BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

La Tahzan ~ Rezeki

La Tahzan ~ Rezeki

"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."

"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."

"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."

"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. 
kite sebaya kan.."

"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."

- - - - - - -

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?

Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?

Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?

Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. 
maka sebab itu dia masih tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. 
maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, 
maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

- - - - - - -

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. dan jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. 
Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. 
Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah,

mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.

mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.

mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.

mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. 
Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu.. tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah.. Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

TIPS: Beraya di rumah mertua

Wahai Suami Yang Baru Berkahwin
(Untuk yang merancang bawa isterinya beraya di kampongnya)



1. Dicadangkan, jika ini pertama kali berhari raya sebagai seorang suami, eloklah beraya di kampong rumah isterinya. Kerana dengan beraya di rumah isteri, ini akan melegakan isteri itu dan dapat memberi dia peluang menyesuaikan diri sebagai isteri di rumahnya sendiri berhadapan dengan orang-orang tidak asing bagi dirinya. 

2. Tetapi jika anda mahukan juga hari raya pertama di kampong anda, bermakna bagi isteri anda, ini adalah pertama kali dalam sejarah dirinya berhari raya di rumah orang lain. 

Oleh itu pasang niat sama-sama iaitu beraya di kampong ini utk menghiburkan ibu, ayah dan adik beradik di kampong.

Kemudian ikutilah tip ini agar dapat mengurangkan stres isteri anda semasa dia berada di rumah kampong anda.

2.1 Ceritakan kepada isteri anda "budaya atau amalan" ibu ayah abang kakak anda adik anda semasa menyambut hari raya. Agar dia boleh mengambarkan keadaan yang akan berlaku nanti.

Contohnya: Ibu anda akan bangun awal2 ke dapur belum subuh untuk menyediakan juadah seisi keluarga untuk makan pagi sebelum ke Masjid. Jadi eloklah cadangkan isteri anda juga bangun awal membantu ibu mertuanya ini. Kalau tidak diberitahu, dia akan rasa malu apabila dah bangun tengok juadah pagi tersedia di atas meja.

2.2 Jika anda tahu yang ayah dan ibu anda adalah manusia yang gembira mendapat hadiah semasa anak2nya pulang ke rumah. Maka eloklah bincang dengan isteri untuk membeli hadiah untuk ibu dan ayah anda. Dan suruhlah isteri anda yg menyerahkan hadiah itu kepada mereka sebaik sahaja tiba di rumah. Perbuatan ini akan membuka hati dan minda positif terhadap menantu barunya ini.

2.3 Jika ibu anda jenis yang suka memasak untuk keluarga, maka inilah masanya isteri anda mesti di dapur bersama ibu mertuanya untuk mempelajari cara masakan dia. Janganlah pula anda asyik ajak isteri memerap di dalam bilik 24jam (maklumlah sedang berbulan madu) dan keluar bilik hanya untuk makan. Ini memberikan persepsi yg tidak baik. Isteri anda pun tidak selesa.

2.4 Pastikan semasa keluarga mara datang bertandang atau beraya, anda juga ada bersama isteri untuk melayani pertanyaan dan memenaminya. Dia rasa lebih selamat dengan kehadiran anda. Apa lagi kalau loghat atau bahasa yang keluarga anda gunakan amat asing baginya. Di sini peranan anda adalah sebagai penterjemah untuknya. Jika anda tiada, ini menambah stres walaupun senyumannya terus terukir dibibir.

2.5 Jika anda bercadang berjumpa kawan2 lelaki sekampong, elok jangan bawa isteri anda bersama. Ini akan menyebabkan dia tidak selesa kerana tajuk perbualan anda dengan teman-teman lelaki sekampong tidak sesuai dan mungkin menyinggung perasaan dan emosinya. Minta kebenaran isteri jika anda ingin berjumpa kawan2 lelaki dan tetapkan tempoh waktunya. Ini melegakannya kerana dia tahu di mana anda berada dan bila anda akan pulang.

2.6 Jika ada orang bertandang, cepat2 keluar bilik bertemu mereka bersama2. Jangan sorang melayan sorang lagi dalam bilik. Walaupun tetamu datang diluar waktu melawat.

2.7 Jika timbul isu yang boleh menjadi krisis, eloklah bincang berdua di dalam bilik untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan mematah cakap dia atau membangkang pandangannya di depan orang lain walaupun di depan ibu anda.

2.8 Tempuh jangka hari yang sesuai tinggal di rumah mertua ialah 3 malam sahaja. Bagi isteri, jika lebih daripada itu akan menyebabkan dia stres. Bagi lelaki tiada masalah sama ada rumah kampung isterinya dan apalgi rumah kampungnya.

Cukuplah setakat ini.. 
Selamat menyambut AidilFitri. 
hati hati di jalanraya semasa memandu. 
ingatlah orang tersayang. 
xoxo.

Sedap bau ketiak suami.. eh?

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki / suami boleh mengaktifkan hormon wanita / isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki / suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.


Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….like seriously!!!

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki / suami, janganlah shave ketiak anda sampai togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita. Selamat Mencuba!

Mahram bagi perempuan

click untuk tumbesaran.

bersama kita berkongsi dan jadikan ia sebagai panduan dalam kehidupan.
sayang semua. XOXO~!!!

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik

jangan lupa amalkan ya.
selamat cantik semua. (^_______^)
Wallahu’alam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب)
"Dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya"
(and Allah knows the right)

PIXAJOY :: SoftCover PhotoBook @ RM10

woohoooiiiii. hah!
murah bebenor rasanya SoftCover PhotoBook dari PIXAJOY.
dengan 20 muka surat.. harganya hanya..


wallllaaahhhhh~!!!
terbaik wookkkkkkkkkkk.
wooot woootttt.

sapa tak kenal PIXAJOY kan?
rugilah korang kalau tak grab dari skng.
sgt rugi owh~!!!.

klik gambar utk lihat promonya.
rugi hoih tak grab. nampak tak promo tu?
sangat jelas dan nyata kan?
tgu apa lagi jom beli manyak-manyak.
special utk yang gila camwhore. bhuahahhaa.

gua dah rembat 2.
special utk nikah dan sanding.
lu bila lagi babe?

Persediaan Perkahwinan Yang Wajib Diketahui



PERSEDIAAN PERKAHWINAN YANG WAJIB DIKETAHUI
~ Dipetik dari Suami Isteri Bahagia

1. Memilih jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing-masing seperti yang diterangkan sebelum ini.

2. Memilih bakal isteri
Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan.

3. Memilih bakal suami
Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W. menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-Beragama
-Berakhlak mulia
-Beradab
-Mempunyai harta dan keturunan mulia

Diantara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga.

4. Meminang
Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Mas kahwin
Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan.

Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis:
  • 1. Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis:
    - Mahar musamma al-Mua'jjal
    Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan segera.
    - Mahar musamma al-muajjal
    Mas kahwin yang disebut semasa akad, tetapi dibayar secara tangguh dan hutang.
  • 2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan sandara perempuan isteri...

6. Hantaran
Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara'.

7. Kenduri kahwin

Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Mengadakan majlis kenduri sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu.

Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita untuk menempuhi dan melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan.

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

sekadar perkongsian bersama.
Wallahu’alam bissawab - Dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.

BR1M - Pendaftaran Online

as'salam dan salam sejahtera.
haha. tajok nampak cam x menarik bukan ?
tp... me dah mengikuti Bajet 2013
oleh itu ia sgt bermakna kepada me. 
harharhar~!!!

*drum roll*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
oke cukop !

tanggggg taraaaaaaaaaaa..

haha. semua yang di hitamkan adalah sulit.
kahkahkah!
yeay yeehaaa! aku dah mendaftar utk BR1M.
ini duit.oleh itu duit adalah bermakna.
bukanlah me berajakan duit. tp bila rezeki Allah nak bagi.
harus terima dengan hati terbuka.

• Isi rumah yang layak (RM500):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

• Individu yang layak (RM250):
(i)  Warganegara Malaysia;
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.


• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.

• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

haa... yang di merahkan itulah selayaknya utk me. alhamdulillah.
rezeki dari Allah. kalau layak syukur kehadrat Ilahi. kalau dapat lah.
kalau x dapat x pe mgkn bukan rezeki ku.
apa pun kita harus bersyukur. insyaAllah ada untuk rezeki kita.
Aamiin.

p dot s: jom daftar. (^________^)V~!

Tips Perkahwinan


Diet Pemakanan Rasulullah SAW

as'salam dan salam sejahtera
hari rasa teringin sangat nak share berkenaan

Diet Pemakanan Rasulullah SAW.

insyaAllah dapat memberi kita panduan dalam meneruskan sunnahnya.
insyaAllah.


haa faham x carta di atas ni ?
JANGAN MAKAN gabungan makanan seperti dalam carta tu ya.
mudah je kan.

Beberapa jenis bahan makanan dan minuman serta petua yang diamalkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW, iaitu :

1. Barli – Minum air barli baik untuk melegakan dan mengurangkan kepanasan akibat demam.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah yang dikatakan berasal dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan 
perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat, mengubati cirit birit dengan dibancuh menggunakan air panas, membuka selera, menguatkan perut serta membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi menyatakan susu baik untuk membuang panas badan, menguatkan bahagian belakang badan, memperbaiki tisu otak, memperbaharui tisu mata dan mengurangkan kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan, merawat radang perut.
– Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun ( Trend yang popular di restoran Itali )

10. Delima – Membersihkan tubuh dari unsur-unsur syaitan serta bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air (seeloknya air masak)– Jika dahaga hendaklah disedut atau diminum perlahan-lahan. Jangan diteguk berterusan kerana ia mendatangkan potensi dihinggapi penyakit pada hati.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1.Suka minum susu.
Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan protein, kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang. Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis. Zat-zat lain yang terdapat dalam susu ialah fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2(riboflavin) dan Vitamin D.

2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasaman nya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga mampu mencegah kanser.

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti) mereka memakan tamar.

8. Buah tamar
Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi telah meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang dimakan oleh Baginda SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin. Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,

Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dari jenis mentimun.
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit. Madu kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan keradangan.
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan(An-Nahl: 68-69)

12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan.

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum lah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Rasulullah SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Rasulullah SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garpu ataupun chopstick.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

16. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolesterol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghadaman dan proses metabolisme gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.

17. Berpuasa
Selama sebulan pada bulan Ramadan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.

Jadi, jika kita kaji semula dari apa yang ditinggalkan oleh amalan Rasulullah SAW yang cukup indah ini, pasti kita akan mengerti kenapa, pelbagai sakit misteri, kronik semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kita kini. Ini semestinya kerana, kita lupa untuk meneladani amalan atau tabiat pemakanan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Akhir kata, mari kita renungkan bersama-sama sabda Rasulullah SAW:


Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya, barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.-Hadis Riwayat Huzaifah


Wallahu’alam bissawab - Dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.

Pure Marine Collagen dari Tawau, Sabah

as'salam dan salam sejahtera.
hari ni rasa syiok lak nak share sesuatu.
iaitu tentang PURE MARINE COLLAGEN.
uols mesti dah dengarkan keberhasilan Pure Marine Collagen ni.
ia datangnya dari Tawau, Sabah. senang ckp dkt kawasan Semporna lah

wah bangga bah aku.
mentang-mentang tunang ku orang Tawau, Sabah.
haha. oleh itu my sis-in-law bantu me utk mendapatkannya.
dengan harga yang sangat berbaloi-baloi.

dalam packaging. belom buka.

Rumpai Laut disukai oleh banyak masyarakat tempatan sebagai rawatan alternatif semulajadi untuk meningkatkan tahap kesihatan dengan mengawalselia peredaran darah,  meningkatkan kecergasan dan menentang asid lemak. Selain itu, ia juga bagus untuk mencantikkan kulit, anti-penuaan, osteoporosis, mengawal tekanan darah tinggi / rendah, mengawal tiroid, penyakit vaskular, gangguan pencernaan dan sebagainya.

Rumpai Laut juga membantu mengawal berat badan kerana ia hanya menyediakan 5 hinga 20 kalori dalam satu hidangan. Dan hampir tidak mempunyai lemak di dalamnya. Ia juga mengandungi fiber yang boleh membuatkan kita merasa kenyang dan mengelakkan kita dari terus mengambil makanan untuk kunyah-kunyah. haha.

Fungsi-fungsi dan kebaikkan Rumpai Laut (hasil gugel):

• KAYA DGN OMEGA-3 YG AKAN MEMBUAT KULIT KENYAL DAN KENCANG.

• MERAWAT MASALAH KULIT

IODINE YANG TERDAPAT DI DALAMNYA DIKATAKAN MAMPU MEMPERBAIKI FUNGSI KELENJAR THYROID SEKALIGUS MENCEGAH PENYAKIT SEPERTI GOITRE (KELENJAR THYROID MEMBENGKAK).

MENGENCANGKAN / MELICINKAN KULIT

• MAMPU MERENDAHKAN KADAR ACIDIC DALAM MAKANAN YANG DIAMBIL, JUSTERU SESUAI DIMAKAN BERSAMA NASI DAN LAUK-PAUK BERPROTEIN YANG MANA KEDUA-DUANYA BERSIFAT ACIDIC. CONTOH MAKANAN YANG MENGGUNAKAN KONSEP INI ADALAH ONIGIRI DAN SUSHI.

• KENAPA SIFAT ALKALINE DALAM RUMPAI LAUT ITU TINGGI? ANTARANYA ADALAH DISEBABKAN KEHADIRAN MINERAL YANG TINGGI DAN PELBAGAI DI DALAMNYA, MENCUKUPI UNTUK KEPERLUAN MANUSIA. TAMBAHAN, RUMPAI LAUT ADALAH ANTARA TUMBUHAN YANG MEMPUNYAI BANYAK MINERAL DIDALAMNYA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SAYUR DARATAN YANG LAIN. ANTARANYA IALAH KALSIUM, KALIUM, ZAT BESI, MAGNESIUM, IODINE, DAN ZINC.

KAYA DENGAN SERAT, MESKIPUN STRUKTUR KOMPOSISINYA TIDAK SAMA DENGAN TUMBUHAN/SAYUR DARAT. INI SECARA LANGSUNG MAMPU MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH SI PEMAKANNYA.

• BERSIFAT ANTI-MUTAGEN DAN ANTI-OKSIDAN, JUSTERU MAMPU MERENDAHKAN KADAR KOLESTROL DAN MENCEGAH KEDATANGAN PENYAKIT SEPERTI KANSER DAN PENYAKIT JANTUNG.

• BEBERAPA JENIS RUMPAI LAUT BERTINDAK SEBAGAI AGEN DETOX. TERDAPAT KOMPONEN DI DALAMNYA YANG MAMPU BERGABUNG DENGAN METAL TOKSIK DALAM SISTEM PENCERNAAN KITA, LALU DINYAHKAN SECARA SEMULAJADI.

• EKSTRAK RUMPAI LAUT (FUCOIDAN) JUGA DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN PIL DIET. PIL DIET TERSEBUT MAMPU MEMBUATKAN KITA RASA CEPAT KENYANG APABILA MAKAN DENGAN SEDIKIT.

• MULA DIPERKATAKAN DALAM DUNIA KESIHATAN SEJAK BEBERAPA PULUH TAHUN YANG LALU, SEDANGKAN IA SUDAH MENJADI SEBAHAGIAN DIET ORANG TIMUR, TERUTAMA YANG MENETAP DIPINGGIR PANTAI, SEJAK BERZAMAN LAGI.

RUMPAI LAUT (SEAWEED) ADALAH SEJENIS TUMBUHAN YANG HIDUP DALAM PERSIKATARAN SEMULAJADI AIR LAUT. ANTARA JENIS RUMPAI LAU YANG SESUAI BAGI TUJUAN KOMERSIAL IALAH ENCHEUMA COTTONII DAN ENCHEUMA SPINOSUNM DAN JUGA YANG BIASA DI TANAM DI NEGARA KITA DAN JUGA ASIA TENGGARA.

CARAGEENAN YANG TERDAPAT PADA RUMPAI LAUT ADALAH BAHAN TERBAIK YANG DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGENTAL ATAU GEL YANG BIASA DIBUAT KUIH SEPERTI AGAR-AGAR.

RUMPAI LAUT JUGA KAYA DENGAN SUMBER MINERAL KERANA IA HIDUP DI LAUTAN. ANTARA ZAT MINERAL YANG TERKANDUNG DI DALAM LAUT IALAH KALSIUM, SODIUM, MAGNESIUM, POTASSIUM, ZAT BESI DAN ZINK. RUMPAI LAUT TURUT KAYA DENGAN VITAMIN SEPERTI VITAMIN A DALAM BENTUK BETA KAROTEN, B1, B2, B6, NIASIN, VITAMIN C SERTA FOLIK ASID.

IA JUGA DIPERCAYAI MEMBANTU MENINGKATKAN KESIHATAN RAMBUT DISAMPING MENGATUR SISTEM METABOLISME, MENINGKAT ALIRAN DARAH, MENGAWAL SISTEM METABOLISME, MENINGKAT KEREMAJAAN KULIT DAN MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN MENTAL DAN TUBUH. RUMPAI LAUT JUGA ADALAH SUMBER PROTEIN DAN SERAT.

♥ Kebaikan Kolagen Asli ♥

-Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON,

-meningkatkan keanjalan PAYUDARA

-MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)

-membuang TOKSIN

-Menghilangkan SEMBELIT

-Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension

-MENCANTIKKAN KULIT,

-anti bakteria

-Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)

-Menormalkan fungsi kelenjar tiroid

,-mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT

-Membantu meningkatkan METABOLISME

-Meningkatkan fungsi penghadaman

-Membantu menghapuskan nefritis, artritis, basal

-Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT

-Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu-Berkesan bagi orang-orang yang mempunyai saket sarcoma atau TUMOR

-Mencegah ANEMIA Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamenserta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya

-SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang

wah bestkan khasiatnya.
dari alam semulajadi lg tu.
masih perlu pengiktirafan dari KKM kah ?
wah sudah kompius aku ni. takot juga mahu mencuba.
tp anggap sajalah macam ikan. haha boleh ?
sebab dia dari laut dalam. macam ikan mackerel lah.
nyum nyum nyum.

nak tengok keberhasillannya pada tubuhku ?
nantikan lah ya. baru je nak mencuba.
kalau oke akan ku suggestkan pada kalian.
uols uols tunggu iols cantik dulu k. kuikuikui~!!!

jom tengok gambar

dah kuar dari packaging ini lah rupanya si Pure Marine Collagen ni

bau agak hanyir. so kene rendam. cuci dengan air asam dan rendam dgn daun pandan.

kita close up sket lah. haa gini lah sebelum masak. nnt dh masak next entry.

oke next entry tgu ku tempek ke wajah dan ku telan sbg minuman.
dan bakal ku kongsikan resepi PMC ni. haha.
owh owh. PMC ni ada pelbagai gred tau.
yang kaler purple ni gred AAA.
kalau kaler kuning tu gred AA.
err.. xde lak contohnya.

oke lah. nantikanlah ya resepi PMC ku.

jom cantek bersama cik Sara. kuikuikui~!!
kulit gebu mulus putih lepak. oke dah bai!

p dot s: kalau iols jadi penjual PMC ni ada tak uols uols nak beli ? hehe. survey dulu :)

Kisah Acai Berry ABC

as'salam dan salam sejahtera.
sekali lagi me insomnia.
xleh tido. so ada lah entry untuk tgh malam.

kisah Acai Berry. hmm...
me juga hampir terpedaya dengan keberkesanan produk ini.
namun berat hati untuk men"transfer" duit kpd peniaga.
asyik delay je nk buat bayaran.

picture credit to Amira Studios
one fine day.. my friend ada share something di FB.
me baca lah. kisah Acai Berry ni.
tidak mendapat pengiktirafan dari KKM.
agak terkejut. tp me mcm wat duno je la. sb x beli kn.

pastu timbul semula setelah sekian lama.
my friend WhiteyMommy share this article di FB.

{click link for more info}

ada sorang blogger juga berpengalaman dengan kisah Acai Berry ni.

picture credit to Amira Studios
{click picture for more info}

bila baca kat Amira Studios pnya blog, rasa scarynya.
kesian hubby Amira. naseb cpt bertindak balas.
ya Allah lindungilah mereka yang teraniaya.

me dulu pn hampir terpedaya. tp alhamdulillah.
Allah Maha Pelindung.
me agak gems lah jugak dan mmg nk turunkn berat badan.
maklumlah nk menikahkan. aamiin.
tp berat hati nk beli. oleh itu me ambil supplement lain.
tp yg tu ada pengesahan dari KKM yep. alhamdulillah.
hehe. utk kecantikkan dalaman dan luaran. eceh.

syukur juga sb wlpn x makan Acai Berry ni, berat mula mengurang.
mgkn keadaan kehidupan yg menyebabkan me mengurus. eceh.
apa pun kawan kawan bloggers / readers di luar sana.
jangan mudah terpedaya dengan tipu helah peniaga yg hanya mahukan keuntungan.
sila semak segala nala kemestian pengesahan atau pengiktirafan dahulu.
especially barangan ubatan ni. berbahaya tauhu!
harap kalian di lindungi oleh Allah taala.

berhati-hati ketika membeli belah. eh ?
okelah. dah melalut nampak gayanya ni.
oleh itu. SELAMAT MALAM.

Sorotan Bajet 2013

as'salam dan salam sejahtera.
jom kita revise balik Bajet 2013.
hewhewhew~!!!


dapat la jugak tempias sikit-sikit.
moga sentiasa di bukakan pintu rezeki.
insyaAllah. Aamiin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar