BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Showing posts with label wedding outfit. Show all posts
Showing posts with label wedding outfit. Show all posts

Review #09: Persalinan Resepsi

as'salam dan salam sejahtera semua.
apa khabar? harap semuanya sihat hendaknya.
oke semangat review masih bergelora nih.
kot la 2 3 hari ni korang dapat update pasal review je.
jangan bosan lah naa.
sit properly and enjoy reading. muah!


baju resepsi ku ni ilham dari sini.
silalah klik untuk maklumat lanjut. haha.
tengok la hat mana yang lebih kurang tu hat tu lah tu.
actually ada drama gak baju resepsi ni.
arakian aku kan perantin sempoi, so maleh la hai nak amik pusing.
balun saja la mana ada. 


perincian pada baju resepsi aku.
disebabkan tema merah hitam putih.
warna pilihan adalah warna off-white untuk baju resepsi aku.
yang sebenarnya aku nak warna champagne.
tapi WP aku kata tak masuk warna tu dengan tema aku.
so aku ikot la cadangan dan pandangan beliau.
beading warna grey ada hitam sikit sikit.
  

full view aku pakai baju resepsi.
abaikan lah mana yang tertonjol tu. blerrrghhh -___-
tasuke tapi kene suka juga. sebabnya baju siap sehari sebelum majlis.
nangis. T___T 

redha itu pasrah.
pasrah itu menyerah.
dah lepas pun majlis aku. 
huwaaaaaaaaaaaaa!!!

siapa WP aku?
tunggu aku review pasal WP aku nanti naa.

XOXO.

Review #08: Persalinan Nikah

owh owh owh. di kesempatan yang ada ni.
jom lah kita sambung review ya kawan-kawan.
owh owh owh satu lagi as'salam dan salam sejahtera sayang sayang ku.
sorry tak menyempat nak bagi salam. terus terjah.
ampun....

hari ni nak review pasal baju nikah.
kalau tak review sekarang nanti jadi basi.
so tak syiok nak review dah. haha.


baju nikah sara simple je.
tak de lah sarat meleret menyapu bumi.
tak de lah blink blink gemerlapan bintang.
tak de lah kembang setaman.
tak de lah flowy terbang terbang angin.

baju kurung Riau Pahang.
hah. nama mesti kait dengan Pahang.
semestinya sebab aku anak Pahang. bhuahahahaha.
tema majlis pun Pahang. #hitamputihtakakanpadam
gitu siap ber"hashtag" bagai. poyos!


YES! baju nikah sara baju kurung riau.
pesak gantung. sedikit tampalan lace untuk menaikkan seri.
berkain songket mengekalkan tradisi. 
nasib tak minta kain cindai. lagi haru nanti.
actually kain songket tu nak sama dengan sampin suami. auuww!
blink blink untuk sedapkan mata je. tak sarat mana pun.

kain beli kat Jakel. beli sepasang suami isteri.
suami 5 meter. isteri 2.5 meter.
berapa hinggit? tok sah la tanya.
disebabkan faktor usia, terlupa sudah harganya.
ampun maaf di pinta.


tudung halfmoon. material chiffon.
RM12/meter. sedikit jarang tapi pakai inner neck oke je.
beli kain pastu upah orang buatkan.
sebabkan sara tempah sekali dengan veil sanding.
sayangnya veil sanding tu tak pakai pun. sobs.


veil last minute beli kat Jakel.
ada drama tentang veil ni.
tak pe lah. kenangan semua tu.
biarlah ia tersimpan rapi di benak fikiran ku.
-___-

p dot s: ada sesiapa berkenan dengan veil nikah sara ni. boleh lah email ke sarah.hernyzar@gmail.com untuk sebarang pertanyaan. nak sewa boleh. nak beli terus pun boleh. 

eh sempat lagi promote. haha.


oke perantin dah siap.
dah ready nak ke masjid.
gini lah rupanya sara berbaju nikah siap bertudung dan berveil.
simple sajok. ^______^

nak tanya apa-apa boleh lah tanya.
owh owh hampir terlupa.
sara tempah baju ni kat kak Masella.
harga tempahan? 
pergi lah sendiri tanya ke Masella Boutique, tingkat 2 Plaza Alam Sentral.
sara sangat sangat recommended akak Masella ni.
sebab jahitannya yang kemas. superb.
keselesaan yang super comfy. erk camne tu? haha
senang berdiskusi dengan beliau.
pandangan dan komen dari pelanggan amat beliau titik beratkan.

oke tu je lah.
baju ni boleh pakai lagi next time.
sonok. sebab selesa. kot kurus lagi masa tu.
bhuahahahahaaha.

okelah jumpa lagi.
XOXO.

#33 BIG DAY : Inspirasi Songket Untuk Bertandang

as'salam dan salam sejahtera.
kawan kawan / sahabat sahabat / teman teman
para blogger / para pembaca / para pembaca senyap
si cantek / si jelita / si kacak / si tampan

me harap uols semua ceria ceria selalu
tabah dan sabar dalam menghadapi kehidupan harian
insyaAllah. amin.

me love to share about wedding inspiration.
sbnya me now sdg gigih dan giat membuat persiapan.
insyaAllah jika tiada aral yang melintang patah.
doakan untuk me moga moga di jodohkan Allah taala me dengan tunang me Helmizan.
insyaAllah berkat doa kalian. amin.

oke rini me nk share pasal songket.
memula dulu me plan to have Tradisional Classic for my weds.
tp dh berubah. tp tp ini cuma impian dan anganan me utk belah bertandang.
wee ! me love verangan. uols jom la verangan sama.

masa Ning Baizura tawen. me sgt admire dgn baju songket rekaan Rizman Ruzaini ini.
me sangat sangat jatuh cinta dengan design ini.
design kebaya riau pahang. kembang di tengah. menutupi montot. eceh !
dan me juga suka warna biru tua ini. sesuaikah dengan kulit me dgn bintang ?
me rasa rasa / me agak agak sesuai. bintang pn cakap oke ! me suke !

gambaran dari www.budiey.com

ini warna green emerald. me tasuke hijau tp bila tgk scha pakai.
terus jatuh cinta. tp tp kulit me mcm x sesuai je dgn warna hijau.
kulit me kulit pan asian. *pengsan* kulit bintang juga. *lagi pengsan*
scha kulit cerah putih lepak. nmpk sgt jelita dengan warna itu.


warna maroon atau merah hati ini juga sgt nice. 
warna baju sanding mamita and papito masa kahwin dedulu.
tahun 1980. wah gila kau siap bgtau tahun. haha.
me verangan juga nk pakai warna maroon ni. kunun mengingati sejarah mamita & papito.
tp kalau dah pakai baju kebaya sebegini (sila klik) x kan nk songket pn warna sama.

gambaran dari Arvish Studio

ini Aliaa Farhana Lokman. sapa x kenal mantan b2b ini.
beliau mengenakan sepasang songket purple / ungu utk malam berinai.
cantekkan ? me suka juga ungu. haih kalau dah sume suke mcm mana ini ?
Mummy Aasim mana cari kain untuk baju songket ni ? meh share !

gambaran dari Aliaa Farhana Lokman

ini Mus. owner Moose The Loose.
beliau mengenakan songket biru laut. sgt nice kan ? pastel color.
beliau kurus tinggi. cantek ! kulit beliau putih cerah. sgt cantek.
kalau me pakai kaler biru laut ni. kompem kekontrasannya. haih !

gambaran dari Moose The Loose.


me tingin sangat nk pakai songket.
tp me kene tgk juga keadaan cuaca. semestinya.
me takot me panas meruap nnt. haha. kalau panas kompem me terus xde mood.

di Sabah, ada 2 majlis. siang dan malam.
me ingat me nk pakai waktu malam. sejok sket kot.
tp me juga mahu pakai kebaya tradisional. mcm mana ini ?
sob sob sob !!! *dilema or delima*

nampak gayanya me kene pilih antara dua.
so now me tatau nk pakai apa masa majlis bertandang nnt.
tengok pada keadaan dan budget juga ya kawan-kawan. hehe.
eh eh eh ! utk majlis resepsi belah me, me x share lg kan nk pakai apa ?
haha. me tatau nk pakai apa nnt. yg nyata bukan kebaya dan songket.
hikhikhik ! nantikan update me pasal baju resepsi utk belah perempuan k.

nama pun merancangkan.
so me harap Allah taala akan memberi keberkatan di setiap perancangan me.
kita hanya mampu merancang. Allah taala jua yang menentukan segalanya.
x salah kalau ada cita-cita kan ?

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya telah Kau tetapkan jodohku, rezekiku, dan ajalku. Ku bermohon dari-Mu ya Allah, temukanlah jodohku dengan Helmizan b. Mohd Amin dan Kau permudahkan segala urusan perkahwinan kami. Jadikanlah perkahwinan kami sebagai ibadah kepada-Mu dan cinta di antara kami adalah kerana Mu ya Allah. Amin."

-END-

p dot s: mana nak cari kain songket tp lembut dan x panas dan x tebal ? tolong me plssss !

♥ #30 BIG DAY : Inspirasi Veil for Solemnization ♥

as'salam dan salam sejahtera
si cantek / si manis / si jelita / si anggun
si kacak / si tampan / si hensem
kawan2 / rakan2 / sahabat2 / teman2

apa khabar semua ?
me doakan kalian ceria dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya
me tengah sedey ni. utk hilangkan sedey.
me menaip entry ini. kalian sudi sudi lah membaca ya.

entry kali ini adalah inspirasi veil dan tudung untuk nikah.
me ni agak cerewet perihal tudung. sbnya muka me boolat.
untuk tidak menampakkan boolat me lebih suka pakai shawl.
dan yg bestnya me mmg tasuke pakai tudung berawning.
bintang cakap me nmpk mcm makcik makcik kalau pakai tudung berawning.
me planning utk tidak memakai tudung berawning masa nikah.
sbnya nnt mcm ssh jep bintang nk kucup dahi. termuncung muncung lak nnt. hehe.

jom tengok inspirasi dari mantan perantin.

me sangat suka dengan tudung dan veil nikah Ayu Raudhah ini.
kalau boleh mmg me nk yg mcm ni.
tp lehernya harus di tutupi la. walaupun baju me nnt ada cekak musang
tp me lebih prefer tutup keseluruhan leher me. hmm..

gambaran dari pakcik gugel me cantumkan jep.

mcm Ika Radiusite ini, simple. TAPI..
sgt sweet kan. tertempek di dahi dan menutupi leher.
cuma me x nk pakai crown. tatau lah knp me x nak pakai crown. 
hikhikhik !

gambaran dari Ironi Iris

beliau DIY sendiri. penoh beads di atas kepala. pearl gitu !
me love it ! dan yg penting veil paras pinggang shj ya.
hujung sedikit bulat juga me suka. tidak terlalu semi bulatan.

gambaran dari Puan Intan Norazam

ini yang me suka ! sgt suka !
pakai inner neck bersanggul tinggi dan veil yang menutupi sanggul.
hingga tertempel di dahi. haha. simple dan kemaskan ?

gambaran dari Rumah Kebaya Malaysia

owh owh owh ! yang ini me sgt suka.
simple and nice and elegant.
ada berbentuk seperti arabian style di bahagian dahi.
sgt sweet dan manis dan sweet dan manis.
boleh request style arabian sebegini kot kan ? err.. sesuai ke dgn muka boolat me ?

gambararan dari G.i Photoshoot

juga sgt meminati tudung dan veil nikah Irma Hasmie.
penoh beads. love it much !
sangat adorable. tp panjang dan labuh. nnt me rimas ssh nk handle.
sob sob sob !

gambaran dari The Kliker Photography


kalau boleh me nk tudung dan veil yang tempek melekap di dahi.
menutupi leher dan tidak terlalu sarat dengan beads.
sb baju nikah me nnt dh bnyk beads di di dada / di pinggang / di lengan.
simple nice and elegant. less is more aite !

so ? yang mana satu sesuai dengan me ?
pandangan kalian ? (^______^)
me tempek satu gambar me utk kalian tgk bentuk wajah me.

pipi me sgt tembom mcm kueh pau.
ini shawl yang me pakai.
nmpkkan kebulatan wajah me.

oke lah dear. me stop sini dulu ya.
doakan persiapan perkahwinan me berjalan lancar.
insyaAllah. amin.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya telah Kau tetapkan jodohku, rezekiku, dan ajalku. Ku bermohon dari-Mu ya Allah, temukanlah jodohku dengan Helmizan b. Mohd Amin dan Kau permudahkan segala urusan perkahwinan kami. Jadikanlah perkahwinan kami sebagai ibadah kepada-Mu dan cinta di antara kami adalah kerana Mu ya Allah. Amin."

-END-

♥ #29 BIG DAY : Kebaya Perkahwinan Impian Ku ♥

As'salam dan salam sejahtera
Si jelitas / Si Tampan / Si kiut / Si Hitam Manis
kawan kawan / penulis / pembaca
apa khabar semua ?
me harap uols sehat sehat oke. dan ceria selalu.

hari ni me verangan lagi.
*x abes abes me verangan kan ? sob sob sob*
oke x pe verangan x kene bayar. lgpn mcm plan jg lah kan.
haha. me love plan and sight seeing. eceh !

dah lama me nk citer pasal benda alah ni.
me simpan je. tp skng me rasa lg best klu me dpt share dgn uols.
xde la terperap je kan. haha.
kisah retis ni dh lapok. pengantin lama dh pn. tp me suka dress beliau.
nak tahu siapa ? jom lah layan gambar.

taraaa !!! Datin Sri Paduka Umie Aida.
me love her so muchie. beliau pandai pilih design dress wedding beliau.
warna merah hati sangat menawan hati. sangat sesuai dengan kulit putih lepak beliau.

sangat naik seri perantinnya. dengan sanggul lintangnya. waduh !
with the beads. match with songket bersulam emas.
simple henna and simple make-up. PERFECT !

the train. leretan. kaki kain. perghhh ! so love it !
me suka this color. and me verangan utk majlis bertandang me nk pakai ni.
errr... sewa dgn JovianMandagie brp riban eh ? hoho ! x mampu den.
but it was perfect wedding dress. anyone nk sponsor ke ? kuikuikui !

cuba bayangkan, klu me and my starinsky pakai sedondon mcm mereka.
owh owh me love it. sgt sesuai kan. *eh angkat bakul lak. pakai pn belom*
haha. tp mmg suka sgt. warna ni sesuai dgn me and my starinsky.
me suka. me mahu. sejiban sebegini boleh ? oke verangan sajo yoi !

gambaran kredit kepada Ministry of Moment

oke tu jer versi verangan me kali ni.
tp verangan verangan pn me still searching and planning.
mencari vendor yg bersesuaian. owh owh !
mesti korang bosan kan. me selalu ckp pasal my BIG DAY.
tp bila ? haha. ilek la. Allah dah tentukan segalanya.
me hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya.
me x kan lupa kawan kawan me. me pasti jemput punyer !

oke jumpa lagi k. me syg korang sb sudi baca blog me.
me doakan korang bahagia dan gembira sentiasa. muax !

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya telah Kau tetapkan jodohku, rezekiku, dan ajalku. Ku bermohon dari-Mu ya Allah, temukanlah jodohku dengan Helmizan b. Mohd Amin dan Kau permudahkan segala urusan perkahwinan kami. Jadikanlah perkahwinan kami sebagai ibadah kepada-Mu dan cinta di antara kami adalah kerana Mu ya Allah. Amin."

-END-

♥ #26 BIG DAY : Inspirasi Gaun Pengantin ♥

as'salam dan salam sejahtera
si chantek dan si kacak / si jelita dan si tampan
kawan / sahabat / rakan / teman
pembaca setia / pembaca senyap (eh ?) / pembaca curi curi baca (eh eh)
haha. moga moga korang sehat dan ceria lah eh.

hari ni ntah apa la sampuk aku.
aku rasa sgt berbesar hati untuk berkongsi pasal baju pengantin.
hmm.. ini kes verangan x abes abes. haha. do i care ? nope ! haha.
tapi aku pnya taste pasal pesen baju perantin ni mcm old skool sket.
cam x up-to-date la org kata. sbnya mmg pesen org lama. hihi.
baju perantin yang aku nk share ni baju gaun. kembang. kembang semangkuk. haha.
atenye aku ni verangan nk bertema kan English Vintage. verangan je voleh !
nk laksanakan den x mampu oit. so meh la kita share share.
kot kot la kat luar sana suka vintage vintage ni. tp idok la vintage sgt pn.

jom kita baca sama-sama ya !

korang mesti tahu kan ni baju sape. hehe. mmg menjadi inspirasi ku sejak lama dulu.
al-kisahnya beliau memakai pada tahun 2008. 
tahun yg akan dtg apakah masih meriah di pakei ?
pasti meriah. lihatkan kepada keberhasilan dari perekanya baju ni tampak indah.
masih segar dengan idea dan hasil kreativiti yg ada pada gaun pengantin ni.
me suka bunge bunge kecil di kaki kain tu. nmpk sgt manis. 
simple but is still look awesome !!!

ini vaa vaa vaassss ! 
padanan duchess satin dan fabric french border lace menambah kilauan perantin.
 ooppsss... x de la sepsi sebegitu. harus lah ada sleeves untuk perantin muslimah spt me.
potongan A-line shape mmg sgt sesuai dgn tubuh me yang ber"shape"kan buah pear. 
uuhhh ! taburan jemeki dan manik menambahkan lagi seri si perantin. 
owh sungguh verangan.

gaun nikah si manis Ayu Raudhah juga mengamit pandangan mata me.
me suka baju dan juga veil si Ayu. sgt sgt mahu seperti ini. 
tp me akui tubuh me tidak padan untuk menggayakannya.
sob sob sob ! mampu lihat sajalah. dan juga verangan. verangan kan free.

ini me suka. sb ada button di belakang. hehe. 
dan juga manik yang di jahit dari atas ke bawah.
tiada perincian di kaki gaun. me suka. 
tp me tasuke sarat sgt dgn manik atau lace tampalan.
simple is cute / less is more. huihuihui. but the design is still gorgeous !

heehaa. korang mesti kenal kan dengan beliau. 
isteri kepada Prince William. Kate Middleton.
cantekkan evening dress beliau ? ada cardigan bulu lagi. me suka.
potongan baju ini juga adalah A-line. sesuai la dengan tubuh me. hehe.
simple and nice is it ? less is more. see.. sgt manis bukan ? 

owh ini sgt membuatkan me jatuh cinta. apa lagi gaya yang sungguh sopan.
boleh di katakan juga ada nilai kemelayuan di situ.
bak kata Rumah Kebaya Malaysia.
"bahagian atas kekalkan tradisi kebaya di bahagian bawah gaunnya."
sangat menarik bukan. 
dan juga gaya ikatan di bhgn pinggang menyerlahkan susuk tubuh perantin.
owh me sookkaaaa ! mcm mana ni ? haha. 

ini juga sgt cantekkan ? mcm ada butterfly di kaki gaun. hehe.
ini rekaan Inar by Prestige. sangat indah di pandangan mata kan ?
me sgt sooka. dari dulu lg sooka. sentiasa sooka hasil kreatif dari Inar.
tp me x mampu. menung sajo lah. haha.

oke lah. nk smbg verangan ni. haha.
nk verangan apa lak eh ? haha. nnt de pape me share lg k.
me suka share. dan juga suke mepek mepek kat blog me ni.
so uols jangan buhsan layan celoteh me ogeh.
jumpa lagi. daa !

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya telah Kau tetapkan jodohku, rezekiku, dan ajalku. Ku bermohon dari-Mu ya Allah, temukanlah jodohku dengan Helmizan b. Mohd Amin dan Kau permudahkan segala urusan perkahwinan kami. Jadikanlah perkahwinan kami sebagai ibadah kepada-Mu dan cinta di antara kami adalah kerana Mu ya Allah. Amin."

-END-

♥ #11 BIG DAY : Nikah OR Tandang ♥

heylow peeps... my sweetie pie lovelies readers, blogger and silent readers. Happy Freaky Friday. best kan sok cuti. dan juga minggu ni ada majlis Lyana MK dan Nana Farhana. SELAMAT PERANTIN BARU ya sayam sayam ku sekalian. XOXO~!

see the title, entry kali ni pasal kain. ya den dah boli kain. kelmarin. hari Rabu bersamaan 8 June 2011. Lepas la 1 kain. kain untuk apa ? aku pn tatau. *sigh* beli di Jakel Shah Alam. itu bermakna aku ada di Shah Alam waktu itu. untuk apa ? aku pergi kursus 2 hari. [isk bnyk lak aku ngomel. jom citer jom citer]

oke no teaser for the kain or gambar2 sewaktu di Jakel. al-kisah aku terlalu excited nk beli kain. smpi lupa nk amik gambo aku tertonggeng-tonggeng pilih kain.

kisah bermula. aku and my mom pegi la Jakel Shah Alam sblm balik ke Kuantan. bersama dua adinda adinda macho ku. aku ckp ngan mak aku, aku nk beli kain nikah. mak pn oke jom cari. pusing-pusing la dlm Jakel tu. ramai gila babas org. ya lah Jakel buat sale up till 88%. org bizi pilih baju raya aku pilih baju kawen. lantak. ikotkan sajo.

di tingkat 3 ada sales assistant tolong aku cari. dari tingkat 3 naik tingkat 4 turun balik tingkat 3. jumpa la kain dan warna yang aku nak. mak pn sooka. aku lagi sooka. oke beli. DONE~!!

terus berdesup ke designer aku. ecece designer la sgt. akak ni mmg fevret forever la. sb jahitan dia mmg kemas dan aku percaya dia. x perlu la nk anto kat designer. kador kediri la cik sara oit. ikot kemampuan masing-masing. aku x de hal pn. haha~!!

diskas diskas bincang bincang x dpt spt apa yg aku nak. sbnya kata designer aku tu nnt nmpk bertindan dan mcm-mcm la dia explain. aku pn tatau nk explain mcm mana. so dia cadangkan buat cam potong serong bies ntah apa istilah. aku ikotkan je. sb mak aku ckp cantek klu buat begitu. aku percaya dgn gerak hati seorang ibu oleh itu proceed. x bayar depo pn. kahkahkah~!

lepas tu terus la balik ke Kuantan. sepanjang perjalanan ke Kuantan otak aku x benti pikir pasal baju tu. mcm ada yg x kene aku rasa. tatau la apa dia. mgkn sb designnya. aku takot design tu menampakkan kechubbyan aku ni. tp mak kata oke. x nmpk kePEAR shapan aku tu nnt. Unaisah pn pernah bgtau aku design tersebut sesuai utk yg berbadan pear shape. oleh itu sedapkan hati. oke la kot.

tukar driver. sbnya aku nk concerntrate sms dgn incik bintang. sms sms sms. kata putus di terima. baju tu aku pakai masa di Tawau. waktu majlis bertandang. nasib incik bintang setuju dan memberi keizinan. sb beliau yang bayo kan. oleh itu kain baju nikah di buat untuk baju bertandang. hehe. beliau ckp nnt cari kain lain untuk baju nikah. so skng aku dah boleh tersenyum riang. hehe.

TAPI... bila aku searching gugeling belek belek album kengkawan. aku nampak baju nikah is just simple but yet elegant. tgk baju nikah ayu raudhah. umang aih. nk pakai camni ke cik sara. cantek sgt la pulok. aku ni org kampung jep. huhu. tgk bawah meja kalian. hahahahaha~!


cantek sgt kan. leret leret bagai. huih. x nak la camni. cantek sgt. [pelik la mung ni sara. ore nok hok lawo lawo. aok nok hok simple simple jah.] oke yes rite mmg aku nk simple dan manis jep. x nak la yg gedevas sgt. huhu. owh apakah. aku pn dah kompius ni mana design best nk di jadikan baju nikah aku. warna pn dah bertukar. gagagaga. pening langau suda ni. tgu dna lihat saja la. aku malas mau pikir skng. oke time is running out. so tenang suda... gelabah sebenarnya ni.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya telah Kau tetapkan jodohku, rezekiku, dan ajalku. Ku bermohon dari-Mu ya Allah, temukanlah jodohku dengan Helmizan b. Mohd Amin dan Kau permudahkan segala urusan perkahwinan kami. Jadikanlah perkahwinan kami sebagai ibadah kepada-Mu dan cinta di antara kami adalah kerana Mu ya Allah. Amin."

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar