BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Sehangat Asmara Bakal Diadaptasi ke Drama

as'salam dan salam sejahtera.
kawan kawan semua. best x raya hari ni ?
bnyk dpt daging qurban ?
me nemam. haha. cian kan. kene selesema.
baik punyer. sobs!

xpe. penghapus dosa kecil.
lepas je up entry kat bawah ni.
terus pengsan. kepala saket gila.
huhu. so ni up lg entry.

ingat x me pernah tulis entry tentang novel
{klik untuk lanjutan ceritera}

me mahukan Aaron Aziz untuk melakonkan watak Zainal Arief.
betol kan? tp now kita dh tahu siapa pelakonnya.
nak tahu kene teruskan bacaanlah.

Sehangat Asmara ialah novel karya Aisya Sofea bakal diadaptasi dalam bentuk drama, 

pelakon heroinnya Rita Rudaini sebagai Kamilia Najwa Tan Sri Ahmad Sharifuddin

bersama pelakon Adi Putra sebagai Zainal Arief

dan Fahrin Ahmad sebagai Azman

Pastinya ramai peminat novel sudah membaca kisah Sehangat Asmara ni, kisah cinta tanpa restu keluarga antara Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Drama Sehangat Asmara ni akan datang ke Tv3, diarahkah oleh Feroz Kader, dan tarikh masih belum pasti lagi.

Apa apa pun kita nantikan saja kemunculan drama ni bersama pelakon pelakon hebat di kaca tv anda.

Sinopsis Sehangat Asmara

Sinopsis dan jalan cerita dalam novel, mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.

Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya tu tetap tak muncul, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay lupakan Zainal.

Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Zainal ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita.

Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.

Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita. Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Bapa Kay mengaku akhirnya yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, tetapi bapa Kay sudah insaf dan mahu Kay dan Zainal berbaik semula.

so apa komen uols ?
suka x dengan barisan pelakon itu ?
for me oke lah sb ada abg Ady Putra. haha.
samada Aaron Aziz atau Ady Putra, both mmg me suka lakonan dorang.

me pernah tengok gandingan Aaron Aziz dan Rita Rudaini dalam Rahsia Hati.
mmg secocok dan sesuai dan ngam.
Ady Putra me selalu tengok beliau di gandingkan dengan Nora Danish.
tp.. untuk kali ini me rasakan Ady Putra dan Rita Rudaini sesuai melakonkan watak dalam novel Sehangat Asmara tulisan Aisya Sofea.
eceh macam apa je me mengkritikkan. haha.
this is just my two cents. how about you ?
drop some comment k loves~!

#1hotlovers
#aaronators

♥ DRAMA : Tentang Dhia ♥

as'salam kawan kawan. ni nk citer pasal citer yg depa dok hangat perkata la. sejak semalam (29 Dec 2011, Khamis). Episod akhir drama Slot Akasia (TV3) Tentang Dhia. kecoh satu malaya. owh mgkn jg satu dunia. kehkehkehkeh~!!! 

smlm tiada kesempatan utk aku menonton di tv. oleh itu aku tonton di TONTON.com dengan jaya utk beberapa episod yang terlepas jga aku dh recover. tgk sensorang lg feeling kot. emosi berlebihan dapat di keluarkan. haha. *menceceh lak aku kan*

this is just my 2 cents. pendapat aku. pandangan aku ya. jangan ada pula kata kata pujangga di belakang aku nnt. toksah la nk dok report mana mana ya. jangan ada yang nak sesentap plak. eh apa aku lalut lg ni. haha. baiklah. ramai yang mcm tasuke dgn ending drama ni. mengikut timeline di tweeter dan status FB la. haha. aku baca jep x tgk pn lg episod akhir (waktu itu la). bila dh tgk ni ada la beberapa pandangan bagi aku ending citer ni bagus.
  1. Zikir dan Dhia meninggal bersama. mksdnya CINTA Sehidup Semati. bukan sorang hidup sorang mati ya. ini menunjukkan cinta sejati sbg pasangan lah. yang nyata cinta hakiki adalah pada Allah taala.
  2. ujian dalam hubungan suami isteri dan rumahtangga mereka. kepercayaan itu penting ya. (walaupun aku belom kahwin tp rasa mcm dpt rasakan kepedihan yg di alami Dhia). Dhia setia menanti suaminya. cekal menghadapi segala tohmahan dan fitnah. wlupun ianya drama atau satu babak lakonan semata, tapi aku percaya ada insan seperti Dhia di luar sana.
  3. walaupun kita x nampak pembalasan pada Ku Salmi tp aku dapat rasakan kesakitan yang dia alami. kehilangan satu-satunya anak lelaki yang di kasihi. walaupun di dunia tidak mendapat pembalasan di akhirat Allah sudah menjanjikan pembalasan pada perbuatan syirik.
bagi aku kalau happy ending pn aku rasa mcm it's like typical malay drama. mesti nk happy ending. live happily ever after. apa salahnya kalau kita menonton drama ini dan amik sebagai iktibar, pengajaran dan teladan. apa yg di tulis oleh penulis skrip pasti ada perkara yang nk di sampaikan, kan ? walaupun sad ending tp jalan penceritaannya bagus. bnyk perkara positif yang kita boleh ambil dari drama ni. cuba fikir di luar kotak. mesti kita akan rasa owh this is the best ending we have watch. oke !

"Hanya kematian saja boleh pisahkan kita. SILAP ! kerana keduanya menghadap Allah, jadi bukan kematian boleh pisahkan, malah bahagia di Akhirat :)" - tweet dr Adi Putra

oke tu jep komen ku. tiada lagi. hehe. jangan marah ya. selamat berhujung minggu utk mggu terakhir di tahun 2011. sayang korang ketat ketat. XOXO~!!!

Demam Aaron Mustapha Aziz

Hye peeps.. lovelies.. beauty.. hensem..

Kau kenal dengan Aaron Mustapha Aziz ?
haa jangan nak buat buat x kenal la. aku siku baru kau tauhu.

beliau ialah...
Aaron Aziz
haha. korang sudah terkena. oke poyos.
nak tayang ni je sebenarnya. jom layan..


jangan x percaya. he can sing tau. tp suara beliau cam comel kn. macam memalu gitu. haha.  oke yes yup exactly and absolutely.. aku dah demam Aaron Aziz.

ekceli aku minat ngan Aaron Aziz ni since citer Emil Emilda. but when i found yg beliau nih dah married then i close my eye je lah kan. bolayan laa.. gitu. [kuciwa sebenarnya. hahahaahaha. oke abaikan]

setiap lakonan beliau dalam drama ke filem ke aku tgk cam biasa la. no heart heart feeling ni. nan ado org kata. biasa biasa jep. sebetulnya mmg aku akui beliau ini mmg hensem la kacak bagai. but seyesly x de la aku menggila macam skng ni. haremmmm... T__________T

BUT NOW...

bila aku tgk Nora Elena dan KL Gangster... aku cam kene electric shock. macam terpana la tgk beliau ini. tatau ah nape. [dugaan bertunang ni. kunun] mmg siang malam asyik dok igaukan beliau jep. tp dlm mmpi x de plak beliau dtg menjengah. haha. aku je suke berangan sebelum tido. haha.

mesti korang semua dah naik menyampah rasa cam nk makan sampah je kan bila baca blog aku ? sana sini AA [bukan Air Asia ya sayang sayang ku. AARON AZIZ~!!!!!] hehe. suke aku la kan. 

pakcik bintang pn dah naik meluat. bila tiap kali dia msg, aku akan sms..

"tgh meroyan ni. meroyan dengan Seth Tan aka Aaron Aziz"

then dia pn sms..

"sama macam B kan ? sb pakai L'oreal. kalau pakai Garnier sama macam Fahrin Ahmad la kn ?"

oke aku malas dh nk layan. boleh ? hahahahaha~! Aaron Aziz kan duta L'oreal. haddoi. kebetulan la plak. harharharuuuu. oke la. nak share tu jep. jumpa nnt la. daa~!!!! mwahmwahmwah. sayam semua XOXO~!!!

FILEM : Ombak Rindu

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

*********************************************************************
saya suke kamu. aauuwww~!!
aku sepertinya tidak percaya. Novel Ombak Rindu adalah satu novel yang amat menyentuh hati ku ketika aku mula membacanya. Watak Nurul Izzah sgt2 berjaya menumpahkan air mata ku. Hariz lelaki kaya yang kacak yang mampu meruntun hati setiap gadis yang membaca novel itu.

aku happy sgt bila dpt tahu novel kegemaran aku akan di filemkan. Tahniah kepada Fauziah Ashari kerana menghasilkan novel yang sgt berkualiti. Sinopsis novel ini adalah seperti yang di atas. aku sgt berharap filem Ombak Rindu ini akan berjaya.
Ini adalah barisan pelakon Ombak Rindu:
  • Nurul Izzah : Maya Karin
  • Hariz : Aaron Aziz
  • Mila Amylia : Lisa Surihani
  • Datuk Sufiah : Umie Aida
Harap2 Maya Karin boleh membawa watak Izzah. Untuk Lisa Surihani.. beliau sememangnya cantik. dari trailer yang di tonton beliau boleh membawa watak antagonis. hahaha. suke suke jep aku cakap camtu kan. dan sekali lagi... Aaron Aziz membawa watak hero yang bisa mencairkan hati gadis2 di luar sana. owh bertuahnya isteri beliau. aku doakan moga mereka bahagia hingga hujung nyawa. layan gambar family Aaron Aziz.
Happy Family~!!! ♥♥♥
oke satu je la eh. sb ini je gambo yg aku suke. suke suke aku je kan tempek gambo ni. hasilnya dari pakcik gugel la. hahahaha. sb anak dia sgt comel. oke sesi verangan bermula lagi. arrghhhh.. [tarik tarik rambut]. jumpa lagi. daa~!

DRAMA : Nora Elena & Ahmad Seth Tan


al kisah aku mmg selalu terkebelakang. orang lain dah lama meroyan dengan citer di Slot Akasia TV3 ni iait Nora Elena yang di adaptasi dari sebuah novel Kasih Yang Suci. aku baru nak meroyan sensorang. haha.

oke padan lah semuanye macam meroyan gile dengan Seth. tahu la Aaron Aziz yg berlakon tp penghayatan watak tu aduiyai aku pn turur sama meroyan. gagagagagagaa~! otak aku skng ni asyik sgt dgn watak Seth Tan tu. hailaaaa... fengsan !@#$%^&*(

Nora Elena yg di bawa oleh Siti Saleha juga menyentuh hati aku. dh la beliau itu comel. cara ckp pn ada style. wlupun dgr cam pelat2 sket tp kiut sweet dan comel dan adorable. owh bertuah badan oke. errr.. hahaha. cara dia marah pn nampak comel. sb tu Seth ckp "abg suka tgk Nora marah. sb Nora nampak cantek bila marah" hahaha. mmg pn kiut je. marah-marah manja.

sanggup aku donlod drama Nora Elena ni. haih la verangan. tersentap sentap hati aku. tgk bnyk kali pn rasa sweet jep. hmm.. padan laa.. betol la tu smpi ada blogger tuju surat x puas hati dgn TV3. haha. surat yg buat aku gelak bila baca. mana link dia ntah. nnt jumpa aku tempek kat sini k.

UPDATE~!!!! aku jumpa ni kat gua.com.my

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??

Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"

"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana.

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan 
Putrajaya

inilah surat yang aku maksudkan tu. yg menulis surat ni ialah Cik Geli Geli yang tulih surat ni utk suke suke jep. jangan di ambil seyes lak eh. tp betul gak apa yg di katakan oleh Cik Geli Geli. mana ada lelaki yg seromantika itu. [ada jugak aku paksa tunang aku bertukar jadi Seth Tan nnt] tp seyes weh kusut pale otak aku bila terbayangkan Seth Tan tu. kusut sebab kacak sgt sey Aaron Aziz. Beliau sgt HOT kacak tampan dan seangkatan dengannya. T_______T

romantik dan penuh kasih sayang watak Seth Tan tu. sanggup buat apa saja utk kekasih hati tersayang. oke melting again and again and again bila di bayangkan. huhu. hidup dalam angan angan je aku ni. hurmm.. oke la x de dh aku nk komen komen. nnt aku komen lelebih kang muntah plak korang yang baca. jumpa lagi la. daa~!

Nora Elena ♥ Ahmad Seth Tan
p dot s: otak tegang pk pasal persiapan perkahwinan. Ya Allah permudahkanlah urusan persiapan perkahwinan aku bersama Helmizan. amin.

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar