BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ Part #17 : Panggilan Telefon Misteri (Nenek) ♥


sorry lambat post. tenet prob smlm. haha. oke jom terjah. setelah part menyentuh hati di episode lalu abes di telaah ni sambung episode sedih lagi la kot. yok la baco. kami pn tatau sedey ke tidak. yg dh lepas meh SINI SINI SINI.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*nak tahu link asal boleh click pada setiap part*

Nota : Kisah Freddie ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Freddie, yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Freddie, hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita. 

Pada satu hari, waktu tu sy dah mula bekerja tetap di situ, tanpa sy duga langsung, Joana senyap2 pergi ke tempat sy, mengunjungi rumah sy, hanya kerana nak bagi kejutan di hari jadi sy. Kehadiran Joana amat tak dijangka, dan seperti yang sy dah agak, Joana terperanjat melihat keadaan rumah sy, jauh dari apa yg pernah sy ceritakan padanya. Sy rasa bersalah, Joana berasa tertipu. Salah sy, kalau sy berterus-terang dari awal, semuanya takkan jadi begini. Joana bertindak lari dari situ tanpa sempat sy memberi penjelasan apa2, Joana langsung tidak mahu berbincang.

Malam tu, Joana sms sy, dia cakap dia rasa terhina. Kalau sejak awal lagi, sy berterus terang pada dia, dia akan cuba terima, tapi bukan dengan cara yang begini. Sy rasa bersalah, betapa bodohnya sy selama ni yang menyangkakan Joana tidak akan menerima sy sebagai teman, kerana cara hidup yg begini, tapi jangkaan sy meleset sama sekali.

Beberapa hari, fikiran sy buntu. Sy rasa amat tertekan sehingga banyak kerja sy terabai. Pada satu malam, sy bermimpikan mendiang ibu sy, yang berpesan supaya sy jangan sesekali abaikan nenek sy, dialah nyawa dan cahaya dalam hidup sy. Mimpi tu menghantui sy selama beberapa hari, mimpi yang serupa, sehinggakan sy kerap pergi ke kubur mendiang ibu sy, buat presentation kerja sy di situ, tanpa sy tahu apa sebabnya. Sy tak dpt kawal semua tu dari berlaku.

Hari demi hari, sy makin tertekan atas sikap Joana yang dah mula berubah, asyik mencari kesalahan sy, menuduh sy macam2 tentang pelbagai perkara yang tak pernah sy buat. Atas kerana sayang sy pada Joana sangat menebal, sy dah jadi tak menentu apabila Joana bersikap dingin. Hal di tempat kerja pulak, makin terabai. Sy memang bodoh kerana jadi hamba cinta sampai begini sekali.

Keadaan menjadi semakin buruk, bila 2 orang staff di tempat sy berhenti kerja secara tiba-tiba. Dorang ada bagitau, tak tahan dengan sy yang berubah sikap dan kadangkala dirasuk sesuatu yang bersuara seperti wanita tua. Sy terpinga-pinga, sy tak faham semua ni. Tentang kejadian dirasuk, sy sendiri tak pasti apa puncanya, sy tak ada jawapan untuk itu.

Untuk mengelakkan semua masalah berlarutan, sy ambil keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah ke Australia, kerana Joana melanjutkan pelajarannya di sana. Sy mahu berjumpa dengan Joana, hanya dengan satu niat, untuk melamar Joana. Sy akan datang pada Joana dengan diri sy yang sebenar, bukan lagi Freddie yang mewah seperti yang dikenali Joana selama ini. Sy nekad, jika Joana menolak lamaran sy, sy tidak akan berkata apa-apa lagi, untuk mendesak, jauh sekali.

Beberapa hari sebelum sy meletak jawatan, Puan Nasha berterus terang pada saya, tentang notis perlucutan jawatan sy atas sebab disiplin. Sy secara sukarela meletakkan jawatan, tanpa bertanya apa2. Sy kecewa, sy rasa semakin jauh dengan dunia yang sepatutnya sy berpijak sekarang. Sy tahu keputusan sy ini, bukan kehendak sy sepenuhnya, tp kerana Joana, sy sanggup lakukan. Sy mahu buktikan pada Joana, betapa ikhlasnya niat sy untuk bersamanya.

2 hari selepas berhenti kerja, sy masih lagi keluar seperti biasa, berpura-pura ke pejabat, kerana nenek sy tak pernah tahu. Sy cuma tak nak dia risau, nenek dah tua. Sy mula menguruskan apa yang perlu, untuk ke asutralia. Sy merancang untuk berada di sana dalam 3 hari,hanya untuk berjumpa dan melamar Joana.

Tetapi, pada nenek, sy tidak pernah maklumkan. Sy cuma berpesan pada nenek, mungkin sy perlu outstation, kalau sy tak balik dlm 2 atau 3 hari, jangan risau, sy cuma outstation, tapi sy janji pada nenek, sy akan call dia selalu. Nenek pun percayakan sy, seperti selalu.

Malam sebelum sy bertolak ke Australia, sy tidur agak lewat. Sy masih memikirkan apa ayat yang sesuai untuk melamar Joana nanti, sy dah mula tak keruan. Disebabkan sy rapat dengan Puan Nasha yang dah sy anggap mcm keluarga sendiri, sy sms dia, bagitau tentang perancangan sy nak melamar dan berkahwin. Sy mintak tolong dari Puan Nasha, sekiranya nenek sy ada call, tolong jangan bagitau yang sy dah pun tak bekerja di situ, sy takut nenek terkejut, dia dah tua. Sy berjanji pada Puan Nasha, sy akan explain pada nenek sebaik saja saya balik dari Australia nanti.

Keesokkan harinya, sy bangun agak lewat. Kelam kabut kerana takut terlepas flight, panggilan nenek dari dapur tidak lagi sy hiraukan kerana bergegas untuk ke airport. Tanpa bersarapan dan mengambil bekal yang selalu nenek buat setiap pagi, sy terus melangkah keluar dari situ.

Nenek menelefon sy,sewaktu sy di dalam perjalanan.

"Bekal tak bawa ke?Tghari nanti makan luar?"
"Sorry Nek, dah lambat. Nanti kalau sempat sy balik makan, tp tak payah tunggu"
"Ok, balik tengahari nanti. Kau tu ada gastrik, jangan bagi nenek risau"

Sy cuma cakap ok, itulah kali terakhir, sy dengar suara nenek... ya, kali terakhir ..

Bersambung...
p dot s: rasa cam nak hantuk pale ke dinding x ? sb tgh tgh syiok baca tetiba bersambung. haha. ada x rasa cam nk lemang lappie korg atau desktop korg laju laju ? hahaha tgu la next episode eh. sayang korang.

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar