Seorang pemuda mahu wanita yang didampinginya yakni isteri yang boleh memberikan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan rumah tangganya. Maka sesuailah wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut, baik akhlaknya, budi pekertinya, dan bicaranya. Akan tetapi wanita seperti itu sukar diperolehi kerana perubahan zaman kepada era kemodenan telah menyebakan sifat-sifat kewanitaan mulai terhakis sedikit demi sedikit saban hari. Maka lahirlah wanita-wanita yang mempunyai sifat-sifat yang tidak diminati lelaki. Disini saya telah mengolahkan 9 sifat wanita yang tidak diminati oleh para pemuda terhadap seseorang wanita.
Gambar Sekadar Hiasan |
Pertama : wanita cemburuSuka akan cemburu merupakan sifat yang pertama sekali yang tidak diminati oleh seorang suami dari isterinya. Cemburu disini merujuk kepada keraguan atau kurang kepercayaan. Para suami meminta akan sebahagian sifat cemburu itu untuk memperkuatkan ikatan cinta mereka, akan tetapi mereka menolak ketidak percayaan (keraguan) yang boleh menimbulkan pelbagai permasalahan dalam rumah tangga. Para suami menginginkan kepercayaan dari isteri mereka tetapi tidak perlulah berlebih-lebihan sehingga setiap langkah mereka lalui perlu dicerita dan diungkapkan.
Kedua: wanita EGO seperti ratuAdapun yang kedua adalah wanita yang ego seperti ratu, yang ingin berkuasa, inginkan cinta suaminya hanya kepadanya semata-mata, kepatuhan, dan sentiasa tunduk hanya kepadanya sahaja. Dia akan marah melihat suaminya lebih mementingkan orang lain atau mencintai selain darinya. Seperti cemburu kepada sanak saudara, atau teman-teman suaminya. Tindakan seperti ini kadang-kadang boleh menimbulkan banyak masalah. Dengan sikap sedemikian itu, isterinya telah mengehadkan keperibadian suami, ini akan menyebabkan timbulnya permasalahan dengan sanak saudara dan teman-teman suaminya. dengan sikap seperti itu, isterinya telah menjadikan suami kurang selesa dan boleh ketahap benci dengan kehidupan rumah tangganya. Sikap seperti itu bukannya dikatakan cinta tetapi lebih kepada penguasaan, pemilikan. Maka wajib bagi isteri ini untuk melakukan perubahan dan sedar akan tingkah laku tersebut. Tidak mungkin si suami akan terlepas dari kerabat saudara mara dan teman-temannya dan begitu juga sebaliknya.
Ketiga : Wanita derhakaYaitu isteri yang tidak redha dengan kehidupan rumah tangganya. Dia sentiasa membantah dan membangkang akan suaminya tentang segala sesuatu. Isteri seperti ini tidak bersikap “gonaah” iaitu menerima apa seadanya, sentiasa mahukan tambahan dan lebih dalam segala sesuatu. Dengan sikap seperti ini, dia telah memberi satu tekanan terhadap suaminya bagi memenuhi kesemua keinginannya. Dia tidak peduli dari mana dan bagaimana si suami boleh memenuhi kesemua tuntutannya, apa yang penting baginya adalah kehendaknya tercapai dan dipenuhi. Isteri seperti ini dikatakan jenis perosak rumah tangganya sendiri. Dia hanya mencari kebahagian hanya untuk dirinya sahaja terutama dari segi harta dan bukannya cinta. Dia tidak menjaga suami dan rumah tangganya. Pada kebiasaanya keadaan seperti ini akan berakhir dengan penceraian.
Keempat: wanita yang lalai dan alpaWanita seperti ini tidak layak untuk digelar isteri. Dia langsung tidak menaruh perhatian terhadap suami dan rumah tangganya. Tidak berusaha untuk memenuhi kehendak dan keperluan suaminya. Di sini si suami merasakan tidak mendapat perhatian dan isteri tidak mencintainya atau seperti diri suaminya tidak wujud. Kadang kala boleh menyebabkan si suami bertindak kasar terhadap isterinya bagi tujuan membetulkan keadaan. Akan tetapi jika si isteri tidak berubah juga, maka akan sulit bagi suaminya. Hal ini menjadikan si suami tidak menaruh perhatian terhadap isteri dan tidak mesra dalam segala hal dan boleh berakhir dengan perpisahan. Maka mulai sekarang, sebaiknya isteri mula memberikan perhatian dan memainkan peranan mereka terhadap suaminya.
Kelima: Wanita yang bersifat keanak-anakkanYaitu wanita yang sukar untuk berdikari yang suka bergantung kepada ibunya, dan terikat dengannya, bersandar kepadanya dalam segala hal. Dia tidak mampu melaksanakan tanggungjawap. Kebanyakan ibunyalah yang membuat keputusan dan menentukan segala perkara berkaitan dengan rumah tangganya. Maka anak perempuannya seperti kanak-kanak yang dibawah asuhannya semasa kecil. sifat seperti itu, dia tidak layak menjadi seorang ibu bagi anak-anaknya. Si suami merasakan seperti dirinya menikahi ibu mertuanya kerana ibu mertuanyalah yang banyak membuat keputusan dalam menentukan, dan mengaturkan segala urusan rumah tangga meraka. Maka wajib bagi isteri seperti itu belajar memikul tanggungjawap dan bertindak seperti wanita yang dewasa yang digelar isteri dan ibu kepada anak.
Gambar Sekadar Hiasan |
Keenam: Gadis yang mengabaikan Tugas Rumah TanggaPada era moden ini, ramai para wanita yakni isteri yang berkerja atau berkerjaya dalam bidang masing-masing. Memang tidak dapat dinafikan sesetengah pekerjaan memerlukan perhatian yang penuh dan serius. Akan tetapi terdapat perbezaan diantara isteri yang berkerjaya dan isteri yang mengabaikan tanggungjawap rumah tangganya. Terdapat banyak isteri yang bekerja, tetapi mereka dapat melakukan segenap pekerjaan rumah tangga dan memberikan perhatian terhadap berbagai keperluan suami dan anak-anak mereka. Isteri seperti ini tidaklah mengabaikan tanggungjawapnya terhadap keluarga. Maka isteri haruslah bijak menyeimbangkan antara kerjaya dengan suami dan anak-anak. Janganlah menjadikan faktor kerjaya punca berlakunya ikatan kekeluargaan itu tidak mendapat perhatian, kasih sayang sehinggakan si suami merasa kehilangan kemeseraan akhirnya menyebabkan permasalahan dianatar suami isteri.
Ketujuh: Gadis yang Lemah dan berputus asaIsteri seperti ini pada kebiasaannya pasrah dengan keadaan persekitarannya dari segi keluarga atau teman-temannya. Dia cepat berputus asa dan tidak ada motivasi untuk membaiki pulih keadaan dan lemah untuk membuat keputusan dengan dirinya sndiri. Dia lebih kepada menyendiri dirinya berbanding berbincang atau mengadakan musyawarah atau memberi pendapat. Sifat yang lemah, menurut kata, dan tidak boleh melaksanakan tanggungjawap. Punca berlakunya perkara sedemikian adalah keluarganya sendiri yaitu sikap keras si ayah, dan diamnya si ibu. Maka suami pun kehilangan teman yang boleh di ajak berbincang dan memberi nasihat. Isteri perlulah mengatasi perkara seperti ini sebaik yang mungkin bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.
Kelapan: Gadis yang cepat berburuk sangkaAdalah tidak baik bagi isteri yang mempunya sifat seperti ini dimana si isteri mudah untuk mengambarkan suaminya dengan gambaran yang tidak bagus.sebagai contohnya, apabila suaminya lambat tiba dirumah apabila sudah tamat waktu bekerja, si isteri meyangkakan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Apabila si suami mendapat menyakit, si isteri mula menjauhkan dirinya dan mengabaikan tanggungjawapnya. Isteri semacam ini akan mendorong suami khawatir dan was-was.
Kesembilan: Gadis yang mengejar SempurnaYaitu isteri yang suka akan kesempurnaan dalam segenap perkara sehinggakan berlebih-lebihan, ini boleh menyebabkan si suami dan jiran tetangga merasa kurang selesa atau jengkel. Tabiat seperti ini membuatnya bertindak melulu-lulu dalam kehidupan rumah tangganya. Dia menginginkan kesempurnaan dalam semua hal yang dilakukannya. Contohnya, sentiasa mengikuti perkembangan fesyen, baru 5 bulan membeli almari yang baru, dia mahu tukar yang baru kerana ada keluaran yang baru. Perkara seperti ini memungkinkan si suami akan bertindak keras akan perbuatan isterinya. sekalipun perbuatan itu untuk kepentingannya, dan dia tidak lagi mementingkan keredhaan istrinya.
Wahai sahabat ku, sekarang, carilah untuk dirimu, sifat manakah dari kesembilan sifat tersebut yang kamu miliki ? Kemudian bersihkanlah dari dirimu agar kehidupan rumah tanggamu selamat dan bahagia. Bersama kita berkongsi bersama merubah kepada kebaikan. Artikel ini utk peringatan kepada diri sendiri juga. Selamat Beramal !
nice sharing yaw!
ReplyDelete@dhiera tq dhiera for visiting :)
ReplyDelete