BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ ILMU #15 : Rahsia Ayat Pengasih Nabi Yusuf ♥


love to share this to all my beloved out there. 
but please do not use this verse to the case which is not good

Marilah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah... teruskan.. Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluar dan sahabat handai.

Surah Yusuf Ayat 4
"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39
"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih / isteri / suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

2 comments:

  1. salam..kalau orang yang kita suka tu jauh macam mana caranya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya terdapat doa yang diajar dalam Islam supaya sentiasa dikasihi. Ada juga doa melembutkan hati sesiapa sahaja tak kira suami, isteri, anak atau sesiapa sahaja.

      Di sini ada doa >>
      Doa Pengasih, Pelembut Hati daripada al-Quran dan Hadis Nabi

      Delete

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar