BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Showing posts with label ceritera cinta. Show all posts
Showing posts with label ceritera cinta. Show all posts

Happy Birthday, sayang!


Helmizan my love,

When I first saw you, I knew I had to get to know you, then we talked and smiled, but when I looked into your eyes, I realized I had a crush.. OH NO!!!!!

I look at you & I see the kind of person I want to spend the rest of my life with. It sounds crazy but I've never looked at someone the way I look at you.

You look at me - I smile...
You talk to me - I can't breathe...

People said, "You guys should go out," and you say you be glad to if I want BUT I say we're just friends, but inside I'm screaming "YES!! YES!! YES!!"

*Every time we talk, my day gets a thousand times better :)*

I have a million questions that I want to ask you, but when you smile at me, i forget every one of them.

I sorta, kinda, maybe, might like you little... I'm just to scared to tell you.

Sat down at night and tried to write 100 reasons not to like you, but I could only think of 100 reasons why I like you. HAHA.

Knowing that I get to see you tomorrow I already have those butterflies in my stomach.

To be honest... I can't get you out of my mind, but eventually... the saddest thing is, I know we will always just be friends! not more not less. sobs!

I feel like I shouldn't care about u since I know there will be nothing between us... Why is it so hard to get u out of my head? I know I shouldn't like u but I do!

And.. one fine day, I received a short message from you that says "I'll take care of you until you meet your true love". OMG! It's so touching.

And start from that, we get to know each other deeply. We care. We love. And that's the beginning of where we fall in love with each other.

Alhamdulillah.. Now, you are my husband and I'm happy to have you in my life. Thank you Allah for the most kind and beloved person I've ever met married me. Alhamdulillah.

My dearly husband.

You have been the best thing that could have happened to me, giving me so much laughter, so much joy and so much love.

I’m so lucky and blessed for having someone like you in my life.

You are the man that I married,
the man that knows all about who I am and what I am.


You are the man that I married
and I’m so grateful that you and I are together.


Thank you for being such a sweet.

May every single wish of yours come true. 

May all your life be filled with loving memories.

May we always be together. 

Happy Birthday my husband! 

XOXO!
12 February 2014.

Suami Ku Imam Ku

Salam jumaat semua pembaca yang omey omey
Hari ni nak share pasal suami.
Betapa suami itu sangat menyayangi isterinya.
Betapa suami itu sanggup berkorban dan menanggung segalanya.
Betapa suami itu adalah syurga isteri.

Pahala besar untuk para isteri berkhidmat untuk suami.
Dan itulah yang sangat seronok sara lakukan sekarang. Auuuww!!

Oke jom tengok apa perkongsian Jumaat kali ini.

------------------------------------------------------------------------------------------

RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI

Mengapa redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. Padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. Namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. Sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...

suami ku. imam ku.

Barakallahu lakuma wa jamaa' bainakuma fi khair

as'salam dan salam sejahtera semua.
apa khabar?
maaf la.. sara a bit busy la yunk.
x dapek nak update blog.
ada yang rindu ke? haha.
pewasan kan ada orang baca blog picisan ni.

oke la x de apa pun nak update.
gambar x dapat lg dari OP.
so mmg x kan ada update la.
boleh gitu? hehe. 
tapi sara selalu blogwalking tau.
haa jgn tatau siap rajin kekomen lagi. 

k lah nak kasi teaser je la dulu ya.
alhamdulillah majlis perkahwinan Hernyzar Helmizan berjalan lancar.
alhamdulillah ya Allah.

Barakallahu lakuma wa jamaa' bainakuma fi khair


Hujung Minggu Yang Berminggu Minggu

dh lama x update blog.
so ni ku hapdet smpi berkoyan entry.
korang baca je lah eh.
kalau rajin drop drip la komen hangpa.
baru syiok membaca sambil mengomen.

kisah hujung minggu yang kira dah berminggu minggu.
minggu lepas minggu kelmarin minggu kelmarin dulu.
haa banyak tak? banyakkan.. 
tu lah sapa soh malas transfer gambar.
so ni lah entry pukal dari kami.

BerBurger Samurai di Mekdi IM

ni ntah bila kami ngedate.
tak hingat dah. haha.
tp tahun ni gak ni. bulan 1 kot.
ntah lah tak hingat tarikh.
jom layan gambo.


eh ada se je gambo. haha.
ku cantum biar jimat space.

jenis aku dan bintang... makan fast food time ada benda best.
cth: time burger prosperity. yang ni masa promotion burger samurai.
ku hentam sajo. bukan lah selalu ku amik fast food.
tgk muka ku yang x semenggah. haih tengah malam mencari makan.
bintang pun heret ke mekdi berdekatan. grrr... jahanam diet ku.

p dot s: tahun ni tak sempat merasa burger prosperity. huhu T_____T

Celebrate Birthday Starinsky - 
A Good Day To Die Hard Muvee

bintang mai Kuantan masa birthday beliau.
ku tidak lah prep apa-apa pun.
cuma sekadar ku hadiahkan bebear chicca dengan kad je.


percaya kah anda... ini adalah hadiah pertama dan kad pertama yang ku beri sepanjang perkenalan kami. bhuahahahha. 
aku bukanlah jenis romantika di tampoi. 
bintang pun tak romantik juge. 
kira kitaorg bukan pasangan yang romantik la.
haha. tp tarikh tarikh keramat we all ingat hokeh.
wlupun hanya sekadar ucapan, aku cukop bersyukur.
kitaorg jenis sempoi jep. tak de apa nak di banggakan. biaso sajo.

pastu kitaorg g tengok muvee.
owh owh owh... kitaorg pun bkn jenis kaki wayang.
so dlm setahun tu sekali dua je lah jejak kaki ke pawagam.
lain lain donwload sajo. haha.

ready to take off. yeehaaa!!! yaribba. ehek.
aku rasa cam cantik lak aku dalam gambar ni.
kesan pemakaian sabun beras. bhuahahahaha~!!!

sebelum masuk wayang kita borong pop corn dulu lah.
share sajo. jimat. and ada lah sket romantik. kott.. gaga.

oke dah nak masuk. se lagi gambo. kaki camwhore mmg camni. haha.
bintang suka melayan so oke lah kan. ngah ngah ngah.
terasa jelitas di situ. eh?
oke perasang doh aku ni.
korang boleh muntah skng. bhuahaha.

p dot s: tatau la bakpe lo ni malas betol nak tempek mekap. sobs.

Kuantan - Key Ell - Kuantan

hujung bulan 2 ritu aku ada g KL.
cari kain utk DIY.
jauh benor ke KL walhal gatei nk ngedate ama bintang.
masa tu bintang baru balik dari Labuan.
so lama lah beliau cuti weekend tu.
aku pn gatei plan nk ke KL balik hari.
kira balik dengan dia lah nanti.
paling best balik sesama naik bus. ngee~!!!
bajet romantik la tu. kahkahkah.

jenjalan naik LRT. ku jakun. sb dulu pki tix now pakai token. haha.
abaikan terbulatkan aku di situ. ngee~!!!

makan makan di OldTown depan SoGo. tempat febret detim masa aku dok di KL.
hujung mgu mesti lepak sini. sambil shopping di SoGo.
sempat gak lah aku borong baju utk anak buah aku.
masa tu SoGo tengah sales barangan baby
alolo tomey nye baju baby.
ku rembat baby KIKO 4 pasang. rega murah nak mati.
rasa cam nk borong habes. tp kene bajet.
sb ku ke KL nk beli kain utk DIY.
so pepaham sajo lah. sobs.

lupa lak nak story perjalanan ku ke KL.
aku dari Kuantan naik bus Transnasional jam 8pg.
seawal jam 7:30pg ku gerak dari umah.
perjalanan Kuantan - KL mengambil masa lebih kurang 4 jam.
ku sampai di stesen Pekeliling jam 12noon cenggitu.
kami dah berjanji jumpa di stesen LRT PWTC.
sb bintang dari Shah Alam naik komuter turun kat stesen Putra.
jalan kaki sket utk ke stesen LRT PWTC.
ku tunggu dalam setgh jam sb bintang stuck dlm komuter.
biasala komuter ada je delaynya. huhu.

dah berjumpa bertemu pelok ceom di stesen LRT PWTC. 
kami beli tix token ke Plaza Rakyat.
sb nak simpan bagasi beg bintang.
ya ar takkan nk kendong beg balik kampung ke hulu ke hilir. haha.
pastu pastu pastu.. dari Plaza Rakyat kami ke SoGo lah.
naik LRT turunkat stesen Bandaraya.

bermula lah perjalanan shopping menjelajah Jalan TAR.
semua mall dan kedai ku daki utk mencari secebis kain.
bhuahahahahaha~!!!

dapat cekelat dari bintang. nyum nyum nyum. aku penggila cekelat.
bus dari KL- Kuantan jam 10:30mlm.
so mmg kami guna masa sebaik mungkin utk mencari barang2 kahwin kami.
alhamdulillah menyeronokkan.
kira cam best lah naik turun LRT. 
jalan kaki pimpinan tangan. ngeh ngeh ngeh.
bila sampai Kuantan adik aku amik kami di Terminal Makmur.

sonok tak perjalanan kami? sangat sonok.
terasa selamat je berada di sisi bintang.
pastu rasa best jep. tak rasa langsung penat.
rasa sonok mengatasi segalanya. owh wendu bintang. eh?

ha tu jelah entry pukal yang aku nak citer.
pasal DIY later later lah aku update.
kahwin pn lama lagi nak sampai tarikh.
so jangan gopoh jangan gapah.
uols lah tgu ku update nanti yaw!!!

k lah. jumpa lagi. daa. XOXO~!!!

To The ONE I LOVE~!!! Happy Birthday.

Dear love,
YOU are the one I love
and I thought I'd let you know that
you're also the one who puts
the BUTTERFLIES in my belly,
the SMILE on my face,
the LOVE in my heart and
the BOOM CHICCA WAH WAH *sensored*
in my bedroom! haha.
Happy Birthday, sweetheart~!!!
I wish you all the success, happiness and love in the world.
I wouldn't have been the person I am if not for those beautiful 
moments of my life that I have shared with you.
You are the only person I want to spend my life with and
much love and blessings coming your way.
Wish you a great Birthday darling!

It's a 2nd Years

as'salam dan salam sejahtera
readers / bloggers / silent readers / stalkers eh ?
si chanteks / si kacaks / si ganteng / si jelitas

today is 30 October 2012, Tuesday.
kalau last years it's on Sunday
last 2 years it's on Saturday.


sekejap je dah 2 tahun. 2 tahun mengikat tali pertunangan.
jangan x percaya ya. percayalah.
alhamdulillah ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi,
kami masih bersama sebagai satu pasangan.
walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang kami hadapi,
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
tidak terkira kesyukuran aku kepadaNya kerana memelihara hubungan ini.

aku percaya kalian mesti tertanya-tanya kenapa dan mengapa.
tiada jawapan yang bagus untuk aku katakan.
tapi percayalah

di setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah taala.
dan di setiap kejadian ada hikmah disebaliknya yang tidak kita ketahui.

aku percaya dan aku redha apa yang telah dirancang olehNya.
aku percaya ia adalah sesuatu yang terbaik utk kehidupan ku.
tipu jika aku katakan aku tidak meroyan selama 2 tahun ini.
tipu juga jika aku katakan aku sangat cool selama 2 tahun ini.
tapi dalam 2 tahun inilah banyak mengajar aku erti kesabaran dan pengorbanan.
mengajar aku untuk menjadi lebih matang dalam menangani pelbagai masalah dan musibah.

ku cuma harapkan doa dari kalian.
doakan kebahagiaan kami hingga ke Jannah.
doakan kami dapat mendirikan masjid dengan restu dan redha dari Allah.
doakan kami agar kami dapat bersama dengan izinNya.
insyaAllah. Aamiin ya rabbal alamin.

♥ Ceritera Kehidupan : Aku SUKA Dia ♥

ATTN ! Please STOP my Musical at right side below.
 SCROLL DOWN !!!



siapa x kenal Ainan Tasneem. si gadis manis.
artis baru youtube yang berbakat.
me suka lagu ini. best dan sweet.

actually me sedang teringat kat someone. opppss sorry bintang !
kantoi. haha. x pe bintang me oke jep. he's coolio !

oke yang me dok tingat kat beliau ni, semua orang kenal beliau.
tapi beliau x kenal me. even me mana pernah wujud dlm hidup beliau.
masa me dengar something pasal beliau, hati me rasa sedih.
ntah lah. poyoskan ? pada hal x kenal pn beliau ni. kenal gitu gitu je.
cuma kadang-kadang ada kengkawan rajin update me pasal beliau. kenapa ?
me sendiri tatau. tp x kesah lah. nama pn bergossip. haish. bkn ngumpat ya. ngomel jep.
kadang kadang ada terbit rasa cemburu dalam diri me bila me dpt tahu sesuatu.
tentang diri beliau. tp me cpt istigfar. me dh jd tunangan orang. hehe.

terkadang diri ini terbuai dengan sifat angan angan yang x sudah.
me x nak jadi mat jenin. me nk jadi mcm beliau. eh ?
hehe. beliau inspirasi me utk berjaya. sb beliau sgt humble orangnya.
tidak sombong dan tidak bongkak. malah beliau gemar berkongsi tips kejayaan beliau.

"Don’t let the noise of other’s opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition."

gaga ! me bkn x nk amik tau pasal beliau tp me rasa x payah la kot.
me pn busy nk prep kan. busy dgn life me. beliau pn busy kemain.
menteri katanya. eh ? menteri kah ? x kot kan ? err... bukanlah tu. hoho.

lagu Aku SUKA Dia by Ainan Tasneem ni me kasi kat beliau lah.
walhal x de kene mengena pn. me cuma suka lirik lagu ni. haha.

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia

haha. agak mustahil la dia suka me kan ? me pn dah bertunang.
me sayang tunang me.
insyaAllah ada jodoh me akan mendirikan masjid dengan tunang me.
me doakan moga beliau di temukan jodoh yang baik dan solehah.
yang dapat menjaga beliau.
yang mencintai beliau sepenuh hati.
yang dapat menjadi tongkat dan tulang belakang beliau
yang sentiasa bersusah senang dengan beliau.
me sentiasa doakan untuk beliau. insyaAllah.

siapa pun beliau yang me maksudkan biarlah me shj yang tahu.
bintang me tahu kot. sb me suka ckp ckp pasal beliau dgn bintang.
bintang me oke je. sb we trust each other. dan sebenarnya yuna ia hanyalah fantasi.
dan me planning nk buat VC STD dgn lagu ni. me and my starinsky. yeehaa !
sweet x agak agak uols klu lagu ni jadi VC STD me ? hmm..
akan di pikirkan. kene tengok budget juga kan. haha.

oke la. klu me x stop skng lg bnyk la me lalut.
oke lah jumpa lagi sayang sayang ku.
me love my readers ! mwah !

"Rumah kaca boleh menjadi medium yang terbaik untuk kita melihat pantulan imej diri sendiri. Walaupun kita berumah batu, belum tentu ia lebih baik berbading rumah kaca. Batu atau kaca, asalnya tetap sama. Bumi yang sama, yang bertudungkan langit yang luas."

p dot s: me x de motip apa apa pun up entry ini. me cuma rasa me mahu menaip tentang dia. hmm..

Ceritera Cinta #16 : Ulangtahun Percintaan yang ke-3


SELAMAT ULANGTAHUN PERCINTAAN YANG KE-3


pejam celik pejam celik dah 3 thn kami bercinta.
cepat betul masa berlalu.
kalau time tu kami dh kawen, dh de anak umur 3 thn kot.
hoho ! tapi hakikatnya kami masih bertunang.
belom tukar status lagi. T____T
xpe bersabar dengan ketentuanNya. pasti ada hikmah.

oke oke x mo sedey sedey ! *kesat air mata*
nk citer selama 3 thn ni bagaimana kami ngemudik bahtera percintaan ini.
eceh begitu ya ayatnya. ayat novel x abes. haha.

alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan aku kebahagiaan ini. penemuan yang tidak dijangka di antara aku dan beliau membuahkan hasil perhubungan yang nyaman.
eh macam apa je ayat aku ni. erk !

oke selama 3 thn ini kami tidak menghadapi sebarang masalah besar. alhamdulillah.
kalau bergado pn gado manja gitu.
kadang ada gak ah tekanannya.tekanan osmosis. itu x pe.
masih boleh handle. syukur alhamdulillah dengan kesabaran dan keimanan yang di beri.
moga tahun ini memberi aku sinar kebahagiaan untuk bertukar status pula. ehem !

mungkin masih belom ada rezeki. bersama kita berdoa.
doakan moga hubungan aku dan beliau kekal hingga hujung nyawa.
insyaAllah. 

jumpa lagi next episode ceritera cinta jiwang si sara. 
kahkahkah ! oke bai !

♥ Ceritera CINTA #15 : Indah Perancangan-Nya ♥


Kita berkenalan secara tak sengaja adalah perancangan Allah.
Kita berkawan begitu lama bertahan persahabatan kita pun Allah yang rancang.
Kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga Allah yang beri.
Kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa, Allah yang aturkan.
Kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana Allah sayang pada kita.
Kita berjauhan untuk mencapai redhaNya juga Dia yang rancang.
Kita berdoa untuk kebahagiaan masing2 juga Allah yang detikkan dalam hati kita.
dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkekalan sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga ALLAH yang akan tentukan.

jadi, usah risau...

andai kamu (Helmizan Mohd Amin) adalah jodoh yang ditetapkan oleh Allah di Luh Mahfuz untuk saya, InsyaAllah kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa.

♥ Ceritera CINTA #14 : BK RM1 at TC ♥

as'salam dan salam sejahtera.
how's ur weekend ? me ? ahah ! terbaekkkk wokkk !

my weekend is fullest with sweetest memory with starinsky,
hebat ! me love ! me loike ! it's a great time !
oke i know OVER kan ? yup !
mmg aku hover sbnya sebulan sekali jumpa mana x hover noks !

BK is a Burger King to those yg tak paham singkatannya. yg paham sila senyap.
RM1 ialah Ringgit Malaysia Satu. haa percayo la.
TC stand for Teluk Cempedak. orang Kuantan tau le tempat ni. orang lain pong !

kami bersama BK RM1. haha. sedap sb murah ! bkn sedap sb sedap. haha.
incik bintang cover perot mulat. gambo lain kantoi nampak muncet. kehkehkeh !
me ayu di situ. peace. bluueeekkkk !

nk story sket. pasal BK RM1 at TC ni.
Burger King Restaurant dengan rasminya telah melancarkan pembukaannya di Teluk Cempedak, Kuantan pada 21 Januari 2012, Sabtu.
sempena Opening Launching ni dia buat promo la BK Whooper berharga RM1 tp dgn TnC la.
TnC nya beli mana mana air bergelas BESAR dan dptkan BK Whopper dgn harga RM1.
mine choose milo es. him mango juice. and we got two BK Whooper. cili sos percuma !

so itu lah storynya. alhamdulillah terkena pula pada saat si bintang hati datang melawat daku.
ehem ! sebulan sekali berjumpa mmg sengsara. hanya SMS penghubung kami. T_______T
saya sayang bintang hati saya. eh ? tibe.

jom makan !
besar kan BK Whooper ? haha. me poyos. him action lebey !
opppss... he's in PINK oke. me love it ! muax !

♥ Ceritera Kehidupan : Kata-Kata ♥




















AMARAN X BERAPA KERAS !
ini ceritera BORINK ! oleh itu x payah la baca. pangkah je lah window tu.
dan juga ini BUKAN ENTRY SIMPATI !

hari semakin hari berlalu begitu sahaja. bulan berganti bulan. tahun ke tahun. kini sudah masuk usia tahun ke-3 perkenalan kami dan tahun kedua pertunangan kami. lamakan kami bertunang ? oke jgn tny kenapa. rahsia Allah tiada siapa yang tahu. itu jawapan yang sebaiknya.

saban hari aku memikirkannya. ntah apa la yang aku pikirkan. senak kepala otak. air mata toksah cakap la. dh kering kot. dengan pelbagai andaian org buat. ahhh persetankan ! tp kuatkah aku utk menyetankan kata kata nista itu ? owh Tuhan padaMu ku berharap.

sekali lagi semuanya bersangkut paut. ajal maut / jodoh pertemuan / rezeki semua dari Allah taala tapi jika tiada usaha tidak jugak kita dapat. pelbagai cara dan usaha aku lakukan. doa dan tawakal aku serahkan kpd Yang Maha Esa. udahnya belum sampai masa saat dan ketika apa nk kecoh. Allah itu Maha Mengetahui dan tahu yang terbaik buat hambaNya. apakah itu merupakan kata-kata "penyedap hati" ? 

juga terkadang rasa diri ini bagaikan sudah berputus asa. patah harapan. hancur musnah segala impian. astagfirullahalazim.. sepertinya tidak mempercayai pada Yang Maha Kuasa. sepertinya tiada keimanan di dalam diri. bagaikan layang layang yang putus talinya tiada hala tuju mengarah dan hanya pasrah. owh tidak ! saya mencari kelemahan diri. ya ! masih banyak "hutang" saya padaNya. dan mgkn ini adalah pembalasanNya di duniawi. akhirat belum tentu sendiri tahu.

baiklah. dengan keadaan dan situasi yang di alami kini memberikan aku satu pengajaran. pengajaran dalam kehidupan dan hubungan. mencari keberkatan itu penting agar kehidupan lebih barakah. dan hubungan itu di redhai Allah taala.

syukur alhamdulillah walau seberat mana ujian yg kami alami, aku dan tunang sentiasa saling mengingati. bukanlah aku riak membangga diri mempunyai tunang yang memahami akan tetapi dia lelaki istimewa dlm kehidupan ku KINI. selepas ini aku tidak tahu. apakah masih bersama di akhirat kelak ? apakah aku bidadari yang tercipta untuknya ? wallahualam.

wlupun mempunyai kesefahaman jati diri, pertelagahan itu ttp wujud. kewujudan pertelagahan menjadikan aku dan dia lebih matang dalam mengurusi soal hubungan. lebih mendekatkan diri utk mengenali diri sebenar masing-masing ! terkadang diri ini terasa terlalu amat sensitip. perkara kecik je pun. melarat sehingga tegar untuk memulangkan cincin pertunangan. apakah ???! ya.. itu aku ! mengamuk bagaikan tiada akal. nyanyok !

oke la. sampai sini saja dulu. kalau ada lagi adalah kot. klu x de jgn pulak menunggu. ku harapkan kalian doakan kesejahteraan aku dan tunang. moga di satu dalam ikatan yang sah di sisi Allah taala. terima kasih ku ucapkan. salam.

♥ Ceritera CINTA #13 : Prosperity ♥

setiap tahun KAMI / KITAORG / WE ALL akan mencari McD. Prosperity Burger.
walaupun hanya SATU kali sahaja makan setahun tapi ini adalah tradisi.
walau mcm mana pun mesti cari ruang dan masa utk spend time makan


bersama / berdua lebih baik. haha.
 Double Beef Prosperity. oke beliau tamak !
satu itu gwe punya !
owh.. beliau tidak makan bawang. dan kesemua bawangnya di berikan pada daku.
haip !
kes buli ! suke suke amik gmbo mata tgh stim. grrrr... !
me love McD. Prosperity Burger. nyum nyum nyum !

mode: really miss him. bertabahlah hati T___________T

1st Year Engagementsary


today 30 October 2011 is our Engagement Anniversary.
It's already a year we are get in together as a Fiancé and Fiancée.
Doakan kebahagian kami kekal hingga hujung nyawa.
Doakan jua Majlis Pernikahan dan Perkahwinan kami berjalan lancar dan mendapat keberkatan dari Allah taala.

we celebrate the day at Alamanda Putrajaya. Love you hunny.

To my sweetheart, thanks for being with me in what ever matter. 
I love you till end of my life. XOXO~!!!

♥ 3rd Ramadhan : 100 Days To Go ♥

THERE IS 100 DAYS TO GO.
MAY ALLAH BLESS SARAH HERNYZAR AND HELMIZAN.
SEMOGA PERJALANAN MEMBINA MASJID MENDAPAT BARAKAH DARI ALLAH TAALA. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

♥ Ceritera Cinta #12 : Kursus Kahwin ♥

bersama banner PPKi
 Alhamdulillah dengan keizinan dari Allah Taala, kami telah selamat mengikuti Kursus Pra-Perkahwinan pada 25 & 26 June 2011, Sabtu dan Ahad di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

thanx to Nora Aira for her review [here] yang berjaya menambat hati saya untuk sama menyertai Kursus Pra-Perkahwinan ini di Masjid Negara. Nora dah review banyak so korang baca la kat sana. gile malas nk taip kan.hahaha~!!!

thanx darl Nora Aira. XOXO.

us at National Mosque last day
bergambar kenangan di Masjid Negara sebelum pulang. owh chubbynye pp pau saya. haha. comel x saya pakai tudung ? comel kan ? gagagaga~! gile tembam. aduiyai cant accept the fact. uwaaaa~!

bukan saya dan incik bintang je yg mengikuti Kursus Pra-Perkahwinan ni. hehe. adik saya pn follow. walhal ntah bila dia nk kawen. umur muda lagi. hehe.

adik saya yang turut sama mengikuti Kursus Pra-Perkahwinan
itu lah adik saya. hehe. dia kurus selim melim. saya chubby. huwaaa!!! camno nak kurus nih. haddoi. saket otak saket otak. harus lebih gigih utk kurus. chaiyok~!!!

untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Kursus Kahwin di Masjid Negara, PPKi. click link please (^_^)

oke jumpa lagi next entry. daa~!!!

Ceritera Cinta #11 : Selamat Ulangtahun Percintaan ke-2

21 Mei 2011, Sabtu 
Hernyzar dan Helmizan

♥ Ceritera CINTA #10 : my sweet weekenders - Part 2 ♥


gila bolat muka den. haha. abaikan.

yeehaaa~!!! aku berjaya juga menjejakkan kaki ku di PPM yang berlangsung di PWTC pada 3 April 2011, Ahad. wlpn pada hari yg terakhir namun begitu masih tidak terlambat utk aku menilhamkan pelamin aku. kahkahkah~! pelamin impian aku tersergam indah di pasang oleh salah satu vendor di situ. x leh lah bgtau sapa. kahkahkah. nnt uols tahu la pelamin idaman hati ku. ecewah. poyo sungguh anda ini cik Sara. oke abaikan.

WP aku pn ada. oleh itu aku ckp la nk patern lain. x nak la yg design lama tu. then aku ckp nnt aku yg rekakan. dulik laaa... aku harus keras kepala. sesuai dengan bayaran. haha. aku berjalan-jalan dgn bintang hati aku. bertemu pula dgn sang Mustang. apo laie.. bintang ni dia x leh tgk barang2 lama yg old skool ni. menanes katanya. hah bergambo la beliau. sini tengok.

jambu x beliau. he in PINK!!!!!

haaa kan. Mustang Merah woo. aku pn suka. bapak olddddd skoollll. hehe. pas bergambo jalan jalan lagi. pegi kat Perfect Living '11. best gak cuci mato. tgk barangan untuk ASTANA. kunun la verangan kan. tup tup tup ilham menjelma. yeay~! ilham utk pelamin aku. tgk jakuzzi je kot. haha. ingat apa ? bersanding dalam jakuzzi. nan ado la hoi. haha. ntah la. idea tu datang begitu sahaja apa bila terpandangkan sesuatu yg betol2 menarik perhatian aku. sayang incik bintang rapat-rapat. hehe. x sia-sia kitaorg ke PWTC. pada mulanya mmg malas la nk ke mana-mana.

incik bintang la memaksa aku menemani beliau utk membeli barang keperluan beliau sblm masuk kursus isnin nnt. aku pon oke jep. jnji g PWTC. sb aku nk menjengah kakak kakak aku kat sana. siapa ? kak Yana, Lisa dan kak Nadia orang kuat PPM. dan juga menjengah booth WP aku yg dah rebranding. nama secomel anaknya. haha. dapat bergambo free. suka. wlpn muka ku sememeh tnpa sebarang mekap. stended malas nk menempek. haha. agak-agak dah penat moh le pulang ke sangkar. sok keje. mlm ni ABPH. layan. haha. maceh bintang sb sudi layani karenah bulan untuk mggu ini. as'salam. daa~!

NOTE ! Gambar terpaksa di blurkan adalah di atas sebab sebab tertentu.
Maaf Cik Puan punye blog ni DULU LAIN SKRG LAIN ! hehe.

♥ Ceritera CINTA #09 : my sweet weekenders - Part 1 ♥

♥ bekpes mekdi nyum nyum nyum ♥
mine - Hotcakes with sausage
him - Sausage with egg

itu gambo last weken. baru hari ni nk tempek. hehe. lambat kan saya ? selalu nk berceritera benda yang dah basi. hehe. it's me. sgt lembap nk transfer gambo. so jgn marah ya. wee~! last week planning nk g zoo. bekpes dulu la kat mekdi plaza mont kiara sblm gerak ke zoo negara. oke. dah abes bekpes semua bagai. gerak la kunun nk ke zoo negara. sekali last minit aku tukar plan.

bulan: B.. amo la gi zoo.
bintang: nape ?
bulan: kita g tmpt lain la.. [muncung pjg ni. sb tetiba moody. haha]
bintang: nape ni syg ? kata nk g zoo. jum la..
bulan: cam x de mood nk g zoo. hmmm.. [muke sememeh kunun mnta simpati bawak g tmpt lain]
bintang: oke jum kita g jenguk tingkap.
bulan: haa ?
bintang: cuci mata la.. window shopping.
bulan: ooo.. [dah tercenyum]

oke then kitaorg g la shopping mall. shopping mall yg ada sale gila2. haha. tau ke mana ? mesti tatau kan ? haa apa ? korg tau ? eleh.. salah laa. bukan g SOGO. kitaorg g The Mall je la. kahkahkah. kat Parkson The Mall ada sale up to 80%. kat SOGO pn ada kan ? yup mmg ada. kitaorg jenjalan kat The Mall tgk la apa patut. aku nmpk kasut. yeay kasut. hehe. apa lg sarung la di kaki. minta size aku. then bergaya la dgn kasut tu. tny my bintang and he said OKE. aku rembat laa. dari harga RM79.90 aku dapat RM23 jep. hoyeh hoyeh. jenjalan lagi bintang hati dapat tali pinggang kulit. juga dpt dg harga berpatutan. kunun nk buat hantaran. belom sempat di hantar dah di pakai. dia kata kasi benda lain la. haha. bahik tuanku! :p

pastu kitaorg jengah ke SOGO. nek train jep. sb malas nk redah jam. naik la dari stesen PWTC ke stesen Bandaraya. jalan jalan jalan. x de yang berkenan. bintang pn mcm x de barang yg berkenan. balik la kami ke pangkal jalan The Mall. kat The Mall bintang ada suka kat 2 barang. tp dia kata nk usha kat SOGO kot dpt yg lg murah. x de. oleh itu, dia pn amik la yg ado di Parkson The Mall tu. sehelai baju Renoma dan seluar khakis. sb dia kan sdg berkursus. so prep malam kene pakai skema nye baju. utk tmbhn dia beli la baju2 tu. haha. *hujung mggu dia cuti. kursus dari sening hgga jumaat.*

oke dah. citer benda lain lak. utk weken ni nye citer. sorry la eh entry terpanjang yang pernah di taip. keskeskes. kalau bowink sila la pangkah window ini. sekian.

MAKEOVER

minggu makeover. haha. ini namanya mggu buang masa. al-kisah dik non, rakan seperjuangan ku Amnina Azmi editor ::bila aku conteng-conteng:: mengajak aku utk ber"makeover". aku apalagi oke kan ajo. haha.

♥ SEBELUM - wajah ku pucat tanpa secalit mekap ♥
rambut curl la sgt. oke buroks. dah macam aso
HAHA!!!

♥ SELEPAS - sama je mekap ke x mekap begitu juge le ♥
bintang cakap aku mekap ke x nmpk sama je
sb kulit wajah ku seri dari dalam bersama Innershine
HEHE!!!

tgk la sendiri apa jadi sebelum dan selepas. wambut kemain curl nya. mcm apa je aku tgk. terlalu matang lak rasa. tua pn ada. haha. bintang cakap dia tasuke wambut aku curl. nmpk cam lady. eh eh eh.. abes aku bukan lady ke ? kahkahkah. bukan la dia ckp aku mcm boboy. tapi dia lg suke kalau look like 17. haha. kembang lagi. wahahahah. nk terbang je aku rasa. then aku gi la ubah gaya rambut aku. seperti di bawah ini. sini la weh.. tgk bawah. haha.

♥ MUDA JELITAS kan ? ♥
haa cayo kan cayo kan ? bila rambut ku di rebondingkan aku muda 10thn
HAHA!!!

dari tecik sampai ke besor, rambut aku mmg lurus mengurai. skng ni pendek sb pas bertunang ritu, bintang mnta aku potong rambut. dia kata rambut aku rusak teruk. huhu. semua katanya aku turut. setiap apa yg aku buat aku akan mnta izin darinya walaupun aku masih belom sah menjadi isterinya. ini adalah kerana masa kapel aku pernah lawan ckpnya musibah yg menimpa. tidak ku khabarkan ke mana aku pegi sesaja aku eksiden kene saman. di sbkn itu lepas2 bertunang aku dgr apa sahaja katanya selagi tidak memesongkan akidah. masa bertunang ni ada gak aku lawan ckpnya. musibah jua yg menimpa. seperti menderhaka pula aku pada suami. huish mnta di simpangkan. sb tu la setiap pendapat yg boleh aku terima aku, aku akan pakai. kalau x seperti biasa perdebatan berlaku laa. haha. berbincang itu kan harus dalam sesuatu hubungan. mencari jalan penyelesaian yg mudah. (^_^)

iklan jap eh paragraph yg atas tu. haha. tp betol. jurumekap professional kat situ pn ckp aku nmpk lebih muda dgn rambut lurus berbanding rambut curl. oleh itu luruskan rambut anda sekarang. kahkahkah~!

♥ sama TINGGI sama padan ♥
aku pakai heel 5" + platform stage setinggi lebih krg sejengkal then baru aku dapat sama tinggi dgn bintang
HUHU!!!

oke jumpa lagi di lain lembaran ceritera hikayat bulan dan bintang. as'salam buat semua. thanx sb baca entry yang terpanjang ini. haha. daa~!

♥ Ceritera CINTA #08 : my weekenders ♥

wajah ku tanpa mekap. sila abaikan.

nk citer pasal weken bersama pakcik bintang. pakcik tu dia berkursus. oleh itu makcik bulan dah rindu pada pakcik bintang. nasib weken dia leh in and out. klu x makcik bulan dah turn tu gozilla. haha. amokkan la palagi. dah la time kursus nk berSMS pn x ley. nk jmpa weken pn kene sekat mmg akan ku bakor kem tentera itu nnt. haha. mcm berani je makcik bulan tu kan ? haha.


Sabtu, melepak di kedai mamak MAKBUL. biasa bila dh lepak mamak aku mmg suke order 3 layer tea. minuman pebret leh la di katakan. minuman tinggi kolestrol. pastu mengagau telan ubat kolesterol. ampeh!

nan ado kojo dok la berwifi di situ guna henpon yg anti-sosial spt BB and iphone. oke bengang. aku tasuke bila sibuk berwifi suasana sunyi jep. cuma dgr gelak memasing sorang2. ampeh lg. haha. nk wat camno camtu la. aku pn sama. kahkahkah. pastu berkriuk kriuk perot aku. ngendeng2 pakcik bintang mnta mo makan nan cis.


nan cis ni kitaorg share k. x de aku mkn sorang. sb dia pn tingin. haha. mkn le kami sambil sharing is caring kegedikkan di situ. kahkahkah. dh lama aku x merasai kenikmatan nan cis ini. haa ku tibai sampai abes. haha. lincin oke lincin. haha.


Ahad lak sama gak. lepak MAKBUL. sbb nk jumpa org. pakcik bintang tu la nk jmpa2 org lak. tensi aku. jumpanya di kedai mamak yg sama lagi. kuciwa. ecece. dh alang2 di kedai makan kan apo laie. order la makan. for brunch skligus.nasi kandaq. lama gak x melantak nasi kandar. bantai je la. kununnya pagi tu nk mkn bekped mekdi. kemain pjg org beratuq kat mekdi jln pahang tu. tensi aku. smpi jam 11 aku x dpt lg kisahnya bgn lmbt la. sudahnya makan nasi kandaq nun jauh di shah alam. semata. sb pakcik bintang ngedate ngan kawan dia tu jam 1. dah alang2 time lunch makan brunch sudey. nasi kandaq ayam madu. lincin lagi. haha. gila melantak. bila nk diet tatau la. al-kisah nye nnt x muat baju kawen. padan muka kau cik sara. haha.

mesti korang bosan dgn citer weken aku. makan je keje nya. kahkahkah. pastu kat kedai yg sama. haha. abesnya nk wat guane. pakcik bintang dok di sono shah alam. ngedate di situ aja la. haha. dia tu bukan leh jln jejauh. nnt kene call la itu la ini. oke bowink kawen ngan army. haha. ada lak ckp camtu. keskeskes. ni belom kawen dh kawen sok camne. aku oke jep sbnrnya. dh terbiasa dh pn dgn schedule dia. haha. -END-

♥ Ceritera CINTA #07 : Tips Berguna Selepas Kahwin ♥


As'salam para readers, b2b, bloggers and friends. hari ni x de bebelan sangat. haha. cuma nk share some tips. tips ni aku dapat dari channel OASIS Dari Mata ke Hati bersama Prof. Dr. Muhaya. aku suka menonton rancangan ini. tahu kenapa ? banyak perkara-perkara yang best utk di kongsikan. dan cara penyampaian beliau yang sgt soft membuatkan hati aku jatuh cinta kat dia. haaa pikiaq lain la tu. jatuh cinta sb dapat merasai kasih sayang seorang ibu. bukan la aku x de ibu tp cara beliau menyampaikan sesuatu perkara mmg sampai ke hati. itu sb nama rancangan beliau Dari Mata ke Hati. hehe.

dalam rancangan yang aku tonton hari ini. beliau berkongsi tips selepas perkahwinan. senang citer tips-tips untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga. yang dapat aku share di sini adalah seperti berikut:

DO's
  1. Jaga pandangan mata dan penglihatan pasangan
    : maksudnya.. kita harus sentiasa berpenampilan menarik. sentiasa berpakaian kemas. senang kata sentiasa menjaga ketrampilan diri setiap saat dan ketika. haha. dan juga kemas umah. kasi rapi. jaga kebersihan. jgn badan je cantik berpenampilan menarik tapi umah hancus. wuuu~!
    "boleh kah anda ? sonang yo tu. sediakan baju yang manyak. hantaran boleh minta kot. hehe."
  2. Jaga hidung pasangan
    : maksudnya.. kita harus sentiasa WANGI. di dapo perfume lain. di dalam kereta perfume lain. di bilik perfume lain. senang kata sentiasa WANGI kan diri. x kira di mana anda berada. dan wangian itu akan menaikkan lagi kemesraan anda dan pasangan.
    "lepas korang masak2 tu pegi le mandi pastu pakai pepium mangi mangi. mesti nnt lagi selera hubs korang. hehe jangan pulak korang tuang minyak wangi lam masakan korang semata mahu wangi. wee~!."
  3. Jaga pendegaran telinga pasangan
    : maksudnya.. sentiasa mengeluarkan kata kata yang manis dan menyenangkan. puji pujian dan kata kata penghargaan kepada pasangan kita. jangan sekali kali kufur nikmat.
    "kot ya korang tgh hangin ke tension ke stress ke jangan la plak korang hamburkan kata kata kesat kat pasangan. tak bagus tu. elakkan. cuba muhasabah diri."

Itu yang DO's. DONT's aku lupa suda. haha. nnt la kot aku ingat balik nnt aku post balik k. keskeskes. cpt sgt lupanya. makan semut banyak sgt. heehee. oke la tu je utk hari ni. daa~!

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar