BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Nasi Berkhasiat Buat Keluarga

as'salam kesayangan semua.
sehatkah kamu?
ku doakan semuanya berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.
in sha Allah.

sejak sejak jadi isteri ni.
tambah pula jadi suri rumah sepenuh masa.
so nak lah daku berkongsi dengan kalian semua.
cara memikat perut suami. giteww kan.
haha harus la tambat seleranya supaya sentiasa dikasihi dicintai.
yang paling utama khasiat dari masakan kita tu.
jom kita tengok apa rahsia khasiat menambat selera suami.

Berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan nasi yang berkhasiat bagi seisi rumah. In sha Allah.

1) Dimulakan dengan bacaan bismillahirrahmanirrahim
2) Bilas beras ikut pusingan tawaf kiblat (kaabah) ATAU lawan arah jam sambil berselawat / berzikir dan berdoa
3) Bilas sehingga jernih airnya supaya hilang segala keladak & kanji yg berlebihan itu
4) Tanak nasi seperti kebiasaan
5) Bila nasi dah hampir kering, ambil sebatang kulit kayu manis (secubit serbuknya pun boleh juga) kemudian cucukkan / taburkan di tengah2 nasi itu

*bila nasi dah siap masak, in sha Allah anda akan dapat menikmati nasi yang kaya dengan khasiat (drpd cinnamon tersebut) bagi seisi keluarga. In sha Allah.



Antara khasiat dari KULIT KAYU MANIS ADALAH :

1. Mengurangi Kolestrol Jahat
Rempah-rempah dengan citarasa eksotik ini juga boleh mengurangkan kadar kolesterol jahat atau LDL dalam darah.

2. Membantu Mengawal Gula Dalam Darah
Kayu manis membantu mengatur kadar gula darah, sehingga baik diamalkan oleh pesakit diabetes. Selain itu kayu manis juga boleh diambil bagi mereka yang ingin menstabilkan tenaga dalam badan.

3. Berfungsi Menyeimbangkan Hormon
Mengandungi bahan kimia alami cinnamaldehyde. Menurut sejumlah kajian, zat ini boleh meningkatkan hormon progesteron dan menurunkan produksi testosteron pada wanita, sehingga membantu menyeimbangkan hormon.

4. Memenuhi Keperluan Serat & Mineral
Kayu manis mengandungi sedikit serat, kalsium, zat besi dan mangan. Meskipun jumlahnya sedikit, tapi manfaat nya boleh membantu melengkapi keperluan serat dan mineral harian anda.

5. Berkhasiat sebagai anti-bakteria
Banyak digunakan untuk menyingkirkan bakteria jahat tanpa merosak gigi atau gusi. Itu sebabnya kayu manis banyak digunakan pada produk ubat gigi, ubat kumur dan cairan penyegar nafas. Khasiatnya juga boleh didapatkan dengan mencampurkan bubuk kayu manis ke dalam teh, coklat panas atau susu hangat.

6. Mencegah & Mengubati Kanser
Penelitian di University of Texas, yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition and Cancer, menunjukkan bahawa kayu manis memiliki manfaat dapat mengurangkan proliferasi sel kanser, baik untuk pencegahan kanser dan mengubati penderita penyakit kanser.

7. Meringankan flu
Kandungan yang ada dalam kayu manis juga dapat mengurangi flu, terutama bila dicampurkan dengan halia. Di mana kandungan anti-inflamasinya membantu mengalirkan peredaran yang baik dalam tubuh.

8. Cukup efektif dalam mengatasi perit ketika haid

9. Mencegah Penyakit Jantung
Kayu manis memiliki sifat anti-inflamasi yang membuatnya cukup efektif dalam melindungi jantung terhadap kerosakan mahupun infeksi pada jantung, terutama di arteri akibat makanan berlemak.

sumber informasi ni ku dapati dari facebook.
so rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian.
ilmu yang bermanfaat elok dikongsikan.
In sha Allah cara memasak nasi ini juga boleh mendapatkan nasi berkhasiat sepower kualiti beras Taj Mahal. Mudah2an. In sha Allah berjaya. Selamat mencuba semua!

♥ RESEPI : Biskut Almond London ♥

as'salam dan salam sejahtera
kawan kawan / teman teman / sahabat handai
me x nk celoteh panjang. me nk share resepi wajib tahunan.
haha. macam apa je kan. siap beracara tahunan.

oke this recipe is forever favorita. me and my femmelive.
tiap tahun WAJIB ada ya time Raya !
kalau x bancuh sendiri, tunjuk tunjuk je kat kedai. haha.

oke jom tgk apa resepinya.

BAHAN A:
250 gm butter
 2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan nestum yang dikisar halus
1 biji kuning telur
badam yang dipanggang secukupnya
badam cincang / chocolate rice (untuk hiasan)
papercup (warna hitam is so exclusive gayanya ! wee !)

BAHAN B: (topping)
coklat masakan
2 scoop (sudu besar) Butter (untuk mengilatkannya)

*Cairkan coklat masakan + butter dengan menggunakan kaedah double boiler.


CARA-CARA:

1. Pukul gula icing + butter sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur.
dan pukul lagi sehingga sebati

2. Kemudian masukkan tepung gandum + tepung jagung + nestum

3. Uli adunan menggunakan tangan sehingga menjadi doh.
pastikan doh tidak melekat pada tangan

4. Ambil sedikit doh, letakkan badam panggang di tengah-tengahnya.
dan bentukkanlah sesuka hati uols. me ? bujur sudah cukop. haha.

5. Alaskan loyang dengan kertas minyak. bagi mengelakkan ianya melekat.
bakar pada suhu 180'c selama 15-20 minit (bergantung pada oven ya)

6. Sesudah masak sejukkan biskut pada suhu bilik.

TOPPING:
Celupkan biskut dalam bahan B satu persatu dan masukkan dalam papercup.
Hiasi biskut yang bersalut coklat dengan badam cincang / choc rice

dan hasilnya !
taraaaaaa... !


SELAMAT MENCUBA !

♥ RESEPI : Ayam Paprik Ala Sara ♥

as'salam dan salam sejahtera.
nak share resepi hari ni.
Masak Ayam Paprik Ala Sara
masak Ayam Paprik for the 1st time.
alhamdulillah seisi keluarga suka. siap bekalkan utk abah di hospital.
jom tgk resepinya dan hasilnya.

me the Master Chef ! hehe.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Isi ayam (dipotong sederhana besar & direbus)
1.5 inci halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili merah yang di kisar
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
Kicap
Sos tiram
Garam & Sedap Rasa Knorr

Cara-cara :

  1. Mula sekali, isi ayam yang telah di potong sederhana besar hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lama-lama sb nnt nak masak dgn kuah paprik lak kan. api sederhana besar sahaja ya.
  2. Kemudian tumis halia, bawang merah dan serai sehingga garing & berbau harum (naik bau). Masukkan sos tiram satu sudu pun dah cukop.
  3. Masukkan pula cili merah yang telah di kisar tadi. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam dan Sedap Rasa Knorr secukup rasa.
  4. Masukkan pula isi ayam yang telah direbus dan juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campurkan tepung jagung). Kacau dan biarkan selama 2 minit. ( NOTA ! Isi ayam boleh digantikan dgn daging atau udang@sotong bagi peminat seafood atau buat PAPRIK CAMPUR)
  5. Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga, kacang panjang dan lobak merah. Kacau sehingga rasanya sebati. 
  6. Tgu sehingga siap masak pastu boleh makan dengan nasi putih yang panas. nyum nyum nyum !
selamat mencuba kawan kawan !

♥ RESEPI : Ayam Masak Kicap ♥

AYAM MASAK KICAP ala SARA

Bahan-bahan:
Ayam
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Kunyit Hidup
Kunyit Serbuk
Daun Limau Purut
Cili Kecik
Sos Tiram
Kicap
Sedap Rasa Knorr
Tepung Jagung
Air
Minyak
Garam

Cara-cara:

AYAM GORENG
1. Tumbuk halia sebesar ibu jari, sekelingking kunyit hidup dan 2-3 biji bawang merah hingga lumat. Masukkan Sedap Rasa Knorr, garam dan serbuk kunyit secukop rasa. 
2. Gaulkan bahan-bahan yang di tumbuk dgn ayam yang dah dipotong. Marinate utk beberapa minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut sehingga kekuningan. Kemudian ketepikan.

KUAH KICAP
1. Tumbuk 2-4 biji bawang merah, 1 biji bawang putih dan cili kecik (ikot kepedasan anda) sehingga lumat.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskn bahan tumbukan tadi. Sehingga naik bau.
4. Masukkan sos tiram, Sedap Rasa Knorr dan kicap. Gaul sebati.
5. Masukkan daun limau purut yang telah di hiris. (boleh juga kalau sekadar carik carik)
6. Masukkan air. (kalau nk kuah bnyk boh la bnyk sket air tp jgn la smpi melimpah. pandai pandai budget ya)
7. Amik tepung jagung dalam 1-2 camca teh camtu. Larutkan dengan air panas dan masukkan dalam masakan utk jadikan kuah sedikit pekat.
8. Tunggu sehingga kuah menggelegak baru masukkan ayam yang telah di goreng tadi.
9. Gaul sehingga sebati. Tambah garam secukop rasa. Kalau pedas tmbh sedikit gula.
10. Siap untuk di hidangkan.

dah siap. hehe. simple je kan. campak campak je.

p dot s: sara biasa main campak campak je bahan bahan tu. x de spesifik. sb mak selalu request kuah bnyk. oleh itu sara akan lebihkan pada bahan utk kuah. utk ayam goreng tu kita boleh goreng kemudian dan masukkan dalam kuah yang masih tinggal (jika ada baki laa). panaskan je dah boleh makan. haha.

kalau ada apa soalan boleh la tanya ya. jangan segan segan. selamat mencuba.

♥ RESEPI : Chocolate Cake ♥

As'salam dan Salam Sejahtera buat sahabat sekalian.
*fooohhh fooohh foohhhhh*
buang habuk di blog dengan entry best ni. Entry pasal makanan.
Lama dah tampal entry sejak sejak bercuti dan berholiday ni.
Kita mulakan dengan yang ini lah eh Resepi Kek Coklat
Jom layan.

Bahan A :
· 1 cwn air
· 1/2 cwn serbuk koko Van Houten
· 1/4 cwn gula pasir

Bahan B :
· 250gm Buttercup
· tepung kek + susu tepung = 2 cwn
· 5 biji telur ---> asingkan putih & kuning
· 3/4 cwn gula icing (gula castor pun boleh)
· sedikit badam / chipsmore / coklat chip
· sedikit esen vanilla & perisa rose

Hiasan :
· 100 - 150 gm coklat masakan
· sedikit butter
· sedikit badam / coklat chip @ rice (pilihan)

Cara-cara

Kek Coklat for Family-In-Law


  1. Bahan A : satukan dlm satu periuk. Masak secara di atas api kecil @ sederhana. Pastikan ianya likat & sejukkan. Sambil2 tuh boleh lenserkan bekas acuan dan kertas minyak dengan merjerin. Ketepikan.
  2. Asingkan putih & kuning telur. (Pastikan kuning telur tak termasuk dalam putih telur, walau sedikit. Nanti 'meringue' tak jadi. ) ---> utk elak @ hilangkan hanyir putih telur, buangkan 'mata' yang terdapat dlm putih telur tu.
  3. Pukul putih telur hingga kembang/menjadi putih, ketepikan. (guna mixer @ guna whisk pun boleh). *NOTA: kalau diterbalikkan, ia tak jatuh dr bekas, bermakna ia dah cukup kembang*
  4. Masukkan butter, gula, esen vanilla & perisa rose ke dlm mixer. Putar hingga kembang.
  5. Ketika mixer masih on, masukkan kuning telur sikit demi sedikit hingga hbs kedalam bahan2 tadi (step 4).
  6. Kluarkan adunan tadi dr mixer... masukkan badam / chipsmore (kalau suka), gaul sebati.
  7. Satukan Tepung Kek & Susu Tepung (boleh juga gunakan susu segar), ayak. Kemudian, masukkan tepung nie ke dalam bahan-bahan yg diputar tadi berselang seli dengan Bahan A.
  8. Masukkan putih telur (meringue) tadi, gaul hingga adunan semua sebati. Tuang dlm bekas acuan kek. Bakar hingga masak (30 - 40 minit). Sejukkan.
  9. Hiasan : Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler', masukkan sedikit butter (untuk bagi ia berkilat). Tuang coklat nie atas kek yg telah sejuk tadi. Boleh hiaskan dengan coklat chip @ chocolate rice @ badam.

TIPS: kalau rajin boleh potong kek kepada dua lapisan. Then tuang coklat masakan tadi. Lapiskan semula. Pastu hiaskan seperti step9.

Selamat Mencuba~!!!! (^_____^)

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar