BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

Review #05: Hantaran Pihak Lelaki

as'salam sayang sayang ku.
sehatkah anda? skng musim hujan. 
musim demam gak ni. jaga kesihatan okeh?
sayang uols.

oke today I would like to share about the dowry from my husband to me.
wah gitu berbahasa inggeris. I'm look stupid when I speeak English.
miahahahahaa. oke abaikan.
last entry aku share pasal hantaran dari pihak perempuan kan?
so kali ni dari pihak lelaki plak lah.

jom usha apa patut.
mana tahu jadi sumber inspirasi.


sireh junjung.
seperti biasa semestinya ada sireh junjung.
kata pembuka bicara pemanis kata.
gitew kan. pilihan hati ku warna putih.
bunge mcm bunge ros. tp kata tokey kedai bunge tu kata bunge ntah aku tatau.
nampak sangat tak tumpukan perhatian pada si kata-kata.


cincin nikah aku dan mas kahwin ku.
eh mana pegi mas kahwin? tak nampak pun duit kat situ.
ye yeop! mmg tak de duit kat situ. sbnya... sbnya... sbnya...
aku pi letak kat tempat cincin nikah suami ku.
terbaekkkkk! naseb masa sampai kat masjid aku perasan yang mas kahwin aku takde.
tengok tengok kat dulang cincin suami ku. haih!
oleh itu OP snap gambo yang tak de mas kahwin. puas dah belek gambar.
tak de pun gambar cincin nikah ku bersama mas kahwin. sad!
sempat la tukar tempat mas kahwin sebelum akad dilaksanakan. mueheehhee.


gadget from Apple. iPad. 
hah lantak tak nak dengar kata. ku hangkut iPad.
patut amik iPad mini sesuai dengan aku yg ladies ni.
muntah! ku yg gatei mahu iPad. 
siap hentak hentak kaki berguleng di lantai mahu iPad.
si tunang melayan saja karenah gedik tunangnya. hahaha..
terima kasih suami (kini selamat bernikah) (^_____^)


telekung solat dan sejadah.
untuk menjadi makmumnya. si dia hadiahkan telekung dan sejadah.
alhamdulillah. I am happy to be his makmum.
semoga kami bahagia dunia akhirat hingga ke Jannah. aamiin.
ehem.. jiwang lak. ngee~!


set handbag and purse.
Coach pilihan hati. warna pink. kenapa pink?
aku pun tatau pasai pa aku pilih pink. hahaha.


perfume Floral by Gucci.
mmg suka bau hat ni. bau bunge bunge cinta gitu.
aku penggemar SJP tp untuk hantaran kahwin ku pilih ini.
cuba beralih wangian plak la. mana tahu oke dgn aku.
aku mmg suka bau bauan bunge ni. so mmg kene lah dengan aku. hehe.
bajet ayu la konon bau bau bunge ni. miahahaha.


baju sepersalinan.
macam yg aku cerita kat entry lepas, baju ni patut jadi baju nikah.
tapi jadi baju bertandang. haha. dari bulan Sept 2011 baju ni siap.
tapi sb tak jadi nikah 2011 postponed la pakai time bertandang ke Tawau.
kira oke la kan. dari dok membazir. nak jual sayang.
eh ada ke yang nak membelinya? ngee~!!!

so total 7 dulang dari pihak lelaki.
gubahan ni pun aku dan ipar ku yang buat.
tema warna cream, gold macam tu.
pearl biru pink tu bantai letak je sebenarnya. haha.
sb katanya tema belah lelaki warna biru.
so ku tabur la pearl biru.. pink sebagai penyeri.
kisahnya... hentam saja la mak enon! hahaha. janji siap!
ramai gak yang puji gubahan hantaran ni. siap mahu tempah agi dgn aku.
bhuahahahaha. ceit bangga diri plak. poyos!

oke tu je la.
mesti korang tertanya tak de duit hantaran ke aku ni?
ada ke tak de ke.. kami dah selamat bernikah. biarlah rahsia. haha.
alhamdulillah syukur nikmat. rezeki dari Allah.
kami dah pun selamat menikah.

XOXO.

Review #04: Hantaran Pihak Perempuan

as'salam sahabat blogger dan pembaca semua.
rajin kan sara update blog?
rajinlah sangat. *sarcasm* bhuahahahahaha!

oke.. nak review hantaran kami kami ni.
buat satu entry ke dua entry best?
rasa macam satu entry je. satgi nanti panjang kemain lak entry ini.
arakiannya berkenaan hantaran bermula begini..
gitew kau siap berarakian bagai.. layan kan sajok!

masa jadi b2b dulu. rajin gak wat research sal gubahan hantaran.
macam macam pesen ada. macam macam gaya.
semuanya berjurai ayaq mata kalau nk pi hantar gubah.
nanes T_______T mahai weh nak mengupah orang.
oleh itu.. untuk penjimatan yang jitu.. sara gubah sendiri.

masa diskas diskas nk wat gu mana.. mom bersuara.
"buat la ala juntai juntai menjuntai. mom suka!"
haa sudah. juntai juntai menjuntai?
gigih la si sara ni menggugel. kata semua di hujung jari.
hah apa lagi.. jenguk jenguk gak la gubahan juntai juntai tu.
dapat ilham. rupenya.. dalam blog sendiri ada buat research.
hah rajin lah klik sini weh!

so inilah hasilnya..
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


nampak tak yang berjuntai juntai tu? itu la gubahan juntai juntai menjuntai.
apa punya nama da. hahaha. 
so hantaran merah hitam putih tu dari belah perempuan.
yang baris depan kaler cream gold tu dari belah laki. 
kisahnya hat yang belah laki pun belah perempuan buatkan. hentam sajok la..

oke jom la tengok hantaran dari pihak perempuan.


sireh junjung.
sireh junjung ni dah macam wajib kan setiap kali ada hantaran.
orang kata adat. orang kata penyeri.
mana-mana lah janji hepi je perantin tu kan?
aku suka bunga ros so ku tempah la bunge ros. 
nak warna merah di kasinya hot pink.
hentam saja la labu. janji masuk dengan tema. gitewwww!


ini cincin nikah untuk suami.
cincin silver/perak permata delima pilihan hatinya.
ku ikotkan sajok. janji murah. bhuahahaha.
macam ikot temakan nak permata warna merah.
gud gud. "saya suka saya suka" - mei mei upin ipin


gadget from Apple. iPhone 5.
rugi beli iPhone 5 sb skng dah kuar iPhone 5s and 5c.
hurmm.. tak pe bukan den punyo.. si dia yang punyer.
hahaha. janji dia happy dapat ipong ni. idaman hati katanya.


sejadah dan kupiah putih.
sejadah beli kat Nilai masa otw balik dari kenduri Sha Vanilla di Seremban.
dah alang-alang tu singgah la menyopping kan diri di Nilai.
sejadah pilihan si jantung hati. warna biru gelap.
kupiah incik suami beli sendiri. sb sara tatau size kepala dia. haha.


sunglasses rayban ni last minit gak.
kisahnya nak cari jam fossil.
sampai sudah tak de yang berkenan. so rayban jadi pilihan hati.
ikotkan je lah janji suami ku bahagia. heehee.
siap pakai masa sanding. tgk lah gambar sanding sara dia dok pakai rayban.
panas katanya. dah macam zaman org dedulu pakai sunglass time sanding.


ini lak perfume Hugo Boss. 
dari memula sampai skng suami mmg suka perfume dari Hugo Boss.
pernah sekali hadiahkan beliau perfume Hugo Boss Edition hat botol bulat tu.
sampai skng ada lagi. jimat betol dia pakai. hehee.
perfume Hugo Boss bagi sara bau dia seksi and maskulin. wah gitu kan. haha.
dah aku yang dok cium dia hari-hari. bhuahahahaa..


ini sepasang baju persalinan.
actually ini baju nikah kitaorg masa tahun 2011.
tp sb tak jadi nikah tahun 2011 so baju ni dok la peram je.
ku simpan sampai tahun 2013 ni. ingat nak pakai baju ni as nikah.
tapi sb sara ni gatai nak pakai putih suci murni gitu.
baju yang ni pakai waktu bertandang. jimat la kat situ.
berapa lama baju ni simpan elok je. hahaha. kesian kami kan?


buah-buahan dan kek sebagai manisan.
kek tu beli pun last minute. tibai sajok la.
tak dan berhias kek tu. kesian. haha. semua pn dah penat sangat.
sara mmg dah pengsan awal malam sebelum hari nikah.
pagi-pagi MUA dah sampai umah. mmg tak sempat nak touch up.
tapi oke la tu kan. oke kan je lah... haha.

kesemuanya 9 dulang dari pihak perempuan.
yang tu kita cerita kat entry lain oke.
nanti panjang sangat entry ni. penoh gambar. haha.

gubahan ni sara dan adik ipar siapkan.
bersengkang mata siapkan. buat seminggu sebelum majlis.
bunga kain tu sara jahit lama dah. memula nak jadikan HB.
sudahnya ke dulang hantaran. cantik gak kan guna bunga kain tu?
senang je pun membuatnya. 
kalau sara rajin sara buat tutorial bunga kain tu ya.

XOXO.

♥ #06 BIG DAY : Gubahan Hantaran♥

nak cerite pasal gubahan hantaran. bukan barang hantaran ya kawan-kawan. jom check it out~!

 SATU : Gubahan Kotak Kotak Telus Pandang. ecece nama~!

Incik bintang said "ni limit nk letak barang syg. x muat nnt ni".
itu katanya. ini kata Cik Sara lak ni.
"ala saya yg nak kasi kat awak. barang2 semua muat la. sb semua tecik2. muahahaha"
jahatkan Cik Sara ni. haha. gila kedek beli barang tecik2 jep. x pn nnt buat smpi muat. lalalalalllaa. terus mendapat jelingan tajam dari incik bintang.

p dot s: dia x puas hati la tu barang2 dia semua size tecik dan muat dalam box tu. haha. saya beli yg kiut kiut ya incik. nnt senang nk menggubah. hehe. (^_^)v


 DUA : Cinderella Cage Berbunga Bunga

Saya suka tulang hantaran ni. hah kau tulang  tu. haha. oke la rangka. Rangka hantaran yang berbentuk seperti labu. nmpk cam fairytale kan ? cam english english gitu. wah poyo kau sara. haha.

Incik bintang ckp seperti sama di atas. x muat katanya. limited space nk letak barang hantaran. di REJECTnya seawal itu. haddoi.

p dot s: x pe la nk wat camne. cari lain nya style lak. nexttt...!!!!

 Credit Picture to hasil gigih mengugel.

 TIGA : Mangku ayun Bulat Bulat Mendalamnya CINTA.
nama sket nye koya. haha. nama bg sendiri.

Yang ini incik bintang tersgt la suka hati. dia suka sb open space. open air. lega bernapas katanya. ecece. poyo lak kau. oooppsss.. haha. dia kata x tertutup. semua nmpk. jelas terang dan nyata. yo lah incik. den ikot yo.

p dot s: nk DIY pn boleh ni. amik je mangkuk peyrex mak kat umah tu. haa kau hias la bagai. munge munge di taman umah pn ada kot. munge kertas. keskeskes~!


EMPAT : Bunga Beralas Sempoi Yo!

ini lagi melompat incik bintang suka. dia kata Simple Sempoi Santek. buat sendiri jep nnt. eh eh eh awak. nk saya buat sendiri ke ? masa di PPM SACC den jumpo la dgn Jemari Kreatif ni. masa ni la incik bintang ckp. 
"pegi belek2 rangka hantaran tu. lepas tu cari idea buat sendiri. senang kan ?" 
dok la den belek belek. den tahu. sonang yo ghupo. x susah pn. al-kisah.... saya ada penyakit M yg ssh nk dirawat. tempah je suda.

p dot s: ada masa den cari la bahan nk gubah. kata nk sgtkn hasil tgn bini. nah aku kasi nnt. haha. boleh ke aku buat nnt ? huhu. T_T

Credit Picture to Jemari Kreatif

LIMA : Juraian CINTA.
mmg x leh blah nama yg aku bagi. haha.

yang pesen ni omak den suko. di suruhnya juge den buat jurai jurai manik untaian begini. adeh adeh. ini la oden. di telan mati omak di luah mati bapak. abes cam mano ? x pe nnt den pikirkan mano patut den lotak untaian juraian manik. kot kot leh kasi hati omak den tenang. x di hantaran di tempat lain pn oke la kan mak ? weeee~! memandai yo aku ni ha.

Credit Picture to Jemari Kreatif

Haa tu je laa kot yg berkenan di hati nan satu menjadi duo. aku oke jep memana pn. jnji santek di pandang org. simple lg baguskan. x lah rasa semak bulu mata aku ni nnt tgk. haha. advice la cik Sara ni sket. apa2 yg perlu aku tahu sebelum DIY gubahan hantaran di jalankan. yg nk sponsor pn kene la alert ya. ecece pasan owh Sara ada ke org nk sponsor kau. haha. oke daa~!

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya telah Kau tetapkan jodohku, rezekiku, dan ajalku. Ku bermohon dari-Mu ya Allah, temukanlah jodohku dengan Helmizan b. Mohd Amin dan Kau permudahkan segala urusan perkahwinan kami. Jadikanlah perkahwinan kami sebagai ibadah kepada-Mu dan cinta di antara kami adalah kerana Mu ya Allah. Amin."

♥ #07 E-Day Story : Hantaran Pertunangan ♥

sorry la ya kawan-kawan, lambat review utk perihal-perihal semasa Majlis Pertunangan. HAHA. nk kata busy mmg pon. nak kata MALAS pn ya juga. nak kata x de masa cukop dah rasanya 24jam. HAHA. mana-mana la ya. aku mmg camni. menaip ikot mood. cam mood utk malam ni, mood keseorangan. bowink la tu. so menaip la karut-karut ni.

ni nk ceritera pasal hantaran semasa majlis pertunangan aku. simple je pn hantarannya. on the spot DIY by kak yah. jimat dan selamat haha.

from HER to HIM
1. Sirih junjung yang dah terlangkup. HAHA.
2. Bunga rampai semerbak harumannya.
3. Cuppies yang comel dan montel.
4. Biskut Famous Amos yang sket lg nk gelap. HAHA.
5. Puding sesedap rasa buah-buahan.
6. Choco Tudor Gold yang menawan hati.
7. Buah-buahan baik untuk kesihatan 


Itulah hantaran aku untuk incik bintang. 7 dulang hantaran semuanya made by kak yah. thanx kak yah sb sudi menghiasi mengubah dan membantu saya berjimat. hehe. maseh banyak-banyak pada kak yah. jom tgk dari bintang untuk cik bulan kembang setaman.


from HIM to HER
1. Tepak Sireh keemasan mengilau
2. Cincin 2 bentuk merisik dan bertunang
3. Kek Resipi Rahsia yang lazat.
4. Choco Ferrero bagaikan bebola api cinta.
5. Buah-buahan utk suruh cik bulan berdiet.

7 berbalas 5 dulang hantaran dari pihak laki. cukop la. banyak-banyak buat apa. juga hasil kreativiti kak yah. dedua hantaran kak yah yang gubah. hehe. pasti la utk berjimat. mana tak nya weh... dari Sabah x kan nak hangkut semua dulang itu. hehe. sekadar memenuhi syarat peminangan. waiceh. time kawen nnt camne la ya ? mari fikirkan bersama. jawapannya suda ada. pasti la buatnya di Semenanjung. hehe.

Simple but nice. mmg itu pn yg aku nk. x de la serasut sgt dgn hiasan. lain orang lain citarasanya. time kawen nnt aku nk letak atas dulang semata. haha. kompem kene parang ngan mak aku. katanya xde adab. haih la. mak nak kawen or kakak ? heehaa. apa pun nasihat aku JANGAN DURHAKA dgn cakap mak atau abah. padahnya kita yang dapat. aku dah merasa x kan korang pn nak merasa.

p dot s: entry durhaka yang di maksudkan adalah entry ini ♥ #02 E-Day Story : Kisah MUA ♥ baca ya kawan-kawan. jadikan pengajaran. hehe. 

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar