BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Showing posts with label ceritera kehidupan. Show all posts
Showing posts with label ceritera kehidupan. Show all posts

23 Ramadhan 1434 : My day

As'salam semua.
Mcm mana Ramadhan tahun ni?
Didoakan semoga semuanya berada dibawah rahmat Allah taala.
In-sya-Allah. Aamiin.

Last year my day jatuh pada 12 Ramadhan 1433.
Last two years jatuh pada 1 Ramadhan 1432.
3 tahun berturut-turut my day jatuh pada bulan Ramadhan.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hayat ini menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah.. In-sya-Allah dengan izinNya kami akan bersatu.
Alhamdulillah.. It's another year to achieve so many targets.
Hope everything will going smooth. In-sya-Allah.


Seperti tahun tahun yang lalu.. Tahun ni sama je.
Simple celebrating with happy family. 
Berkumpul adik beradik makan makan makan. Haha.
Itu sudah memadai bagi ku.
Syukur alhamdulillah dikurniakan sebuah family kecil yang membahagiakan.
Celebrate birthday as a single lady this year.
Next year panjang umur akan celebrate dgn sang suami.
Semoga hidup ini mendapat barakah dari Allah taala.

On my birthday, I wished to..

Thank you, Allah, for giving me another year of life.
Thank you for all the people who remembered me today
by sending cards, and letters, gifts and good wishes.

Thank you for all the experience of this past year;
for times of success which will always be happy memories,
for times of failure which reminded me of my own weakness and of my need for you,
for times of joy when the sun was shining,
for times of sadness which drove me to you.

Forgive me
for the hours I wasted,
for the chances I failed to take,
for the opportunities I missed this past year.

Help me in the days ahead to make this the best year yet,
and through it to bring good credit to myself,
happiness and pride to my loved ones,
and joy to you. May Allah bless me and my life. Aamiin.

Xoxo.

My last messy weekend and shopping!

fuh fuh fuh.
tak menyempat rasanya nak update blog.
super duper busy yaw!
busy dengan election wedding preps.
banyak benda nak kene hunting.
masih banyak lagi yang tak setel.

ni nak menghikayatkan kisah mgu lepas.
owh tak.. kesah dua minggu lepas.
aku gi jenjalan. sonok. haha.
sempatkan nk berseronok.. owh tidak.

weekend sabtu ahad (27&28 apr).
aku dok ber'treasure hunt' dengan tunang aku.
cari vendor. bhuahahahaha.
majlis tgl lg beberapa bulan. terror kan kitaorg.
baru hegeh-hegeh nk gi booked sana sini. wuuwuu!

ok done! boleh lah check checklist wedding aku.
wah sombong benor bunyinya ya.
itu masih belum siap lagi ya. masih banyak lagi!!!

jom lah layan gambar. x larat nak menaip.


gambar dari IG aku. sapa follow dpt la update dari mini blog aku tu. haha.
oke.. hari rabu 01/05/2013 hari pekerja.
1st tempat kitaorg pergi The Old Blossom Box.
di Seksyen 13, Shah Alam.
aku tak shopping pn. adik aku shopping.
itu bergaya je lebih. bhuahahaha.

kemudian kami terus ke Seksyen 7, Shah Alam.
jumpa OV di Restoran Barra.
owh nak pomote sket.
Nasi Ayam Goreng Barra sgt membara. oke dah!.

gambar-gambar ni adik aku rajin snap. 
hah layan la gambar x semenggah kami.
serius tu bincang. bhuahahahaa. walhal biasa sajo.
bincang serba sedikit pasal video. baca TnC.
setuju. dan bayar. DONE! foooohhh. lega.

*tolong lah abaikan pp ku yang super tembam tu. sobs*

last but not least.
kami ke Fah Lean.
borong la apa patut.
sekian hal perabih duit.
thanx to Haida Safera sb kasi pinjam kad Fah Lean.
super duper diskaun. best!

p dot s: sorry haida.. sara x sempat nak post lagi. busy election and Pahang cuti 2 hari ni. Rabu in-sya-Allah sara post k :) hehe. dah pinjam x reti nak pulang lak kan. ampun...

nampak tak bakul tu. itu baru satu.
lagi ada pada tunang dan adik aku.
fuuhhh.. banyak gak berbelanja. sobs.
gobek gobek hantaran kat situ. cari idea konon.
aduiyainya pun. ok nak announce.

sapa-sapa nak sewa dulang kayu berkaki (dlm bakul merah tu). boleh lah email ke sarah.hernyzar@gmail.com

haha. sempat kan. tp lepas bulan 8 la baru on utk sewa. harga boleh bincang. :D

gambar-gambar lain boleh lak tengok di Hernyzar Helmizan.
banyak update kat situ juga.
kasi LIKE wa punya fanpages k.
thanx for reading. me love u. XOXO~!!!


Main Kaweng Kaweng VS BabySitter

disebabkan dah lama tak update.
nah ku bagi entry pukal.
entry pukal yang akan jadi tunggang langgang.
sb aku tak susun jalan cerita. haha.
hentam sajalah mana ada ya. muehehehehe~!!!

kazen ku buat majlis bertandang.
majlis di johor ku tak dapat pergi.
kisahnya mmg aku tak pergi lah. haha.
sb apa eh aku tak pergi? owh owh.. abah masuk spital masa tu.
so takdapat lah nak join rombongan ke Johor. sobs.

azra dgn wife. kazen ku yg lelaki. hehe.
ini je gambo yang ku ade. sorry lah tak berapa nk bergaya masa majlis ni.
muka sememeh gile. tak cayo?
jom tgk ni.. bhuahahahahha~!!!

muke sememeh. cubaan pakai inner silang.
haa... nampak dak muka aku yang sememeh lonyeh tu.
yg dok kat aku tu anak sedara sepupu aku. iman namanya.
petah celoteh kemain pot pet pot pet. haha.
yang gambar kanan tu adik aku. segak lak muka dia time nih.
yg sikecik dgn adik aku tu adik azra (pengantin) tu la.
dorang 2 beradik je. jarak umur jauh gila.
jangan tanya aku. aku tak reti kira. bhuahahahahaha.

pastu ada kenduri kawan skola aku.
si kecik adi. dia kahwin dulu doh dari aku.
sentap mak jemah. huh!
hensem bini dia. sesuai lah dengan dia. 
secocok dan sepadan.

tergemok lak aku. haha. atau pakaian itu?
haa tu lah adi. dengan bininya.
aku g wedding dia di Kuantan je.
majlis di Banting tak g. kisahnya roadtax kete aku mati.
tak dapek lah nk travel. sobs sobs sobs.

nmpk cam pregnant lak aku. haih lah peplum. huhu. uwaaaa
ni gambo ngan bini adi.
kiut orangnya. peramah dan memalu kucing meow.

owh aku ada janji nk citer sal bulan Feb kan?
along aku... bertunang. hehe.
aku sibuk la tlg dia buat persiapan. DIY lah sgt.
hantaran je pun. muehehee~!!!

rombongan cik kiah. itu je yg mampu ku gubah. hantarannya.
ni lah hantarannya.
5 dulang.
sireh junjung tu tak lah.
itu je tempah kedai bunge. kehkehkeh.
lain-lain sendiri gubah.
cake cookies dan coklat homemade by ZAR's Bakery.
biaso sajo. tiada yang menarik.

gambar kiut kitaorg. incik bintang tak dop lak gambo dia.
masa tunang along ni. incik bintang ada datang Kuantan.
detim ngedate ama aku lah. haha.
tak de lak gambonya. sb dia lah tukang amik gambo. haha.

tu lah tunang along aku.
dia jauh lebih muda dari aku dan adik perempuan aku.
tp dia bakal jadi kak ipaq aku.
kami terima seadanya. udah jodohnya kan. hehe.

simple je majlisnya. alhamdulillah berjalan lancar.
semoga hubungan mereka kekal hingga Jannah. aamiin.
mengikut perbincangan dorg punya perancangan.. tahun depan lah majlisnya.
ikat setahun katanya. smga dipermudahkan Allah taala.

dalam pada masa yang sama..
aku juga jadi baby sitter.
hehe. syiok weh jaga anak orang.
ya ah aku mana ada anak lagi.
syiok la jaga anak orang. haih la geram.
nak tubit-tubit je rasa.
ek ek ek.. alolo tomeynya ye...

dak amin dgn mak ngah nya yg super kiut. bhuahahahaha.
ni aku baru balik dari interview.
terus je terkam dak kecik ni.
masa aku kuar gi interview ni ada mak aku tlg jagakan kejap.
pastu aku take over. amik kesempatan snap gambar.
sb aku segak bergaya. haha.


this is Muhammad Amin. my notty lil boy.

bhuahahaha. jgn lah korang salah paham.
aku menikah belum apatah lg nk beranak.
ini anak menakan aku. comey kan? mcm mak ngah dia lah.
aku jadi babysitter la ni. syiok woo.
berangan weh nak ada anak. hehe.

disamping mengajar inilah keje aku.
jangan tak cayo. cayo lah eh. XOXO~!!!

10 perkara yang mungkin pernah anda lakukan


hehe. yang best no. 6
sampai skng kot buat benda tu.
bila dah siap mixer bahan-bahan kek atau biskut,
pemutar tu ku jadikan aiskrim.
haha.

dari kecik tiap kali tgk maksu buat kuih ke kek ke..
mesti berebut dgn anak dia.
katanya nak makan 'aiskrim' ----> krim pada pemutar.
kuikuikui~!!

bercakap dengan kipas pn ada gak buat dulu.
cuma skng dah tak buat dh la.
haha. konon suara serak serak basah bergetar gitu.
haha. kelakar bila ingat balik.

entry santai utk pembaca blog ku.
cayang korang ketat-ketat. XOXO~!!!

The Solemnization of Uda and Nurul

as'salam dan salam sejahtera.
maaf ya kebelakangan ni me dapat update waktu malam jep.
kisahnya sb me agak busy di siang hari. kuikuikui~!!!

pada tanggal 12.12.12, Rabu adik me Uda selamat menikah dengan Nurul.
pilihan hatinya dengan sekali lafaz.
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
banyak perkara yang kami sekeluarga hadapi tapi alhamdulillah.
semuanya berjalan dengan lancar. syukran ya Allah.

yang paling best, persiapan perkahwinan mereka di lakukan kurang 2 mggu dari tarikh yang mereka nak. gilos. mmg gilos. yg gilos me lah. sebagai kakak semuanya merujuk. eceh~!!! me just tlg serba sedikit je. dorg buat keputusan yang terkejut kejut. haha.
semata nak tarikh 12.12.12 dorang rela bekerja keras.

walauapapun majlis mereka berjalan dengan lancar. alhamdulillah.
jomlah kita layan gambar. baru syiok bercerita sambil tgk gambar.

ini perantin lelaki. adik me bawah me.
kalau dalam adik beradik dia yang ketiga.
panggil Uda. sb anak tengah.
dia seorang yang sgt cpt tersentuh especially perkara-perkara yang menyentuh hati.
contohnya.. majlis nikahnya. mudah benar turun airmata.
cengeng~!!! haha. tp dia mmg seorang yang lembut hati wlpn garang.

alhamdulillah dengan sekali lafaz beliau bergelar seorang suami.
syukran ya Allah di atas kemudahan yang diberi wlpn banyak ranjau yang di hadapi.

ini perantin perempuan. namanya Nurul Azwin.
kami panggil Nurul. dia anak bongsu dari 3 beradik.
the only daughter in her family. manja. merap. haha.
*boleh tak tlg abaikan awek pakai jubah pink tu. expose terlebih lak*
haha. ada 3 awek berbaju pink. abaikan yang terlebih expose ya. hehuu.

Nurul seorang yang happy go lucky. easy going.
masuk kepala lah dengan kitaorg adik beradik. kira best lah.
borak borak mesti x kering gusi asyik gelak je lah.
boleh masuk maharani lawak Nurul ni. kuikuikui~!!!

sesi tukar cincin. alhamdulillah. dipermudahkan. 
segan segan malu malu meow. auwww... haha.
me pun ter'emo' lebih. sob sob sob.
owh pls jangan tanya bila turn me. heiii... kan dah kata jangan tanya.
*dah kau tanya sendiri pasal apa. haha*
mmg sadis. apabila ramai yang bertanya bila my turn.

owh incik bintang pls pls pls... take me away. hukhukhuk T____T

my femmelive members.
gambar atas: my lil youngest brother and the eldest brother.
gambar tengah: tetiba terselit plak Puan Nina Isofea. haha.
gambar bawah: see.. me yg nanes lebih. kahkakah. pocoyo. :p
gambar sisi atas: abah.. that's my hero. ever. love u dad.
gambar sisi bawah: bakal kakak ipar ku. the only KAKAK ipar. hehe.

here is The ZAR's Femmelive. with new members.
owh owh.. Along me (kanan bawah duduk) belom kahwin.
soon his turn maybe. tgk pada keadaan. ada dengar bunyi jugak tu.
owh again pls dont ask me when is my turn. sob sob sob. 

me just follow the flow. flow apa pun tatau.
flow chart kot. kuikuikui~!!!
tunggu saat dan ketika ya. tunggu sajo lah. haha.
yang penting doa kawan kawan semua. in-sya-Allah mendapat berkat.
aamiin.

mamita (berdiri kedua kiri) orang kuat majlis.
1st kenduri ever in family. so mmg agak keletihan.
sb tak pernah handle kenduri besar mcm ni kan. mmg letih lah.
cian mamita. dah banyak berkorban untuk anak-anak.
me love u, mak. mwahmwahmwah~!!!

Selamat Pengantin Baru Uda dan Nurul.
semoga berbahagia hingga Jannah.
selamat melayari bahtera rumahtangga dengan aman dan harmoni.
semoga dapat anak yang soleh dan solehah juga comel comel.
yang penting tolak ansur dan percaya each other.
tak kenal maka tak cinta. tak gitu. hehe.
jangan gaduh gaduh oke. we love you~!!!

kepada Nurul selamat datang ke Keluarga Zar.

selamat sudah mereka mendirikan masjid.
walaupun persiapan dalam masa yang singkat, tp alhamdulillah.
ianya berjalan dengan lancar. nantikan majlis resepsi pula ya.
kita sambung lain entry k. nnt panjang plak entry ni. wee~!!!

SELAMAT BERBAHAGIA KEPADA PENGANTIN BARU.

Kenangan lama terimbau kembali

As'salam gegula hati me semua.
waktu Malaysia skng menunjukkan jam 4:04am.
yes.. me belom tido lagi. mata masih segar.
sambil layan muzik, sambil terimbau kembali kenangan lama.

lagu Camar Yang Pulang nyanyian Aishah.
sangat menyentuh hati me dan membuatkan me rendu...
sangat zaman remaja muda mudi.
ecehwah. tua sangat la me ni kan ? tidak lah tua. berusia (^____^)

pastu dengan rajinnya me selongkar album lama.
ku gali segala nala gambar zaman tok kadok.
kelihatan di situ me sungguh kurus. sangat~!!!
tapi malangnya tak boleh nak upload kat sini.
sb ia akan mengaibkan me. kene lah jaga tatasusila kan.
eh ? paham-paham sendiri je la. sapa tahu me dulu camne then tahu la.
jangan marah ya...

entry ni x de kaitan apa pun.
cuma me rasa rendu zaman remaja me.
wlpn hakikatnya tidak bagus untuk di jadikan teladan atau tauladan.
di jauhkan lagi patut. ish~!!!
teruk bebenor rasanya. cuma badan me waktu tu.
sangat selim melim. kuruih. best part.. have a sexy body curve.
bluekkkk.. boleh muntah~!!! haha.

now me a bit chubby. not a bit la. mmg chubby pong. sobs.
sana sini spare tyre. tasuke tasuke tasuke.
nak kahwin ni lagilah dok mikir camne nk kuruskan badan.
berat turun yes. tp nk dpt shape lama mmg kelaut lah.
sudahnya me membaham lagi segala nala makanan.
ku telan. tak de nya istilah tolak kayu batu taik. haha.

lepas tu me boleh plak nk rendu rendu skandal lama.
kahkahkah. apa la jadi kat dorang skng ni.
dah kahwin kah ? dah beranak pinak kah ?
kisah lama katanya. mmg terasa mcm nk jumpa dorang balik.
dan gelak sama-sama. wlpn kisah lama tu baru berlalu 5 tahun lalu.
agak lama jugak tu. hehe. mesti best kalau jumpa pastu tgk.
perkembangan diri memasing. haih la.. mesti lawak gila.

alah macam kita jumpa kawan kawan skola.
mesti kita akan ada banyak cerita nak kongsi. betol tak ?
sama jugak dengan ex-bg/gf or skandal or kawan kawan jimba jimbi dedulu.

most of my ex-bf, me tak berapa tahu perkembangan dorang.
ada sorang dua je la. itupun sb dorang ada FB. itupun adik me bgtau.
eh apa kene dgn adik me ? haa satu kisah juga tu. bila me dah unfriend dorang,
so adik me yang masih berkawan dgn bakal abg ipar tak jadi.. update lah me.
haha. ada yang dh kahwin dan anak 2. ada juga dah kahwin ada anak 1.
hmm.. me jugak lah. masih di sini. ya.. masih di sini.

bila tgk gambar lama tu. me? pernah bersama dorg suatu ketika dulu,
rasa macam erk... aku pernah bersama mereka mereka ini.
haha. gelak dan sengih sensorang. ya lah tahu pangai sendiri macam mana.
so rasa macam me jahat giler time tu. keskeskes~!!!
tak de lah jahat. nakal jep. nakal bebudak remaja. ngee.

rendu nak hangout sesama macam dulu.
menggila berjimba berjimbi berjimbit terhimpit. haa kaw.
punyalah kan nk kata mmg gilos berjimba jimbi.
haih la.. sekejap je masa berlalu. kenangan tertinggal di belakang.
dan kita perlu menapak dan terus ke hadapan menuju kebahagiaan.

semua tu mengajar me untuk menjadi lebih matang.
untuk belajar dari kesilapan lampau.
untuk tahu buruk baik dulunya diri me ni.
Alhamdulillah.. Allah Maha Pengampun.
dan ini lah me sekarang. comel kan ?
sila lah jeles ya. hehe.
nak muntah kuning pink hijau kelabu pn boleh.
haha. lama tak tempek gambar sendiri.
hah ni entry syiok sendiri namanya.

oke jumpa lagi. selamat pagi kawan-kawan.

Durian Crepe yang jadi bualan hangat

as'salam cinta hati me.
apa khabar ? sehatkah semua ?
me doakan kalian sentiasa sehat dan bahagia hendaknya.
ada yang merindui penulisan me kah ?
oke this statement is poyo. mcm lah ada reader nak baca blog ni kan.
oke x pe. kita abaikan itu.

alhamdulillah me dah semakin sehat dan sembuh.
syukur ke hadrat Allah kerana telah menguji me dgn saket sebegitu.
tp apa pun itu menandakan kasih sayang Allah pada kita.
dan kita kene kuat dan sabar dan tabah dalam menghadapinya.
alhamdulillah...

oke. hari ni nak up entry pasal durian crepe.
nak banje dak Aishah owner blog v a n i l l a tak kesampaian.
kita up je la eh. jangan liur eh yunk. hehe.


it's so yummeh~!!! gebus gebus kan ?
yang hujung tu me dh lahap. separuh jalan baru ingat nk amik gmbr.
haha tak senonoh betul me ni kan. ah lantak..
me yang makan nye pun. (^_____^)

owh.. owh.. jangan tanya mana me order.
sb kawan me yang orderkan. itu pn secara tak sengaja.
dah alang-alang kawan me order me pun sapu sekali lah.

warna kuning di raja itu sangat menyelerakan.
sooooo ummmppphhhh~!!!
tp deriannya bukanlah derian musang king.
kuciwa disitu. tp ada ku kesah ? nan hado.
janji derian. apa derian pun lahap.
kecuali bubur pulut derian. itu me tasuke. keskeskes~!!!

ini anak kawan me. namanya Khalis Putra.
dah besar dah beliau skng.
dulu masa memula jumpa alahai masih kecil lagi.
tgk tu.. thumb up~!!! sedapppp katanya.
si penggila derian juga si kenit Khalis ni.

oke lah tu je. mesti uols uols dah makan durian crepe ni kan?
mmg sedang hangat menggila di pasaran. kuikuikui~!!!
pasni ada plak Choc Collagen Cake. hah~!!!
menarik namanya kan? siap berkolagen bagai. creative betol dorang ni.
oke lah jumpa lagi nanti oke. daa~!!!

Sebelum 5 Perkara

as'salam dan salam sejahtera
apa khabar semua kawan kawan ?
me doakan kalian sehat ya.
sb me tak sehat. huhu.

Sebelum 5 Perkara.
dah macam tajuk drama lak kan ?
baiklah.

apa yang me nk smpikan di sini adalah berkenaan 5 perkara kehidupan kita.
di atas adalah 5 perkara yang perlu kita titik beratkan.
dan perlu kita ingat dan sentiasa muhasabah diri.
mari kita lihat penjelasan perkara-perkara tersebut.

Penjelasan:

1. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA. tolong JANGAN LUPA UNTUK BERZAKAT!

2. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

3. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.

4. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

kenapa me besarkan penyataan yang ke-3 ?
sb skng me tengah saket. *baru nk sedar diri lah*
saket yang berulang-ulang. dan kesakitan yang saket amat.
bagi me lah sb me belom ada pengalaman bersalin so me rasa ini adalah saket.
*apa kene mengena dgn bersalin eh ?*

seksa oke. nak makan pn seksa.
bercakap pn x boleh sangat.
ketawa apatah lagi.
kepala asyik berdengung jep.
efek seluruh badan.
bila malam badan memanas.
tido tidak lena lagi terganggu.
bila org bercakap me buat bodo.
sb pendengaran juge terjejas.
sadis x ? sadis kan ?

bersyukurlah kalian pabila sedang sehat walafiat.
manfaatkan lah waktu sehat kalian dengan perkara yang berfaedah.
hulurlah tangan untuk membantu mereka yang memerlukan.
di saat anda saket, anda tidak boleh buat apa2.
hanya terlantar sahaja. itu kalau dah teruk sangat terlantarnya.
tp me masih boleh bergerak dan berkhidmat kepada mereka yang memerlukan.
cuma komunikasi agak gagal juga lah.
minta org yang bercakap dgn me pekik kat me.
sb pendengaran terjejas. satu hal.
pastu bila bercakap telo kemain lagi.
orang x paham rasa nak lempang je me. ntah bahasa ibunda mana lah yang me guna.
macam ayam itik bercakap. kucing anjing bercakaran.
hah kaw pepatah baru !

diri me mmg tak ketahanan wlpn dah 3 4 kali kene.
benda yang sama. berulang-ulang. sobs!
punca dan penyebab me sendiri tatau.
doc cuma ckp infection biasa sahaja.
dan infection tu akan datang bila bila masa. aduiyai.
me redha. berserah pada Allah taala.
mgkn ini balasan me yang suka mengumpat mengata bergossip
suatu ketika dulu. udahnya mendengar krg jelas. bercakap pn payah.
mgkn itu lah balasannya terhadap perbuatan itu. hmmm..
semoa terhapus dosa kecilku. Aamiin.

dan disebabkan saket ini lah, me x update blog.
sekadar menjengah ziarah kawan-kawan.
x menyempat nk berkomen bersapa bagai.
minta ampun minta maaflah. doakan kesihatan me sembuh ya.
doa kawan-kawan ni sangat berharga.
sehingga bertemu lagi di lain entry. jika kesempatan.
wassalam...

♥ Ceritera Kehidupan : Kunci Pendua Hati ♥

as'salam dan salam sejahtera
apa khabar semua ?
me doakan kalian semua sehat walafiat dan sentiasa ceria.

hari ni.. me terpanggil untuk menaip entry ini.

Kunci Pendua Hati

apakah me sedang mencari kunci pendua hati ?
insyaAllah yang menjadi tunangan me ini adalah kunci pendua hati me.
kalian doakan me dan bintang berpanjangan jodoh k.

di saat entry ini ditaip, jantung me berdegup pantas.
laju. berdebar-debar. sesak napas ! *pitam*
ntah lah. me tatau knp. tgn pn gigil2 nak menaip. hmm..


jodoh itu pasti.
sudah tertulis di luh mahfuz sejak kita berusia 4 bulan di dlm kandungan ibu.
rezeki / jodoh / kehidupan dan ajal maut.
semuanya sudah tercatat untuk kita.

dalam menempuh ujian dan dugaan dalam hubungan pertunangan ini,
me sentiasa berdoa agar segala ujian dan dugaan ini merupakan suatu hikmah
untuk me dan tunang me. 
as per kalian tahu (yg follow my life timeline), me dh hampir 2 tahun bertunang.
pasti kalian sepertinya tertanya-tanya "BILA DIA NI NAK KAHWIN?" kan ?
*oke me tahu me pasan jep ada org follow timeline kehidupan me. haha*

haa.. me sendiri pn tak tahu bila. tapi Allah Maha Mengetahui segalanya.
me yakin pasti ada sesuatu untuk me yang Allah nak berikan.
sb tu perkahwinan me masih lagi belum terlaksana.
namun begitu, me x pernah putus asa.
untuk terus berdoa dan berusaha.

hubungan me dan tunang, alhamdulillah berjalan dengan baik.
wlpn kekadang ada gado-gado manja. biasala tu.
sedangkan lidah lagi tergigit. betul x ?
me harap sangat tunang me adalah kunci pendua hati me.
moga Allah temukan jodoh me dengan beliau.
insyaAllah. Aamiin.

“Ya Allah ya Tuhan ku, cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh. Aamiin ya rabbal alamin".

♥ Ceritera Kehidupan : Entry Pukal Beraya ♥

as'salam dan salam sejahtera
para bloggers / readers / silent readers / stalkers 
harap semua best best belaka. happy and chill.

memandangkan me x update any story pasal raya.
meh la kita pukalkan semua story raya dlm 1 entry.
kisahnya me mmg x berapa nak raya tahun ni.
biasa biasa dan bersederhana sahaja. yang penting papito bersama kami.
alhamdulillah. perniagaan biskut raya kecil kecilan berjalan lancar.

biarlah gambar yang bercerita ya.

beraya di umah kawan SRKSA iaitu Faten Torejan (duduk kanan)
dapat lah jumpa kawan kawan lain as Noraiza Osman dan Amnina Azmi.
thanx to Faten dan Aiza sb sudi singgah ziarah pondok me.hehe.

rendu kat budak genit sorang ni. anak Aiza.
dah besar dh beliau. 3 years old already.
big gurl ! notty ! and sweet.
ada macam rupa aku x si Alya ni ?

ni masa open house umah Mak De Aton.
ni anak sedara me. namanya Zamil.
menempek je dia. hehe. yg penting chumil.
me mmg suke budak kecik so x de hal lah nak handle. insyaAllah.

try test new hijab style on me.
sesuai x ? oke x ? chumil x ? haha.
bintang kata oke. sesuai dgn me. yeehaa !
bersiap sebelum jumpa baby Batrisya di Tanjung Api.

me and baby Batrisya yang baru 18 hari.
anak kepada rakan SRKSA iaitu Shidah Rashid.
ketaq lutut woo pegang baby kecik yg baru 18 hari.
hoho. ada gaya jadi umi mithali x ? hehe.

dah alang alang berada berdekatan dgn Teluk Cempedak.
apa lagi jom photoshoot. ecece ! photoshoot la sgt kan.
my lil sista Sarah Hermizar / ME / gepren adik Fatin Shafiqah / my lil bro Mohd Hafizhar
beraya di Teluk Cempedak. haha.

oke tu jelah kot nk up.
hehe. nk tempek gambo je lebey.
x de apa pn kan ?
biaso sajo.

oke la.
tgu next entry.
kot mana tahu best kan ?

♥ Ceritera Kehidupan : Langgar Lari ♥

as'salam dan salam sejahtera.
apa khabar semua ?
prince charming / beauty princess
bloggers / readers / visitors

me doakan uols semua dalam keadaan sehat dan ceria sentiasa

tgk tajuk je uols mesti nak tahu kenapa kan ?
yep ! me kene langgar lari.
sob sob sob T_______T !!!

my Bulan kepatahan kegigian. cian Bulan !!!

pape tempek gambar dulu ye kawan kawan.
itu la hasil perlanggarannya.

BERITA HANGET dari HH News !

KUANTAN, Isnin - Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang di daftarkan CBQ6395 telah melarikan diri setelah melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang lain yang di beri nama BULAN (kereta me la tu). CBQ6395 jenis Naza Ria telah mengundur / gostan / reverse secara rakus telah melanggar bahagian depan Bulan dan telah menyebabkan plet kenderaan itu patah. 

Pemandu Bulan (me) telah membunyikan honk yang panjang, namun kenderaan CBQ6395 tidak mendengar atau erti kata lain PEKAK TULI tetap mengundurkan / gostan / reverse kenderaannya dan menghentam Bulan. Pemandu Bulan telah turun dari keretanya ingin melihat kecederaan namun CBQ6395 telah melarikan diri dan tidak bertanggungjawab. Akibat dari pelarian langgar lari itu CBQ6395 nyaris nyaris melanggar sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Ford. 

Ini telah membuatkan Pemandu Bulan berfikir bahawa, pemandu CBQ6395 adalah tidak berhemah dan dalam keadaan cuak kecut perot. Dah langgar org pastu x nak bertanggungjawab. huhu. Sekian, berita hanget HH News !

haa tu la citer nya. mcm mana Bulan kene langgar. sedey gila rasa. cian Bulan.
bagitau dedi dia, dedi dia pn sedey.
nnt dedi anta spital k. tgu k. dedi kasi sembuh kamu k cayang.
sob sob sob.

oke lah. selamat beribadah dan beramal di 10 terakhir Ramadhan ni.
jumpa lagi ya. assalamualaikum..

♥ 14-16 Ramadhan 1433 : Fasting with LOVE ♥

as'salam dan salam sejahtera
apa khabar sayang sayang ku ?
para bloggers dan pembaca ?
me doakan uols semua sehat dan ceria selalu.

3 hari me berpuasa dengan cinta hati me.
alhamdulillah diberi kesempatan utk berbuka dan bersahur bersama.
actuallly this is not 1st time kami berpuasa bersama.
sebelum sebelum ni me keje di KL jadi kami berpuasa di KL bersama.
now me dah stay di Kuantan, so x dpt la nk berpuasa bersama lg.
me pindah ke Kuantan last year. last year x de kesempatan sb memasing busy.
dan beliau juga di tugaskan di luar semenanjung waktu itu. 
so x dapat puasa bersama. sob sob sob.

oleh itu this year alhamdulillah ada peluang.
dan juga kali pertama beliau berpuasa bersama keluarga me.
rasa sgt bahagia sb dapat treat him as a husband.
eh eh uols uols jgn salah paham.
sb me belum menikah ya. sb tu me ckp dpt treat as husband.
klu dah menikah for sure lah dh jadi tggjwb me as wife kan ?

mamita sangat menitik beratkan layanan kepada suami.
sb mamita is a superwomen !!!
me kagum mamita dapat layan papito dari A-Z. top to bottom.
even mamita akan pakaikan stoking di kaki papito masa nk pergi keje.
everything from top to bottom mamita sediakan utk papito.
syurga isteri dibawah telapak kaki suami.

so bila bintang datang jumpa me di Kuantan..
mamita akan pastikan me layan bakal suami me dengan baik.
mamita cakap bila lagi nk belajar layan suami.
oh-uh ! me pn layan la beliau.

tanya nak minum x ? sejok ke panas ?
sediakan towel. kain pelikat. 
bentangkan sejadah bila beliau nak solat.
teman beliau minum.
siapkan makan. isi nasi dalam pinggan siap2.
sediakan air basuhan tangan.
bubuhkan lauk dalam pinggan. tanya nak ke x nak lauk ni lauk tu ?
habes makan angkat pinggan beliau.
sediakan air. cawan atau mug kene berpiring.

itu baru sebahagian. belum kawen.
kalau dah kawen macam mana la gamaknya ?
baca dari pengalaman kawan kawan... oh-foh bisakah aku ?

sepanjang berpuasa bersama 2 3 hari ni.
berbuka bersahur me yang sediakan.
mamita hanya membantu sahaja.
mamita soh me yang sediakan. sob sob sob.
oleh itu bangun sahur perlu awal utk memasak.
*walhal panaskan lauk jep. haha*

yang best juga.. adalah buat biskut sampan bersama.
hehe. 1st time beliau tgk me buat kuih.
kembang kempis me sb malu malu kucing.
gaga ! ntah apa-apa nk memalu kan ?

sampan lanun. muatan lebih. hehe. khas utk abg ipar dan ayah mertua me. hehe.

me memang suka baked. tahun ni amik tempahan sket sket.
xde la serious sgt. sb most of raya me buat utk family je.
tahun ni nk cuba market lak. kalau oke insyaAllah akan diteruskan.
oke la me rasa dah panjang sangat me membebel ni.
nanti me citer citer lagi k. daa ~!!

♥ 12 Ramadhan 1433 : My Day ♥

as'salam dan salam sejahtera
my friends /  my fans
how are you ?

poohhhhh fuuuhhhh ! berhabuk betul blog ambe ni.
hukhukhuk!

today is my day.
am already 20++++. haha.
getting old older oldest.
but still FOREVER 21. weewiitt !

alhamdulillah masih di beri nafas dan kesempatan untuk menjalani kehidupan.
hari ini 12 Ramadhan 1433H hari kelahiran me.
last year hari kelahiran me jatuh pada 1 Ramadhan 1432H.
2 kali hari kelahiran me jatuh pada bulan puasa bulan penuh rahmat.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.

Rabu.. me lahir pada hari Rabu. tahun ni jatuh pada hari Rabu hari kelahiran me.
rasa sekejap je masa berlalu. now me dh dewasa. x berapa lama je lg nk masuk 30's. 
tp x pe semakin ia beranjak semakin ia mengajar erti kehidupan.
semakin ia menjadikan me lebih matang dalam menjalani kehidupan.

Sempena hari kelahiran me ini, me berharap moga
- perjalanan kehidupan me mendapat keberkatan dari Allah taala
- dilimpahi rezeki yang halal
- ditemukan jodoh dengan si dia
- dimatikan dalam iman kepada Allah taala.

kepada kawan kawan / sahabat sahabat
terima kasih kerana mendoakan me dan memberi ucapan hari lahir kepada me.
terima kasih yang tidak terhingga dan smga Allah taala membalas jasa kalian.
terima kasih.

♥ Ceritera Kehidupan : Ramadhan Al-Mubarak ♥

as'salam dan salam sejahtera
sahabat handai / kawan kawan / rakan rakan / teman teman
bagaimana hari anda ?

pejam celik pejam celik
dah sampai pn Ramadhan yang di nanti-nantikan

jangan puasa yang yok je ya kawan kawan
jaga kata / jaga mata / jaga hati
jangan bergaduh / JANGAN MAKAN ! / jangan buat perkara lagha

banyakkan mengaji Al-Quran
banyakkan belajar tentang Islam
banyakkan bersedekah
banyakkan beribadah kepadaNya
banyakkan zikir kepadaNya
banyakkan doa kepadaNya

di kesempatan ini, me nak mohon seribu keampunan di atas kehilafan diri
secara sengaja atau tidak sengaja. bersama kita memperbaiki kelemahan diri.
bersama jua kita menunaikan Rukun Islam yang ke-3 dan mendekatkan diri dengaNya,
semoga mendapat barakah dari Allah taala dan diampunkan dosa olehNya.
insyaAllah.

♥ Ceritera Kehidupan : Mari Mencanteng dan Mewarna ♥

as'salam dan salam sejahtera
para bloggers / para pembaca / para pembaca senyap / para pengikut
apa khabar ? mcm mn hujung minggu kalian ?
hope semuanya OK!

me ? hujung mggu di umah sajo.
menyiapkan hasil seni canteng mencanteng.
me ditugaskan oleh bonda untuk menyiapkan cornices.
cornices digunakan utk membuat siling kapor.
as per kawan kawan tahu, umah me now dlm renovation.

bilik me dh siap. utk ruang tamu dan garage belom.
dapo dah siap juga. ruang keluarga masih belom bersentuh.
hmm.. a lot of thing to do. sob sob sob !

hasil cantengan yang bagaikan contengan. hoho !

kene pilih warna cat dinding.
uols ada cadangan dan advice x ?
untuk

ruang tamu
ruang keluarga
dan feature wall bilik me.

untuk bilik me pak ngah dah warnakan dinding bilik me dengan warna white coffee.
dalam perancangan me, me nk pasang wallpaper.
tp di bangkang sekeras-kerasnya oleh mamita. sob sob sob !
oleh itu me kene pilih warna gelap sedikit utk feature wall me.
kaler coklat gelap cantek dak eh ? apa pandangan uols ?
x sabar nk deco bilik me nnt. wee !

untuk ruang tamu dan ruang keluarga, me tatau nk pilih kaler apa.
adik beradik me pn pusing pikir nk kaler apa.
mamita and papito ask us to decide the color. they just bayar jep. hehe.
dapor umah me dindingnya di pasang dengan batu marmar penuh.
warna hijau lembut. cabinet dapor warna hitam. sgt kontras. hoho.
ada kesah di sebaliknya. malas mau pikir. jadi saket hati. cian mamita me.

kawan kawan yang budiman sudi sudi lah bagi pendapat.
terutama sekali yang pakar dalam ID. me ? mmg tatau pape.
haha.

p dot s: umah mamita me biasa biasa je. tiada yang menarik. tapi selesa utk kami sekeluarga.

♥ Ceritera Kehidupan : Aku SUKA Dia ♥

ATTN ! Please STOP my Musical at right side below.
 SCROLL DOWN !!!



siapa x kenal Ainan Tasneem. si gadis manis.
artis baru youtube yang berbakat.
me suka lagu ini. best dan sweet.

actually me sedang teringat kat someone. opppss sorry bintang !
kantoi. haha. x pe bintang me oke jep. he's coolio !

oke yang me dok tingat kat beliau ni, semua orang kenal beliau.
tapi beliau x kenal me. even me mana pernah wujud dlm hidup beliau.
masa me dengar something pasal beliau, hati me rasa sedih.
ntah lah. poyoskan ? pada hal x kenal pn beliau ni. kenal gitu gitu je.
cuma kadang-kadang ada kengkawan rajin update me pasal beliau. kenapa ?
me sendiri tatau. tp x kesah lah. nama pn bergossip. haish. bkn ngumpat ya. ngomel jep.
kadang kadang ada terbit rasa cemburu dalam diri me bila me dpt tahu sesuatu.
tentang diri beliau. tp me cpt istigfar. me dh jd tunangan orang. hehe.

terkadang diri ini terbuai dengan sifat angan angan yang x sudah.
me x nak jadi mat jenin. me nk jadi mcm beliau. eh ?
hehe. beliau inspirasi me utk berjaya. sb beliau sgt humble orangnya.
tidak sombong dan tidak bongkak. malah beliau gemar berkongsi tips kejayaan beliau.

"Don’t let the noise of other’s opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition."

gaga ! me bkn x nk amik tau pasal beliau tp me rasa x payah la kot.
me pn busy nk prep kan. busy dgn life me. beliau pn busy kemain.
menteri katanya. eh ? menteri kah ? x kot kan ? err... bukanlah tu. hoho.

lagu Aku SUKA Dia by Ainan Tasneem ni me kasi kat beliau lah.
walhal x de kene mengena pn. me cuma suka lirik lagu ni. haha.

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia

haha. agak mustahil la dia suka me kan ? me pn dah bertunang.
me sayang tunang me.
insyaAllah ada jodoh me akan mendirikan masjid dengan tunang me.
me doakan moga beliau di temukan jodoh yang baik dan solehah.
yang dapat menjaga beliau.
yang mencintai beliau sepenuh hati.
yang dapat menjadi tongkat dan tulang belakang beliau
yang sentiasa bersusah senang dengan beliau.
me sentiasa doakan untuk beliau. insyaAllah.

siapa pun beliau yang me maksudkan biarlah me shj yang tahu.
bintang me tahu kot. sb me suka ckp ckp pasal beliau dgn bintang.
bintang me oke je. sb we trust each other. dan sebenarnya yuna ia hanyalah fantasi.
dan me planning nk buat VC STD dgn lagu ni. me and my starinsky. yeehaa !
sweet x agak agak uols klu lagu ni jadi VC STD me ? hmm..
akan di pikirkan. kene tengok budget juga kan. haha.

oke la. klu me x stop skng lg bnyk la me lalut.
oke lah jumpa lagi sayang sayang ku.
me love my readers ! mwah !

"Rumah kaca boleh menjadi medium yang terbaik untuk kita melihat pantulan imej diri sendiri. Walaupun kita berumah batu, belum tentu ia lebih baik berbading rumah kaca. Batu atau kaca, asalnya tetap sama. Bumi yang sama, yang bertudungkan langit yang luas."

p dot s: me x de motip apa apa pun up entry ini. me cuma rasa me mahu menaip tentang dia. hmm..

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar