BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

♥ RESEPI : Biskut Almond London ♥

as'salam dan salam sejahtera
kawan kawan / teman teman / sahabat handai
me x nk celoteh panjang. me nk share resepi wajib tahunan.
haha. macam apa je kan. siap beracara tahunan.

oke this recipe is forever favorita. me and my femmelive.
tiap tahun WAJIB ada ya time Raya !
kalau x bancuh sendiri, tunjuk tunjuk je kat kedai. haha.

oke jom tgk apa resepinya.

BAHAN A:
250 gm butter
 2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan nestum yang dikisar halus
1 biji kuning telur
badam yang dipanggang secukupnya
badam cincang / chocolate rice (untuk hiasan)
papercup (warna hitam is so exclusive gayanya ! wee !)

BAHAN B: (topping)
coklat masakan
2 scoop (sudu besar) Butter (untuk mengilatkannya)

*Cairkan coklat masakan + butter dengan menggunakan kaedah double boiler.


CARA-CARA:

1. Pukul gula icing + butter sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur.
dan pukul lagi sehingga sebati

2. Kemudian masukkan tepung gandum + tepung jagung + nestum

3. Uli adunan menggunakan tangan sehingga menjadi doh.
pastikan doh tidak melekat pada tangan

4. Ambil sedikit doh, letakkan badam panggang di tengah-tengahnya.
dan bentukkanlah sesuka hati uols. me ? bujur sudah cukop. haha.

5. Alaskan loyang dengan kertas minyak. bagi mengelakkan ianya melekat.
bakar pada suhu 180'c selama 15-20 minit (bergantung pada oven ya)

6. Sesudah masak sejukkan biskut pada suhu bilik.

TOPPING:
Celupkan biskut dalam bahan B satu persatu dan masukkan dalam papercup.
Hiasi biskut yang bersalut coklat dengan badam cincang / choc rice

dan hasilnya !
taraaaaaa... !


SELAMAT MENCUBA !

6 comments:

Thank you for dropping by my humble blog.
And thank you for drop some comments.
May Allah bless your life. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar