BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Sabar itu indah

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta.Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]
Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..
Smile
Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..?

Atau Bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;
“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]
Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia ‘pergi’ dari kita.
Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok; semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?”
Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.
Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu ‘menegur’ kita dengan cara tersebut.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.” – [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?
Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.
Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Firman Allah swt;
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].
Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.
Allah swt berfirman :
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Jangan bersedih.. bersabarlah..
Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.

Halfway baked, baby kicking and 2nd test MGTT

As'salam semua. Pa habaq?
Sehat? Hope hangpa sehat la noh!

Oke.. Now my baby already halfway-baked.
I've hit the half-way mark of this miraculous journey.
And I am enjoying this pregnancy journey.
It's awesome!!!

Alhamdulillah mommy and baby sehat walafiat.
Repeat MGTT at 21weeks and the result was good.
Normal tapi still kene berjaga-jaga. Sebab aku 'sehat' sangat.
Haha. And happy sebab tak kene buat BSP. Mihmihmih!

Result sebelum minum air gula: 5.4/mmol
Result selepas 2jam minum air gula: 7.5/mmol

Range result:
Sebelum minum air gula - < 5.6/mmol
Selepas 2jam minum air gula - < 7.8/mmol




Aku dah dapat rasa baby kicking.
Tak sure bila aku dapat merasainya untuk pertama kali.
Cumanya tak silap aku masa 18/19 weeks aku ada rasa 'blup blup' dalam perot aku.
Now dah 24weeks memang sangat aktif.
Aktif ber'bellator-MMA' dalam tummy mummy. Haha.

My baby akan sangat aktif bila aku rasa aku lapar.
Bila lapar je dia mesti kick boxing perot aku.
Mcm bgtau kat mommy dia yg dia nak makan.
Lepas je makan... Elok dia berdiam diri.

So far takde lagi istilah terjaga tgh malam sebab baby kicking.
Buat masa ni lah. Kalau ada pun sebab SPD yang aku alami.
Bila nak kalih dari kanan ke kiri, kiri ke kanan.
Pubic bone aku akan rasa nyilu dan sengal sengal.
Itu memang membuatkan aku terjaga dari tido.

Kawan kawan doakan mommy and baby sihat dan sentiasa dilindungi Allah taala ya. Doakan juga moga-moga aku dapat bersalin secara normal. Aamiin.

Jumpa lagi. Tata.

Kantoi urine.. I'm not happy with the result

Kemainkan title.
Kantoi urine.
Apa? Ingat kantoi urine ada dadah ke?
Haha. Ini kantoi urine untuk ibu-ibu mengandong oke!
Urine ibu-ibu mengandung yang tinggi gula.
Macam aku lah. Huhu.

Seawal 18 minggu kene buat MGTT.
Tasuke tasuke tasuke.
Dari awal pregnancy memang takot bebenor kalau kantoi urine.
Sebab.. Family history ada Diabetes Mellitus a.k.a Kencing Manis
Tu yang dedebor je kalau buat urine test.

Minggu ke-18 buat check up kali ketiga.
Kantoi urine ada gula +2.
Dan juga naik 2kg dalam sebulan.
Arakian kene minum air gula lah.


Ini hah air gula yang diberi.
Perisa oreng.
Sedap kemahin.
Sekali teguk je.
Rasa macam air oreng mirinda.
Tapi kurang gas.

Result sebelum minum air gula: 5.8 mmol
Result selepas 2jam minum air gula: 7.1 mmol

Range result:
Sebelum minum air gula - < 5.6 mmol
Selepas 2jam minum air gula - < 7.6 mmol

Nurse bagitau borderline.
Tapi doc bagitau consider as GDM Pregger.
Aku terlebih sikit je kat result sebelum minum air gula.
And... I'm not happy with the result.
Huhu. Nangis.
Kene tukar tag kat buku pink.
Dah jadi kaler hijau.
Arrgghhhh.. Tasuke tasuke tasuke.

Next.. Repeat MGTT lagi pada minggu ke-20.
Kita tunggu dan lihat je lah apa keputusannya.
Sekarang ni pun masih terasa down.
Am not happy at all.
Sebab.. Kene diet control.
Selamat berdiet lah puan Sarah oit!

Review #10: Wedding Doorgift

As'salam semua.
Ampun terselit plak review pasal wedding.
Baru perasan tak rivew lg pasal doorgift ni.
Haha. So ni lah storynya.
Mana tahu dapat memberi inspirasi buat bakal pengantin.

Let's check them out!


This is my wedding doorgift.
Biasa biasa je.
Penoh makanan. Haha.

🍃 choc chip cookies by Lè ZAR
🍃 kerepek bawang by makngah Miah
🍃 marshmallow by Ruby
🍃 tasbih by us
🍃 small note book by cuzie


Sedang dimuat-masuk ke dalam box.
Gigih adik adik aku siapkan 500 boxes.
500 je jemputan aku.
Alhamdulillah cukop semuanya.


Dah siap packing.
Dah siap susun kat tepi sudut rumah.
Ready untuk agihkan kepada para tetamu.
Terima kasih banyak-banyak lah kat dayang-dayang aku.
Tanpa depa.. Doorgift tak dapat disiapkan.
Keje last minit memang ke cenggini.
Esok hari besarhari ni kalut dok packing.


Last but not least.
Terima kasih kepada yang menjayakan majlis ku.
Dah masuk tahun kedua perkahwinan.
Masih tak abis review.
Mohon ampun la ya. Hihihi.

Daa~



1st trimester yang ohhsome!

As'salam dan salam 1 Malaysia.
Hamboih.. Kemain intro nya.
Haha.

Seperti yang tertulis di tajuk entry.
Nak share pengalaman 1st trimester.
Yang tersangat lah ohhsome!
Kenapa? Sebab saya ini menade orangnya.

Gambar scan sewaktu usia kandungan 12 minggu.
Masa scan ni.. Baby aktif sangat. Omey angat!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Selepas setahun penantian kami.
Syukur sangat ke hadrat Ilahi.
There is a lil munchkin inside my womb.
Subhanallah.

Kat sini sarah share pengalaman di sepanjang 1st trimester ni.

1) morning sickness yang biasa-biasa saja. 
- Muntah angin tu bagaikan teman karib di sepanjang 1st trimester.
- sangat jarang muntah isi perut. Setakat weekkkkk wekkkk angin je la.

2) selera makan yang sangat berselera
- selera makan alhamdulillah sangat bagus.
- suka makan makanan masam-pedas.
- alhamdulillah boleh telan semua makanan yang dihidangkan.

3) sensitiviti yang tinggi terhadap bau-bauan.
- owh yang ini sangat teruk. Tak boleh langsung nak ada bau-bauan.
- sangat tasuke dan boleh mendatangkan wekkk bila terbau orang masak.
- arakiannya daku langsung tak masuk dapur. Incik suami je la tapau.
- sangat tasuke pada bau-bauan wangian atau parfume atau seumpama.
- incik suami pun bertabah tak pakai perfume.
- alah dengan bau umah sendiri. Bhuahahahaa..
- naseb bau incik suami ku boleh terima. Mihmihmih.
- tapi sangat suka dengan bauan citrus. 
- oreng / lemon / limau kasturi / lime / limau gedang

4) super BIG M
- ini paling teruk. Ku asyik membuta je.
- super duper malas.
- malas segala benda. Basuh baju, jemur baju, lipat baju, gosok baju, ngemas umah, basuh pinggan, masak apatah lagi dengan sensitif baunya. Haha.
- semuanya pun MALAS! mengada sangatkan?
- Semua pun incik suami buatkan. Hikhikhik.
- tapi.. Kalau tak dikerah oleh incik suami memang tak jalan lah kerja2 umah.
- kebanyakkan kerja mesti buat sama-sama. Nanti naik lemak lak badan.
- makasih kat incik suami yang sudi menghulurkan tangan meringankan beban. Ecehwah!

5) sakit kepala yang berpanjangan
- ini sangat sengsara.
- pagi petang siang malam asyik pening kepala.
- asyik berdenyut je kepala.
- tengah solat pn boleh tumbang.
- ku hanya mampu bertahan. Tekanan darah agak rendah.

Ku senaraikan 5 je lah dulu eh.
Nnt kita tengok lak apa cer 2nd trimester.
So far itu je lah yang ku rasai di sepanjang 1st trimester.
Oke lah nanti ku update lagi eh untuk 2nd trimester.

Sayonara. Amigos adios.
Bubbye.

Alhamdulillah.. After a year waiting

Scan ni sewaktu usia kandungan 6weeks.
Nampak kantung dengan egg yolk.

Alhamdulillah.. Doa kami di kabulkan Allah taala.
Terima kasih ya Allah.
Selepas setahun penantian kami.
And this is the best present sent by Allah to us on our 1st anniversary.
Thank you Allah. Thank you Allah.

Actually.. By the time this entry has been posted..
I'm already 21weeks. Alhamdulillah..

Kenapa tak announce awal-awal?
Tak de sebab yang spesifik.
Cumanya mahu ada sedikit privasi.
Tp sekarang perot dah kedepan..
Tak dapat nak sorokkan lagi. Hehe.

Selepas ni bakal menyusul entry-entry di sepanjang kehamilan yang telah aku draft lebih awal.
Jangan lah pulak kalian kebosanan membacanya.
Haha. Setiap apa yang berlaku di sepanjang kehamilan ku, ku kongsikan di sini.
Doakan mom and baby selamat dan sihat sehingga melahirkan ya. Aamiin.

Oke lah.. Jumpa lagi nanti. 

Xoxo.

Love To Exchange Link

As'salam dan Salam Sejahtera

To all my fabulous friends, bloggers, BBF and readers
Knowledge and friends is invaluable thing. 
So for those who are not in my links, 
please leave your link in the comment section of this entry. 
and i will definitely link and follow u back. 
Thank you very much. XOXO~!

INSYAALLAH


Al-Fatihah untuk arwah abah

hari ini hari kelahiran abah.
tanggal 4 Disember 1957 abah di lahirkan.

SELAMAT HARI LAHIR ABAH

kalau ikut perkiraan hari lahir abah, hari ini genap umur abah 57 tahun.
tapi abah terlebih dahulu meninggalkan kami pada
18 Oktober 2014 pada usianya 56 tahun 10 bulan 14 hari.

sebenarnya abah dah lama sakit.
hampir 4 tahun lamanya abah sakit.
menjalani operasi by pass jantung.
3 kali seminggu perlu menjalani hemodialisis.
perlu mengawal gula dalam darah.
juga perlu mengawal tekanan darah abah.

penyakit empat serangkai.
itulah yang abah tanggungi selama hampir 4 tahun itu.


ketika bawa abah bercuti.
jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.


kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya.
sesuatu yang sangat romantik yang sangat membahagiakan kami.


abah tersenyum pada saat aku di ijabkabul.
wali ku. abah ku. hero ku.


raya terakhir aku bersama abah.
rindu bau abah. rindu nak cium abah. rindu nak pelok abah.

ketika abah menghembuskan nafas terakhir, aku tiada di sisi.
masih dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Shah Alam.
2 @ 3 hari (aku tak ingat) aku ada telefon mak bertanyakan khabar abah.
mak cakap abah sihat. makan berselera. pipi pn dah naik. badan pn dah berisi.
alhamdulillah.. abah semakin sehat.

Tapi Allah lebih sayangkan abah.
Al-Fatihah untuk arwah abah.
Semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
Aamiin. 



Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar