong DOA.
Malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.
bersama kita mencari malam yang mulia itu.
insyaAllah.


semoga ini dapat dikongsikan kepada anda semua.
selamat beramal sayang sayang ku !

♥ 14-16 Ramadhan 1433 : Fasting with LOVE ♥

as'salam dan salam sejahtera
apa khabar sayang sayang ku ?
para bloggers dan pembaca ?
me doakan uols semua sehat dan ceria selalu.

3 hari me berpuasa dengan cinta hati me.
alhamdulillah diberi kesempatan utk berbuka dan bersahur bersama.
actuallly this is not 1st time kami berpuasa bersama.
sebelum sebelum ni me keje di KL jadi kami berpuasa di KL bersama.
now me dah stay di Kuantan, so x dpt la nk berpuasa bersama lg.
me pindah ke Kuantan last year. last year x de kesempatan sb memasing busy.
dan beliau juga di tugaskan di luar semenanjung waktu itu. 
so x dapat puasa bersama. sob sob sob.

oleh itu this year alhamdulillah ada peluang.
dan juga kali pertama beliau berpuasa bersama keluarga me.
rasa sgt bahagia sb dapat treat him as a husband.
eh eh uols uols jgn salah paham.
sb me belum menikah ya. sb tu me ckp dpt treat as husband.
klu dah menikah for sure lah dh jadi tggjwb me as wife kan ?

mamita sangat menitik beratkan layanan kepada suami.
sb mamita is a superwomen !!!
me kagum mamita dapat layan papito dari A-Z. top to bottom.
even mamita akan pakaikan stoking di kaki papito masa nk pergi keje.
everything from top to bottom mamita sediakan utk papito.
syurga isteri dibawah telapak kaki suami.

so bila bintang datang jumpa me di Kuantan..
mamita akan pastikan me layan bakal suami me dengan baik.
mamita cakap bila lagi nk belajar layan suami.
oh-uh ! me pn layan la beliau.

tanya nak minum x ? sejok ke panas ?
sediakan towel. kain pelikat. 
bentangkan sejadah bila beliau nak solat.
teman beliau minum.
siapkan makan. isi nasi dalam pinggan siap2.
sediakan air basuhan tangan.
bubuhkan lauk dalam pinggan. tanya nak ke x nak lauk ni lauk tu ?
habes makan angkat pinggan beliau.
sediakan air. cawan atau mug kene berpiring.

itu baru sebahagian. belum kawen.
kalau dah kawen macam mana la gamaknya ?
baca dari pengalaman kawan kawan... oh-foh bisakah aku ?

sepanjang berpuasa bersama 2 3 hari ni.
berbuka bersahur me yang sediakan.
mamita hanya membantu sahaja.
mamita soh me yang sediakan. sob sob sob.
oleh itu bangun sahur perlu awal utk memasak.
*walhal panaskan lauk jep. haha*

yang best juga.. adalah buat biskut sampan bersama.
hehe. 1st time beliau tgk me buat kuih.
kembang kempis me sb malu malu kucing.
gaga ! ntah apa-apa nk memalu kan ?

sampan lanun. muatan lebih. hehe. khas utk abg ipar dan ayah mertua me. hehe.

me memang suka baked. tahun ni amik tempahan sket sket.
xde la serious sgt. sb most of raya me buat utk family je.
tahun ni nk cuba market lak. kalau oke insyaAllah akan diteruskan.
oke la me rasa dah panjang sangat me membebel ni.
nanti me citer citer lagi k. daa ~!!

♥ 12 Ramadhan 1433 : My Day ♥

as'salam dan salam sejahtera
my friends /  my fans
how are you ?

poohhhhh fuuuhhhh ! berhabuk betul blog ambe ni.
hukhukhuk!

today is my day.
am already 20++++. haha.
getting old older oldest.
but still FOREVER 21. weewiitt !

alhamdulillah masih di beri nafas dan kesempatan untuk menjalani kehidupan.
hari ini 12 Ramadhan 1433H hari kelahiran me.
last year hari kelahiran me jatuh pada 1 Ramadhan 1432H.
2 kali hari kelahiran me jatuh pada bulan puasa bulan penuh rahmat.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.

Rabu.. me lahir pada hari Rabu. tahun ni jatuh pada hari Rabu hari kelahiran me.
rasa sekejap je masa berlalu. now me dh dewasa. x berapa lama je lg nk masuk 30's. 
tp x pe semakin ia beranjak semakin ia mengajar erti kehidupan.
semakin ia menjadikan me lebih matang dalam menjalani kehidupan.

Sempena hari kelahiran me ini, me berharap moga
- perjalanan kehidupan me mendapat keberkatan dari Allah taala
- dilimpahi rezeki yang halal
- ditemukan jodoh dengan si dia
- dimatikan dalam iman kepada Allah taala.

kepada kawan kawan / sahabat sahabat
terima kasih kerana mendoakan me dan memberi ucapan hari lahir kepada me.
terima kasih yang tidak terhingga dan smga Allah taala membalas jasa kalian.
terima kasih.

♥ 2 Ramadhan 1433 : Malam Awal Ramadhan & Harapan Ku Di Bulan Ramadhan ♥

as'salam dan salam sejahtera
sahabat sahabat / kawan kawan
how's your day on 2nd day of Ramadhan ?
hope everything oke. jangan ada yang ponteng puasa pula ya !


me ada menanam azam pada bulan Ramadhan kali ini. insyaAllah.
me harap me dapat lakukannya dengan baik.

secara jujur sebelum sebelum ni me agak tersasar dari landasan.
moga di ampunkan oleh Allah taala terhadap dosa lalu me.
me bukanlah jahat sangat. tp cukoplah untuk sedarkan diri me.

setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.
begitu juga me.

me mohon ampun dan maaf kepada kawan kawan kiranya me ada lakukan kesilapan.

kadang kadang me ni panas baran. mulut celupar jugak. sob sob sob !

kalau ada kawan kawan di luar sana yang terasa dengan kata kata me.

me mohon ampun dan maaf. moga kesilapan dan kekhilafan diri me diampunkan.

oke kawan kawan !
selamat bersahur. selamat menjalankan ibadah.
selamat berpuasa. jangan puasa yang yok eh ! hehe.

♥ Ceritera Kehidupan : Ramadhan Al-Mubarak ♥

as'salam dan salam sejahtera
sahabat handai / kawan kawan / rakan rakan / teman teman
bagaimana hari anda ?

pejam celik pejam celik
dah sampai pn Ramadhan yang di nanti-nantikan

jangan puasa yang yok je ya kawan kawan
jaga kata / jaga mata / jaga hati
jangan bergaduh / JANGAN MAKAN ! / jangan buat perkara lagha

banyakkan mengaji Al-Quran
banyakkan belajar tentang Islam
banyakkan bersedekah
banyakkan beribadah kepadaNya
banyakkan zikir kepadaNya
banyakkan doa kepadaNya

di kesempatan ini, me nak mohon seribu keampunan di atas kehilafan diri
secara sengaja atau tidak sengaja. bersama kita memperbaiki kelemahan diri.
bersama jua kita menunaikan Rukun Islam yang ke-3 dan mendekatkan diri dengaNya,
semoga mendapat barakah dari Allah taala dan diampunkan dosa olehNya.
insyaAllah.

♥ 26th Ramadhan : Ucapan Tulus Ikhlas ♥


♥ 22th Ramadhan : Penghujung Ramadhan ♥

malam yang dingin..
sedingin hembusan bayu hujanan yang membasahai bumi.
SUNYI. SEPI. SENYAP.
hanya irama dendangan hujan menimpa zink di bumbung kediaman.
.................................................


di kesunyian malam ini seraut wajah tua..
memancarkan kegusaran hati.
keresahan hati yang sukar untuk diluahkan.
kerunsingan jiwa sukar untuk di gambarkan.
apalah daya utk seorang wanita di penghujung usia.
hanya mengharap belasan anak-anak.


namun... harapan itu hanya tinggal harapan.
kekecewaan melanda tatkala si anak bongsu menganiayanya.
di penghujung Ramadhan...
mendapat khabar berita harta pusaka.
harta pusaka yang tidak nampak batang hidungnya.

yang sulung dan yang tengah..
di katakan bodoh dan dungu tidak tahu apa-apa.
memberi kepercayaan sepenuhnya 
kepada si adik yang pintar dan bijak.
apalah yang mereka tahu. 
mereka orang kampung. tidak tahu apa-apa.
hanya mampu berserah kepada si adik 
yang jauh lebih hebat di arena kebandaran.

ibu tua yang kegusaran hati 
hanya mampu menitis air mata membasahi pipi.
hanya mampu berserah dan berdoa agar 
...tiada ketengangan yang melanda.
hanya mampu berserah dan berdoa agar 
...keadaan kembali sediakala.
hanya mampu berserah dan berdoa agar 
...kegusaran ini berlalu pergi.

mungkin ini adalah dugaan dan cobaan dari Allah Taala.
yang harus di tempuhi dengan penoh kesabaran dan ketabahan.
semoga keadaan baik baik belaka.
di penghujung Ramadhan ini.

♥ 10th Ramadhan : Ceritera Cinta Sejati ♥

MHI TV3, 10 OGOS 2011, RABU

al-kisah Ceritera Cinta Sejati yang pernah aku temui dalam seumur hidup ku. terasa berada dekat dengan keluarga kak Moon tuan empunya blog Moon Punyer Blog yang banyak bercerita  kisah suka duka adik iparnya iaitu Noormawati Mohd Rasif yang menghidap barah otak. 

sebahagian hidup kak Moon bersama telah di cerita di dalam blognya. setiap kali aku menjengah ke blog kak Moon pasti air mata tidak henti merembes. ketabahan seorang suami yang tulus mencintai isterinya walaupun isterinya tidak berdaya apa. kasih seorang suami yang benar-benar menyentuh perasaan aku. video di atas merupakan kisah ceritera berkenaan Noorma dan Talib. merembes lagi air mata aku. owh Tuhan. tabahkan hati mereka.

sesuatu perkara yang aku pelajari dari kisah Noorma dan Talib adalah ketulusan kasih sayang dan cinta suami isteri. juga ketabahan dan kekuatan keluarga yang sentiasa di sisi. penderitaan mereka itu jauh lagi hebat dari apa yang aku lalui. semoga Allah lebih menguatkan hati mereka, iman mereka dan di berikan kesihatan kepada Noorma. smga beliau cepat sembuh.

♥ 5th Ramadhan : Selamat Hari Lahir Acik ♥


my superb fabulous lil sista SARAH HERMIZAR
May Allah bless you on your day
and all the happiness, prosperity, wealth and health is for you.
BIG hugs. XOXO~!!!

♥ 4th Ramadhan : Mencari Kekuatan ♥


"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu. Bersatu dalam menyeru satu jalan-Mu dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu. Maka Ya Allah eratkanlah ikatan pertalian ku dengan-Mu. Abadikanlah kasih sayang ku pada-Mu, tunjukkanlah jalan untuk ku dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tak pernah redup, lapangkanlah dada ku dengan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan makrifat-Mu dan matikanlah dalam syahid di jalan-Mu. Engkau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan dari Mu ya Allah. Sesungguhnya Engkau sebaik baik pelindung dan penolong.” amin ya rabbal alamin

♥ 3rd Ramadhan : 100 Days To Go ♥

THERE IS 100 DAYS TO GO.
MAY ALLAH BLESS SARAH HERNYZAR AND HELMIZAN.
SEMOGA PERJALANAN MEMBINA MASJID MENDAPAT BARAKAH DARI ALLAH TAALA. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

♥ 2nd Ramadhan : Kenangan Berpuasa Waktu Kecil ♥

hari ni 2nd day berpuasa. [isk baru 2nd day. ada lg 28 days to go] HEHE. ada lak counting day kan. NGEE. mengom seketika. hari ni awal pagi [sesudah Subuh oke bertolak dari umah] aku menghantar adinda ku MOHD HAFIZHZAR ke TATIUC. smlm dia buat kejutan balik untuk mula Ramadhan bersama keluarga.

nk citer sket pasal kenangan time berbuka. masa tecik2 dulu, selalu dan sgt rajin pg PARAM. PARAM mana yang aku tidak terjah? cuba khabar kan pada aku? haha. masa tecik2 mak abah aku rajin angkut aku dan adik beradik ke PARAM. tu x kira uncle-uncle and aunty-aunty aku. belum lagi masuk sepupu sepapat aku yg mmg hantu PARAM. haha.


*korang mest tertanya2 apa itu PARAM. PARAM adalah Pasar Ramadhan. haha. takana juo.
di PARAM mcm2 mknn aku nk beli. tp EXTREMELY PEBRET fud aku adalah AYAM PERCIK. ntah la. time pose je aku suka gile beli ayam percik. time2 biasa x de plak aku nk mkn ayam percik. NGEE.  abah aku tau mknn pebret anak dia time pose ayam percik so dia akan belikan ayam percik utk aku. samada aku pg PARAM atau tidak abah ttp belikan. AYAM PERCIK cik sara sorg ni. HAHA. 

pastu bila dah dekat time berbuka tu. aku la org paling cepat dok kat meja makan. tuang air siap2. kaut kuah bagai semua boh atas nasi. kat TV iklan dia kemain bnyk lg. bukak radio ada org ngaji. bila dia dh smpi penghujung aku dah tadah tgn nk baca doa. azan je aku terus pgg air. abah mak tegur la sb kene baca doa dulu. [dulu kecik2 ingat azan je berbuka terus. HAHA]. pas baca doa then baru la mkn. tp aku mkn paling ciput. mkn sket je tp beli memacam. 

itu kisah berbuka.. kisah bersahur belom lagi. waktu bersahur aku la yg paling liat nk bangun. woohoo~!!! best oke tido di kala pagi. sejok. plus dok kampong kan. mmg angin pg tu best. lena di buai2. hujan apatah lg. tarik gebo sampai kepala la. 

mak la orang yg paling sabar bila kejotkan anak2nya. abah pn lg la. kejot macam nk soh tido lena lagi. haha. bila smpi tahap maxima masih lg x bangun kedengaran la nnt suara high pitch mak menjerit. "banguuuuunnnnnnnn sahoooooo" oke baru la terpisat-pisat bangun gosok gosok mata. bangun bukan reti nk ke sink basuh muka ke hapa terus dok depan meja makan. kuis kuis nasi. baca niat pn sangkut. [dan sebenarnya tidak hafal pn. abah la yg ajar satu satu baca niat]

sampai kadang tu suatu ketika sampai terbenam muka dalam nasi. punya la mengantok. sampai kan mak kasihan pada anak2 kasi minum susu dan pisang je utk alas perot. nakalkan kitaorg ? begitu la. time berbuka sikit pnya havoc. time bersahur haa kau la paling lambat bangun. haha.

itu la serba sedikit kenangan waktu kecil aku. setiap detik dan perkara masih tersemat di ingatan ini. semoga ia akan terus kekal segar di ingatan kehidupan ku. panjang lak bebelan entry kali ni. layankan je lah eh. jumpa lagi. daa~!!!

♥ 1st Ramadhan : Harapan Ku ♥



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


5 tahun aku berpuasa di perantauan. 
waiceh mcm la jauh sgt kan KL-Kuantan. ngee~!
dulu time study bila 1st day puasa mesti aku balik kg.
sambut Ramadhan bersama fmly. 
tp sejak dah bekerja ni, aku sambut Ramadhan sorang2. 
sahur sorang2. buka puasa sorang2. wuuuwuuu. 

TAPI.. ITU DULU~!!

waktu aku di perantauan. kini tidak lagi. hehe.
kini aku di umah suda. di Kuantan, Pahang. 
bersama keluarga tercinta menyambut Ramadhan.
tambahan pula 1 Ramadhan jatuh pada 1 Ogos 2011.
[kembang kempis idong aku menaip entry ni]

1 Ogos 1984 jam 4.30 pagi lahirlah seorang bayi perempuan yang comel di kediaman nendanya di Kuantan, Pahang. bayi perempuan seberat 2.4kg telah di beri nama SARAH HERNYZAR. tahun ini keberkatan Ramadhan membawa aku kepada usia yang lebih matang. lebih bersedia untuk di nikahi oleh seseorang yang telah tercipta untuk ku (insyaAllah pada 11 November 2011 ini) untuk di jadikan teman hidup permaisuri di hati. lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. lebih bersedia untuk menjadi seorang menantu yang solehah. lebih bersedia untuk berkhidmat pada si dia yang bergelar SUAMI. 

semoga cahaya keberkatan Ramadhan Al-Mubarak ini membawa seribu rahmat dalam kehidupan aku di dunia dan akhirat. semoga perjalanan hidup ku mendapat barakah dan di lindungi Allah taala. amin ya rabbal alamin.

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI SENDIRI
SEMOGA MENJADI SEORANG INSAN DAN WANITA YANG SOLEHAH
SEMOGA DIRI INI LEBIH TABAH MENGHADAPI SEGALA JUA UJIAN DAN DUGAAN.

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

♥ Ramadhan Al-Mubarak ♥


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

tahun ini merupakan tahun terakhir aku akan menunaikan ibadah puasa sebagai seorang DARA. eceh~!! insyaAllah jika di izinkan Allah Taala tahun hadapan aku akan berpuasa dengan seorang insan istimewa yang yang bergelar suami yang telah tercipta utk ku olehNya. berceritera berkenaan puasa.. tahun ini merupakan tahun ke 3 aku berpuasa bersama bintang hati HELMIZAN MOHD AMIN. selama 3 tahun meredah arus perhubungan sebagai kawan pada tahun pertama. sebagai couple pada tahun kedua dan sebagai tunangan orang pada tahun ketiga. Alhamdulilah utk 2 tahun yang lepas kami sama-sama menunaikan ibadah puasa dengan penuh ketenangan dan barakah insyaAllah. smga pada tahun ini akan lebih mematangkan kami untuk menyiapkan diri bagi merempuh alam baru pada tahun hadapan. insyAllah dengan izin Allah.

di kesempatan ini, aku dan diriku memohon seribu kemaafan dan keampunan sekiranya ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang disengajakan atau tidak disengajakan. yang terbaik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri ku sendiri. bersama kita perbaiki diri.

BERSAMA KITA MENDAPAT BARAKAH DI BULAN YANG MULIA INI BULAN RAMADHAN.
INSYAALLAH. AMIN.

♥ Salam Ramadhan Al-Mubarak ♥

Salam 1 Ramadhan to all readers, bloggers. 
Hari ni dah 1 Ramadhan. 

.Selamat Berpuasa.
.Selamat Bersahur.
.Selamat Menunaikan Ibadah.

.mohon seribu kemaafan di atas setiap kekhilafan diri ku.
.semoga bulan yang mulia ini membawa lebih keberkatan dalam kehidupan.

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar