BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Showing posts with label bridezilla mode. Show all posts
Showing posts with label bridezilla mode. Show all posts

I am so speechless

sad? yes i am.
bridezilla? nope.
start from  now on, 
i will do what necessary need to do.
no exciting. no support. no nothing!

up to them what they want to do.
for me.. there is nothing perfect.
just let the wind blow..
may Allah bless me.
aamiin.


Entry bosan. Jangan baca!

as'salam semua. apa khabar?
oke mmg dah berkepuk debu dan sesawang kat sini.
lately mmg rasa mood terbang melayang untuk update.
ditambah lagi dengan keadaan bridezillas yg masih belum surut.
oleh itu, semua entry tergendala. sedih!

tak tahu nak mulakan dari mana.
banyak citer sedih datang bertimpa-timpa.
sangat serasut dua tiga empat lima minggu ni.
hah! sebulan kau aku dok serasut. sobs.
yes mmg pun. mood nak preps pn tak de.
semua ku biarkan sepi di perosok lemari.
tak de semangat. tak de mood. tak de minat. semua pun tak de.
hilang ntah ke mana. terbang melayang dan pergi.

incik bintang pun pening melayan karenah tunang dia yang omey angat ni.
sampai dah tak tahu nak pujok macam mana.
benda kecik pun nak gaduh. huhu.

terasa seperti orang sekeliling tak supportive.
semua semua pun lah.
rasa semuanya amik endah tak endah je dengan majlis aku.
so aku pun so so je lah.
sampai rasa dah fed up. rasa macam tak payah kahwin!
rasa macam nak pergi jauh je. tapi tatau ke mana.
semua pun sekarang rasa macam tak de pape.
it's just nothing! kosong kosong (gaya najwa latif nyanyi)

skng ni perasaan bercampur baur. 
aku tak tahu nak describe macam mana.
menyampah meluat melugai nak muntah nak nangis
semak samun lemas rimas kusut serabut serasut
benci tak suka marah bengang bangang blueekkkkk!
hah.. tak tahu nak kata lah. semua pun dok ada.
hak yang negatif ja pun semuanya. tak da la haih yang positif. sad!

dengan contest yang dibatalkan tanpa pemberitahuan secara official.
main diam camtu ja. buat penat aku tempek 3 bulan.
cuba habaq mai awal-awal. tak de lah bengang sangat. hurmmm..
tak pa lah RM350 tu aku nak buat pa? nothing. semak ja pun semua.
kalau tak tanya haram aku tak tahu. itu pun mujur ada blogger text aku.
hampeh hampagas penyedut habuk betol la!
tak pa lah suka hati depa la nak buat gu mana pun.
depa kan terhebat! aku ni tak dak apa pun. poyo je. suka hati hangpa la.

ada sat gi yang sentap. ada gak satgi yang pi report.
haha. lemas betol aku dengan kaki retort ni.
sibuk bebenor hal orang. hal sendiri pun dok tunggang langgang.
kalau depa baca sendiri tak pa la. tapi buat pa nak terasa kan.
dah hangpa tak salah. aku bet la ada inbox sat ni masuk nnt.
just whatever! hah.

lama dah aku tak merepek dalam blog aku ni.
entry merepek luahan perasaan. bukan lah aku sebal sgt dengan dorg tu.
benda lain lagi ada yang buat aku lebih sebal.
tapi termasuk sekali la kebengangannya tu. sobs.
nak wat gu mana angin puting beliung melanda. hurmm..
tiap benda aku buat pun semua serba tak kena. adui la jiwa
pasai apa la dok kalut sangat. tak yah lah nak berdrama sangat sara oit.
huhu. sangat sedih. hurmmm..

tatau la apa aku repek ni.
korang yang baca jangan ikot aku camni lah.
leklok wat keja. leklok wat preps.
moga majlis korang berjalan dengan lancar dan penuh barakah.

oke tu je lah bai. sedang mengalami kesengalan di pagi hari.
hurmmmmm...

p dot s: minta ampun minta maaf lah kepada yang terasa hati dengan entry aku kali ni. tak da apa pun lah. luahan perasaan je pun. sayang semua. XOXO!

Wordless Wednesday: mode of bridezillas


Yes No Maybe

tinggal lagi bbrp bulan. ehem.
now dh start runsing.
dh start rasa mcm ragu-ragu.
dh start tak percaya kat orang.
dh start bride-zilla mode.
dh start pening pening nyamuk.
dh start tarik tarik rambut. eh?

haa.. bnyk tak dh start tu?
banyakkan.


bila g jumpa vendor.
diskas diskas itu ini begitu begini.
end up tak dpt kata putus.
hati ckp dorg ni syiok sendiri.
hati ckp dorg ni propa lebih.
hati ckp dorg ni dh kenapa? aku yg nak kahwin ke kau ?
haa camtu sekali tau.

pastu pastu.. bila tak dpt decide which vendor,
ngadu kat bintang. bintang bg kata semangat je.
sb dia busy. kerja kerja kerja.
ok saya paham kehendak perkhidmatan.
alhamdulillah rezeki Allah bagi utk kami.
have to accept gak la walau mcm mana pn kan.
pasrah je bunyikan. sobs sobs sobs.
abes takkan nak aku berguling guling tenggiling lak.
minta dia cuti dan sama-sama cari vendor.
mmg tak dapat lah jawapannya. T___T

hari hari rasa nak nanes.
rasa nak jerit kuat kuat.
rasa nak hantuk pale kat meja study.
bila ada yang berkenan, tetiba rasa tak yakin.
yg dorg boleh deliver ke tak.
kenapa ada 2nd thought?
cuba kalau dh decide tu terus je kepada stage seterusnya.
kan senang. mudah kerja.

DIY pn tergendala.
sb mood lari lintang pukang.
pegang je jarum benang gunting.
ngeluh. cebik muka.
cecemik muka mcm nk kene lempeng.
bungkus balik masuk kotak.
sudahnya tak ke mana DIY aku tu.
tak de lah doorgift utk orang yang dtg sudahnya nanti.

mana perginya kekuatan dan semangat aku ni.
dulu kemain beria nak DIY itu ini.
yang satu ni pn semput nak buat.
apatah lagi yang lain-lain tu. Allah hu akhbar.

now mood pn dh ke mana.
taip entry ni pn muka cecemik.
hati banjir. kememe betul aku ni.
k lah nak tido. esok bnyk lg tugas untuk 11 Feb 2013 ni.

selamat malam gegula hati. sayang semua.
XOXO~!!!

♥ Ceritera Kehidupan : Kata-Kata ♥




















AMARAN X BERAPA KERAS !
ini ceritera BORINK ! oleh itu x payah la baca. pangkah je lah window tu.
dan juga ini BUKAN ENTRY SIMPATI !

hari semakin hari berlalu begitu sahaja. bulan berganti bulan. tahun ke tahun. kini sudah masuk usia tahun ke-3 perkenalan kami dan tahun kedua pertunangan kami. lamakan kami bertunang ? oke jgn tny kenapa. rahsia Allah tiada siapa yang tahu. itu jawapan yang sebaiknya.

saban hari aku memikirkannya. ntah apa la yang aku pikirkan. senak kepala otak. air mata toksah cakap la. dh kering kot. dengan pelbagai andaian org buat. ahhh persetankan ! tp kuatkah aku utk menyetankan kata kata nista itu ? owh Tuhan padaMu ku berharap.

sekali lagi semuanya bersangkut paut. ajal maut / jodoh pertemuan / rezeki semua dari Allah taala tapi jika tiada usaha tidak jugak kita dapat. pelbagai cara dan usaha aku lakukan. doa dan tawakal aku serahkan kpd Yang Maha Esa. udahnya belum sampai masa saat dan ketika apa nk kecoh. Allah itu Maha Mengetahui dan tahu yang terbaik buat hambaNya. apakah itu merupakan kata-kata "penyedap hati" ? 

juga terkadang rasa diri ini bagaikan sudah berputus asa. patah harapan. hancur musnah segala impian. astagfirullahalazim.. sepertinya tidak mempercayai pada Yang Maha Kuasa. sepertinya tiada keimanan di dalam diri. bagaikan layang layang yang putus talinya tiada hala tuju mengarah dan hanya pasrah. owh tidak ! saya mencari kelemahan diri. ya ! masih banyak "hutang" saya padaNya. dan mgkn ini adalah pembalasanNya di duniawi. akhirat belum tentu sendiri tahu.

baiklah. dengan keadaan dan situasi yang di alami kini memberikan aku satu pengajaran. pengajaran dalam kehidupan dan hubungan. mencari keberkatan itu penting agar kehidupan lebih barakah. dan hubungan itu di redhai Allah taala.

syukur alhamdulillah walau seberat mana ujian yg kami alami, aku dan tunang sentiasa saling mengingati. bukanlah aku riak membangga diri mempunyai tunang yang memahami akan tetapi dia lelaki istimewa dlm kehidupan ku KINI. selepas ini aku tidak tahu. apakah masih bersama di akhirat kelak ? apakah aku bidadari yang tercipta untuknya ? wallahualam.

wlupun mempunyai kesefahaman jati diri, pertelagahan itu ttp wujud. kewujudan pertelagahan menjadikan aku dan dia lebih matang dalam mengurusi soal hubungan. lebih mendekatkan diri utk mengenali diri sebenar masing-masing ! terkadang diri ini terasa terlalu amat sensitip. perkara kecik je pun. melarat sehingga tegar untuk memulangkan cincin pertunangan. apakah ???! ya.. itu aku ! mengamuk bagaikan tiada akal. nyanyok !

oke la. sampai sini saja dulu. kalau ada lagi adalah kot. klu x de jgn pulak menunggu. ku harapkan kalian doakan kesejahteraan aku dan tunang. moga di satu dalam ikatan yang sah di sisi Allah taala. terima kasih ku ucapkan. salam.

♥ #18 BIG DAY : Wedding Shoes Part. 3 ♥

hye sayam sayam ku sekalian. my lovelies BBF, my soulsisters BBP, my readers, my followers, my silent readers and not forget my stalkers. haha. oke itu sebenarnya nak cover topik hari ni. perihal kasut je dh makan smpi part3. x teragak kan ? huhu. kali ni mmg ceritera meroyan sket. pasal kasut x habes2 aku dok meroyan kan ? apa jadah sebenarnya ? aku pntatau la apa jadah sbnrnya. pasrah dan redha je lah.

utk story mory part one pasal wedding shoes aku ni [♥ #10 BIG DAY : Wedding Shoes ♥] haa kisah entry tu berkenaan BIG NO TO WEDDING SHOES by incik tunang. ko gila x de kasut kahwin. wah kasut pn kahwin. haha. tidak la gila klu x de kasutkan. tp x kan aku nak sarung kasut sukan atau kasut skolah kn. harus la ada la jugak 1 dari x de lgsg kasut yg meriah alam yg x pernah di pandang dek org kan. idak le aku terkilan terkempunan nk sarung kasut relip relap di hari berbahagia aku. sila lah klik link kat atas tu kalau nk tauhu lebih lanjut ceritera tu.

utk yang part two lak, [♥ #12 BIG DAY : Wedding Shoes Part. 2 ♥] plak berceritera pasal KEIZINAN YG DI BERI UTK MEMILIKI KASUT KAHWIN oleh incik tunang. masa ni mmg aku dok la senyum simpul sb dh dpt gween light dari incik tunang utk ada kasut sanding. sapa x rasa nk lompat bintang klu dh ada kasut yg berkenan utk majlis sandingnya dan di beri keizinan pula oleh bakal suami. huih aku mau x lompat bintang lompat katak pn ado. haha. pnya la sexcited kan nk ada kasut sanding. hah klik la link tu. then rajin rajin la baca ya. heehaa~!!!

yang kali ni pnya ceritera lak kisah KASUT KAHWIN KU HANCUS. waaahhhhh sgt bikin aku mahu bertukar jadi hulk hogen je nih. dah la mendelaykan tarikh penghantaran, ada plak penambahan rega, sekali tgk kasut mcm budak tadika buat projek Kasut Idaman ku. main gam gam and tampal tampal je. wah bikin gwa hangin satu badan. pssstttt... korang nk tgk ke hasil kasut tu ? kisahnya aku rasa tersgt sedih bila tgk gmbr yg di MMS kan oleh beliau kepada aku. huhu. jom la baca kisah aku tu.

NOTE: tiada kene mengena yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. H bukan nama sebenar. perbicaraan ini adalah secara chat dan di gubah mengikut kesesuaian pemahaman.

Cik Sara : "H**** x sama pn as per my request. kasut tu i tgk mcm full covered jep (patutnya transparent lace) means x de pn part yg jarang tu. ribbon tu besarnya. ya Allah disasternya kasut I. jauh dari sangkaan. it's totally different H****. it's not like what i want. i hope u can do something. mcm tu ke kasut nk pakai wedding ? H**** u org yg pakar dalam bidang ni so u need to do something."

H**** : "tu yang i nak touchup balik ribbon tu. i nak tukar ribbon tu and kecikkan. dont worry. i akan touch up balik ribbon tu. i betul betul x expect kasut akan jadi mcm ni. i akan contact shoemaker i n fix balik benda ni sarah. i akan makesure lace tu transparent"


Cik Sara : "i x nak kasut mcm tu. oke. i gv u a time till 29 Oktober (still bagi masa tu. baik hatikan Cik Sara ni). klu x dpt fix balik the prob. i want my money back!!! pls la H***** i trust u to do something special on big day. turn up dia mcm ni ke ? u delay masa, i can accept coz i understand u're busy with ur job ur event or whtever it is. tp kasut mcm ni u nk kasi i pakai. it's a BIG NO!!!!!"

oke mmg mengamuk sakan aku waktu itu. tp still boleh control lagi la. siap bg masa lagi. dh la lewat dua bulan. lagi nk bg masa kan. bukan apa aku pn x nak lah push sb takot jadi lagi teruk. tp as customer aku dh bg bnyk consideration. melampau la kan smpi disaster mcm tu. mmg out of my expectation. sgt sgt sgt sgt TERsgt jauh dia pnya pembuatan tu. aduiyai. sgt geram oke. mmg aku x leh nk tolak ansur lagi lah. dua hari slps kejadian ini, dia call aku bgtau pasal kasut. dia ckp shoemaker dia x nk bertggjwb. dia bg aku 2 options. 
  • Option 1: pulangkan duit aku
  • Option 2: dia tukar ribbon tu. 
dia kata dia dh jumpa ribbon yg sesuai utk kasut aku tu. terus aku ckp aku nk option 1. pulangkan balik duit aku. aku tidak akan pakai kasut sebegitu di majlis aku. owh kejam kah aku ? huhu. Alhamdulillah aku dpt balik duit aku tp aku masih x berani nk bgtau tunang aku. tp aku ttp rasa kesal sb kasut idaman aku x de. dan juga kasihan sama beliau. owh Tuhan apakah benar tindakan aku itu ?

perihal beliau ini, bukan setakat dua tiga org yg bg bad review pasal dia tp ramai. oleh itu aku berdoa agar tidak lah terjadi pada aku. sb aku kasut dorang baju. tapi nk terjadi jugak nk buat mcm mana. ya aku tahu ini semua takdir dari Allah. ketentuan dari Allah. tp beliau kan mencari rezeki, kenapa perlu menjahanamkan impian org. yalah mgkn beliau baru dalam arena ini. tp tidak lah bagus kalau setiap yg terjadi itu tidak di jadikan iktibar. i did adviced him not to do the same things to others. kesian kat bakal bakal perantin yang mengidamkan sesuatu yg istimewa di hari kebahagiaannya. 

customer (most of them is B2B) percaya dgn vendor. put 100% over kepercayaan mereka kepada vendor agar dpt merealisasikan impian perkahwinan. tp masih ada lagi vendor yg x reti nk bersyukur. self-centered. pilih bulu. membezakan kasta dan level. amik perkara endah x endah. buat keje lambat. tamak. sweet talker. janji tinggal janji. owh my.. pls la. kamu orang mencari rezeki. B2B adalah customer kamu orang tapi kenapa kamu orang sendiri menutup periuk nasi kamu orang sendiri ? Allah dh bagi bakat dan kreativiti kepada kamu, tp kamu tidak tahu bersyukur. sayangnya kalau kamu bersikap begitu. biarlah kamu di atas sekalipun x perlu lah kamu nk mendongak ke langit tanpa sedar yang kamu itu berpijak di bumi nyata.

tgk kan dah membebel panjang. sorang pnya hal semua lak kene. bukan lah aku nk ngomel ke apa ke. tp kasihan lah pada kami kami B2B ni yang bnyk melabur utk hari yg seumur hidup sekali je berlaku. (insyaAllah jodoh kekal sampai syurga) berperikemanusiaan lah sikit. jangan lah nk tekan tekan. lepas tu menunding jari kepada mereka yg x bersalah. dont put ur blame on others. apa salahnya bertolak ansur. rugi skrg x bermakna selamanya kamu rugi. rezeki Allah taala yg beri. percaya la pada rezeki masing2. kalau x dapat buat jangan janjikan yang bukan bukan. adoi. dah membebel lak aku kan. kesal betul dgn mereka yang tidak tahu di untung.

ada banyak yg aku nk bebelkan pasal vendor. tp title pasal kasut. so benti je lah takat ni. stress lak aku pk pasal vendor vendor ni. nnt la kalau aku rasa nak sambung bebel aku letak title khas. PESANAN BUAT VENDOR. haa gitu boleh ? dah laa.. jumpa lagi. daa~!! T________T tetiba mood terbang laks. huhu.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya telah Kau tetapkan jodohku, rezekiku, dan ajalku. Ku bermohon dari-Mu ya Allah, temukanlah jodohku dengan Helmizan b. Mohd Amin dan Kau permudahkan segala urusan perkahwinan kami. Jadikanlah perkahwinan kami sebagai ibadah kepada-Mu dan cinta di antara kami adalah kerana Mu ya Allah. Amin."

♥ Entry Poyos : Singgah Buang Habuk di Blog Yang Dah Bersawang Ini ♥


ingat lagi tak kisah ini ♥ Ceritera CINTA #10 : my sweet weekenders - Part 2 ♥ ? haa ini lah hasilnya yang sebenar selepas di touch-up oleh jurumekap profesional dari Maybelline. korang mesti perasaan kejambuan dan kejelitaan aku itu. itu sebetolnya adalah teknik posing.

dagu aku meruncing cenggitu hasil dari penggayaan jurugambar profesional yang mahukan aku pose begitu bagi mengelakkan kembangnya wajah aku. try cuba klik kat link yang aku bg tu. cuba tengok wajah aku yang sebenar yang di ambil dari camera iphone. sangat lain bukan. sehinggakan ada yang ckp itu bukan aku. sedey oke~!!!! sememangnya suatu ketika dulu aku sgt slim river dan kini bahagia bersama aku. Alhamdulillah semakin sehat. wahahahahahahah~! MACAM MANA NAK KURUS BALIK NI. SSH SGT NK TURUN BERAT BADAN NI. TOLONGGGGGGGGGGGGGG~!!!!!

buat apa aku nk letak gambar orang lain ? buang karan jep. bek aku letak gmbo aku yg shun meleshun ni. hahahahahha~! cayo la. aku mmg fotogedik. oleh itu menanes la kamu. kahkahkah~! ada gak yg jeles ngan aku sb aku shumel sgt bila bergambo. tp tgk aja la gambo yang di entry ♥ Ceritera Lapok #02 : Heboh Kecoh with Siblings ♥  mmg sgt comot tanpa mekap dan kebengkakkan badan ku secara meluas. hahaha~! ya skng aku dah chubby. sangat~!!!!!!! tp aku tetap menten kiut bila bergambo. gagagaga~! sila la muntah telaga naga hijau.

p dot s: sejak menchubby ni aku dah x terurus. sekian harap maklum. bakal make over x lama lagi. sebaldi kene brain wash soh jaga penampilan. nantikan hasilnya. bila ? aku pn tatau. hahahaha~! doakan kejayaan aku menurukan berat badan.

oke singgah nk buang habuk jep. bukan  nk membebel. heehaa~!! jmpa lagi sayang sayang ku semua. wendu bangat deh mahu menaip. nnt jumpa di persiapan kelam kelibut aku. jeng jeng jeng~!!! chao sin chee...

♥ bridezilla mode turn ON versi #01 ♥


ini LOGOnya. sila klik utk pegi ke FB Pages CahayaKad

ini BUKTI status FB mereka. SIALAN!!!!

nah aku besarkan utk tatapan semua. HAHA~! *gelak setan. ggggrrrrrr*

menjawab tu. nampak sgt beliau ini...
BODOH dan SOMBONG dan BANGANG dan BONGOK!!!!
terlongkop la kau kat situ dengan kebodohan kau itu.
tatau nk amik hati customer langsung. HUH!

oke. nk menaip ni pn menggigil. keje manyak ni. tp aahhhh aku nk posting benda alah ni dulu. sangat sdg berapi ni. nmpk x nmpk x ? saya tahu kamu x nmpk. tp boleh rasakan kemarahan saya ? TQ to BBF sb bagi support. kita bako je.. bako kedai mereka. grrrr....

CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT~!!!!!

kamu paham kah wahai CahayaKad ? kau buat bisnes. mesti kau nak cari customer kan ? boleh tak kau berbudi bahasa sikit dgn customer kau ? kau ini BODOH SOMBONG. berkarya atas dasar SYIOK SENDIRI kot kau ni. aku akui kau patut bangga dengan trade mark dan konsep kau. tapi KAU TIADA HAK UNTUK MEMPERLEKEHKAN IDEA CUSTOMER KAU bangsat!!!

aku kalau dah mengamuk habis semuanya terluah. sbb tu aku tutup blog aku yang lagi satu tu. sb mmg banyak gila benda yang tak patut keluar terkeluar. *oopppss dah out of topic plak*

astagfirullah al'azim.. aku sgt runsing dgn persiapan perkahwinan aku. lain-lain vendor yang buat printing kad kahwin x de pn nk BERKURANG HAJAR macam kau. wlpn ianya status FB dan x kesah lah kalau kau tuju pada siapa-siapa hakikatnya CUSTOMER IS CUSTOMER. mereka bertanya. bukan mereka suroh kau print teros la bodoh!!! aku dah UNLIKE kau. sbnya aku tasuke cara kau memperlekehkan dan MENGGELIKAN idea customer kau. aku kasihan sama kau. aku harap ianya tidak akan berlaku pada your future customer. kau berniaga tapi kau dungu tentang selok belok perniagaan. kasihan kau.

terima la padahnya bila aku dah mengamuk. semua aku lampias. dah tak suci dah blog aku ni. haih la. nasib la nasib.... xpe insyaAllah lepas ni x akan terjadi lagi pada aku. kalau terjadi juga itu semua di atas kehendak Yang Maha Esa. aku doakan semoga kau buka hati buka minda kau. jumpa lagi. as'salam..

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar