BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

ILMU #18 : Petua Menambah Rezeki Kekayaan


Apa yang korang tahu tentang rezeki ?? Adakah korang hanya tahu rezeki tu dalam bentuk wang ringgit sahaja ?? Meh aku akan terangkan konsep rezeki tu macam mana. [mohon advice jika ada salah silap dalam perbahasan informasi]

Konsep rezeki ni sebenarnya lebih luas definisinya, bukan sahaja sekadar wang ringgit atau harta kekayaan. Contohnya mcm ni:
  • mendapat cahaya mata itu pun dikira rezeki
  • mendapat isteri / suami yang baik-baik itu juga dikira rezeki, 
  • sihat tubuh badan itu juga dikira rezeki, 
  • subur tanam-tanaman itu juga dikira rezeki 
serta pelbagai lagi bentuk rezeki yang Allah turunkan kepada kita.

Sebelum kita pergi ke Petua Menambah Rezeki Kekayaan, kita semak dulu perkara-perkara yang menghalang rezeki kita:
Perkara-perkara yang menghalang rezeki:
  • Meninggalkan solat lima waktu
  • Tidak mengingati Allah
  • Tidak membayar zakat
  • Makan riba
  • Banyak melakukan dosa besar
  • Makan harta anak-anak yatim
  • Bercakap bohong
  • Berasuah. Tidak kira menerima atau memberi rasuah.
  • Derhaka kepada ibu dan bapa
  • Suka mengadu-domba
  • Membuat fitnah
  • Kedekut akan ilmu yang diperolehi
  • Membiarkan ahli keluarga derhaka
  • Mengadu-domba
Selepas kita dapat mengelakkan hal-hal atau perkara-perkara yang membuatkan rezeki kita terhalang seperti mana diatas, kita liha pula cara-cara atau petua-petua bagaimana mendapatkan rezeki yang melimpah ruah.
Petua Menambah Rezeki Kekayaan:
  • Menunaikan solat dengan penuh khusyuk.
  • Rajin melakukan solat dhuha, laksanakan setiap hari. Pintu rezeki akan terbuka dan dilapangkan dada.
  • Melakukan solat sunat taubat dan beristigfar. Hati yang bersih akan menarik rezeki.
  • Mengerjakan solat Fajar dan Witir di rumah. Tidak membincangkan soal keduniaan selepas menunaikan solat Witir.
  • Rajin melakukan solat malam walau 2 rakaat.
  • Banyakkan membaca Al-quran (Surah Al-Mulk / Surah Al-Muzammil / Surah Al-Lail) . Kalau tak sempat bacalah sekurang-kurangnya 10 ayat.
  • Membaca surah Al-Waqiah. Baca pada waktu tengah malam terutamanya ketika orang lain sedang tidur.
  • Bersedekah. Ustaz Azhar cakap kalau perniagaan seseorang tu tak laku kalau dia bersedekah insyaalah akan laku semula.
  • Memberi makan kepada binatang / haiwan dengan seikhlas hati.
  • Mengeratkan silaturahim serta juga dapat memanjangkan umur seseorang itu jika mengamalkan sikap bersilaturahim sesama manusia. InsyaAllah.
  • Taat akan perintah Allah.
  • Mengamalkan doa-doa pemurah rezeki.
  • Berpagi-pagi. Menurut Rasulullah s.a.w berpagi-pagi adalah amalan yang berkat. Selepas subuh lakukan aktiviti sedikit sebanyak jangan tidur pulak.
  • Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.
  • Banyakkan bersyukur kepada Allah.
  • Banyakkan berselawat ke atas Nabi Rasulullah SAW.
  • Tawakkal kepada Allah.
Renung-renungkan dan Selamat Beramal !

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar