BLOG DISCLAIMER

Blog ini merupakan blog berkenaan Ceritera Kehidupan / Ceritera ILMU / Ceritera Lawak@Gossip / Ceritera Persiapan Perkahwinan / Ceritera CINTA / Ceritera Sahabat & Ceritera Hikayat Cik Puan Sarah Hernyzar dan Encik Tuan Helmizan untuk sejarah kehidupan kami. Blog ini juga adalah untuk di kongsi bersama pada pembaca dan blogger. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Contact Us. Sebarang komen / kritikan boleh di isi di ruangan selepas entry. Sebarang perasaan menyampah / meluat / melugai / atau sebagainya adalah tanggungjawab sendiri. Sila tidak teragak-agak untuk pangkah X. Sekian Terima Kasih.

☆•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

Showing posts with label emo struck. Show all posts
Showing posts with label emo struck. Show all posts

I am so speechless

sad? yes i am.
bridezilla? nope.
start from  now on, 
i will do what necessary need to do.
no exciting. no support. no nothing!

up to them what they want to do.
for me.. there is nothing perfect.
just let the wind blow..
may Allah bless me.
aamiin.


The Date The Wars


title bikin gempaq.
gambar pinjam. haha.

oke x de apa pun.
cuma me runsing.

WE (me and my starinsky) have locked our date.
but there's someone (relatives) wanna get married on the same date.

the story begin...
WE (my femmelive) have "propa" / "kepochi" / spread the news
 to other femmelive members (ZAR's big family),
me (angah) wanna get married on this date this date.
they agree. oke. the case close.

but now... they want the date that WE have locked earlier.
case open. again.
mom speechless.
like seriously... they want the date ?
"di luah mati bapak di telan mati mak"
kemam sendiri geli dalam tekak.
hmm...

me? starinsky?
???? should we consider or should we stick with our plan ????
this happened twice.
hukhukhuk.
am so speechless. blurry~~

it's all about F to the A to the M to the I to the L to the Y.

Yes No Maybe

tinggal lagi bbrp bulan. ehem.
now dh start runsing.
dh start rasa mcm ragu-ragu.
dh start tak percaya kat orang.
dh start bride-zilla mode.
dh start pening pening nyamuk.
dh start tarik tarik rambut. eh?

haa.. bnyk tak dh start tu?
banyakkan.


bila g jumpa vendor.
diskas diskas itu ini begitu begini.
end up tak dpt kata putus.
hati ckp dorg ni syiok sendiri.
hati ckp dorg ni propa lebih.
hati ckp dorg ni dh kenapa? aku yg nak kahwin ke kau ?
haa camtu sekali tau.

pastu pastu.. bila tak dpt decide which vendor,
ngadu kat bintang. bintang bg kata semangat je.
sb dia busy. kerja kerja kerja.
ok saya paham kehendak perkhidmatan.
alhamdulillah rezeki Allah bagi utk kami.
have to accept gak la walau mcm mana pn kan.
pasrah je bunyikan. sobs sobs sobs.
abes takkan nak aku berguling guling tenggiling lak.
minta dia cuti dan sama-sama cari vendor.
mmg tak dapat lah jawapannya. T___T

hari hari rasa nak nanes.
rasa nak jerit kuat kuat.
rasa nak hantuk pale kat meja study.
bila ada yang berkenan, tetiba rasa tak yakin.
yg dorg boleh deliver ke tak.
kenapa ada 2nd thought?
cuba kalau dh decide tu terus je kepada stage seterusnya.
kan senang. mudah kerja.

DIY pn tergendala.
sb mood lari lintang pukang.
pegang je jarum benang gunting.
ngeluh. cebik muka.
cecemik muka mcm nk kene lempeng.
bungkus balik masuk kotak.
sudahnya tak ke mana DIY aku tu.
tak de lah doorgift utk orang yang dtg sudahnya nanti.

mana perginya kekuatan dan semangat aku ni.
dulu kemain beria nak DIY itu ini.
yang satu ni pn semput nak buat.
apatah lagi yang lain-lain tu. Allah hu akhbar.

now mood pn dh ke mana.
taip entry ni pn muka cecemik.
hati banjir. kememe betul aku ni.
k lah nak tido. esok bnyk lg tugas untuk 11 Feb 2013 ni.

selamat malam gegula hati. sayang semua.
XOXO~!!!

When I'm Alone

No one can see the pain that we hide,
They’re happy for us to keep it inside,
Our fear is our own; they don’t want to know,
Why sould we involve them; why should it show.


You live your whole life in confusion and fear,
The need to feel something unbearably near,
Half of you living, Half of you gone,
And inside you know what your doing is wrong.
The thing’s that can help, the thing’s that may heal,
Are the flame or the blade and the sting of the steel,
The destruction of skin means the death of your soul,
But there’s nowhere to run when your living alone.

A Word From Me

the thing that i would like to said from deep inside my heart. 

"The thing I hate about some friends is...
they tend to ask other people about me... 
rather than ask it to myself. 
Most of the time the person that you ask about me is...
the one that is my hidden enemies and you're f--kin believe them. 

Now listen, I'm not born to be a beast,
if you haven't found the guts to know me personally,
you are not my friends!"

Thank you! and I'm sorry for the harsh word T________T

S.E.R.A.S.U.T

as'salam dan salam sejahtera.
hari ni agak S.E.R.A.S.U.T
harap bloggers and lovely readers happy dan ceria sentiasa.

Sumber Wansteddy
iaitu SERAbut + kuSUTS.E.R.A.S.U.T

jangan ikot formula ini ya ! amaran tak brp nk keras. haha.
kenapa ? kenapa ? kenapa ?
mesti uols nak tahukan kenapa iols S.E.R.A.S.U.T
betul x ? tok sah nak pedaah lahai. ngaku je le. haha.

oke me S.E.R.A.S.U.T sb bbrp perkara.
yang me rasa oke kot share kat sini.
klu x oke x kan me nk tulih kan.
sekadar di pinggiran luahan hati dan rasa juga bicara.

1st thing 1st:
ada orang dengki dengan keluarga kami.
black magic or black metal or baba black sheep is NOT ALLOWED here.
eh ? hmmm... rimas!

2nd:
my dad masih belom fully recover.
still need to give 200% attention to him.

3rd:
my lil brother getting married soon. insyaAllah
and I ? sobs T_________T

4th:
freaking tired from day to nite to day to nite.
tatau kenapa sgt sgt super penat mcm org keje angkat batu-batu konkrit.

5th:
on off FEVER ! 
hey apa ni ? ingat chipsmore ka kejap ada kejap x de.
pitams ! demam kupu-kupu agaknya.
doc pn kasi ubat yg sama sajo. haih ! @___@

dan banyak lagi yg rasanya x boleh nk taip.
x sampai hati nak taip kat sini.
huhu. sedey. nanes. banjir!

hanya mampu bersujud mohon kekuatan dari-Mu yang Maha Esa.
selamat malam. as'salammualaikum...

p dot s: gigih juge nak post entry tetengah malam ni. hoih! tido lah..

S.E.P.I

as'salam dan salam sejahtera.
harap kawan kawan bloggers dan readers semua sehat ya.

dah lama me menyepi.
sobs~!
xde la lama sgt kn.
baru 11 hari me x post pape entry. 
huhu.

can you feel my tiredness ???
me terasa sgt.. 
penat.
exhausted.
tired.
letih.
uhuk~!

kehidupan seharian yang meminta utk berkorban.
ku rela. eh redha. eh pasrah.
semua ini pasti ada hikmahnya.
hanya mampu ku lakukan..

usaha.
doa.
tawakal.

insyaAllah.. pasti sinar kebahagiaan menanti di penghujungnya.
annyonghi kasayo.

♥ TRAUMA ! Kisah Wardina Safiyyah ♥

as'salam dan salam sejahtera.
hari ni aku nk berkongsi kisah Wardina Saffiyah.
Kisah ni telah di tulis oleh beliau di laman fan page FB


di sini saya kongsikan kisahnya utk bacaan para sahabat.

Mereka merompak "perasaan selamat" saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk
Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan
Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina

Ya Allah.. ini adalah pengalaman aku membaca sesuatu yang benar-benar menyentuh hati aku. sehingga menitis mutiara kaca jatuh ke pipi. penulisan Wardina Saffiyah sangat sangat menyentuh hati aku dan aku sedar bahawa aku jahil dalam sesuatu perkara iaitu Tauhid kepada Allah. Ya Allah insafnya terasa diri ini. terlalu banyak perkara yang aku perlu pelajari. terasa diri ini terlalu berdosa kepadaNya. dan juga si pemilik tulang rusuk kiri yang mempertahankan "hak"nya. Ya Allah kurniakanlah aku suami yang menjaga haknya keranaMu ya Allah. setiap perkataan dan ayat Wardina membuatkan aku menangis tersedu sedan. apakah pengertian ini ? ya Allah besar sungguh kebesaranMu. 

terima kasih Wardina di atas penulisan anda yang sangat sangat memberikan saya kesedaran. tiada kata yang dapat di ungkapkan. tangan menggeletar ketika menaip dan tangisan yang tidak berhenti. jumpa lagi.

♥ Ceritera Kehidupan : Living Life All by Myself ♥


Hidup ini penuh dengan dugaan. Ada kala ceria, gembira, gelak ketawa dan ada kalanya penuh dengan duka, kecewa, dan linangan air mata... Apa yang aku rasa kala ini adalah secebis dari segala perjalanan hidupku takat ini... I will not discussing about it because yeah somebody else maybe having more than me what I experienced isn't as bad as what others have experienced more or less but for last 2010/2011 I think my life sucks. Totally ! If I still feel like tomorrow, I will still think life sucks but it's never as bad as I think it is now just how my attitude and act about it...

Dan hari ini kawan, aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku buat... segala kelakuan dan keputusan aku semuanya serba tidak kena. because I didn't get my way to solve it, so life sucks.. I'm not stupid... I know how this world function well. most of it. yeah it's easy to said my life will suck if I want it, so everything depending on what I try to make it but, I like others always feel when something doesn't go the way I want it to [apa ayat mcm belacan lenyek ni. aah abaikan] then I will automatically think that life sucks! It natural feeling for me and maybe some of you... aku ada ramai kawan.. sahabat baik pun ada [tangan di bahu mata juling ke atas] really... my life was great... totally great.. well, so how come my life sucks? yea, yea, i know... i'm sooooooooo lucky... blah blah... yada yada yada... to have a home, education, and food... blah blah... but sometimes... entahlah... I know all the shit... something's missing... and i don't know what it is... i'm still searching... Bukan niat nak menagih simpati... u can keep it to urself... seriously... aku cume luahkan apa yang terbuku di hati.. ketidak puasan terhadap apa yang telah terjadi... bukan menyalahkan takdir... dan memang aku mengeluh sekarang ini.... kenapa harus sekarang !!! [oke penulis penaip sudah menggila sila berhati-hati] just continue your reading without barred.


Kekadang, I just want to tell my mind to "shut up, you think too much!" but my mind will never and can't shut up cuz it's just always alert.. (except when i'm dead, then it'll die)~ hahaha ~ Erm... yeah shit happens... but i can't simply spend my time thinking about the possibility that things could change to be better... if that thinking was so damn easy then my life would be PERFECT !... too PERFECT !!!... Shit happened... and I'm glad it happened... really... it open my eyes more than ever... it change my perspective... about life / love?... if i always live a selamba static life, ...i wouldn't learn anything... and it's a shamed i wasn't choose to see the reason of it... So my life now truly suck... n i try to live with it... end of story !!!

too bad we all live in a place called world.. world always unfair aite.. to say that our life is suck.. i rather say that all life's are suck.. every each of us experience our own ups n downs aite.. but what matter is how u cope it, how u deal wit it n how u express it.. there are sum who treasure the suckness of their life.. others don't.. so, juz pray that tomorow or days ahead would offer u the best.. coz we'll know, the best yet to come.. cherish life, love n time while we still have it.. neway, have a nice day..

♥ should I or should not I ? Hmm.. ♥


aku dalam dilema. 
patutkah atau tidak patutkah ?

rasa bersalah ? mungkin ya.
rasa bosan dengan mereka ? mungkin ya juga.
rasa x best ? ya I think.
rasa di aniaya ? speechess.

Owh NO~!!! feel so bad. durhhhhh~!!!

♥ Dunia Blogging : AWAS! Entry Agak BerEMOSI ♥

aku mula berblogging sejak tahun 2007. aku tahu korg pasti tertanya-tanya mana year 2007 pada archive aku kan ? sebenarnya....

aku mempunyai 2 blog yang aku uruskan secara berasingan tetapi menggunakan 1 email. blog yg bermula sejak tahun 2007 itu bertitle Respect | Honour | Loyal. kalian boleh klik pada link yang aku berikan. pastinya akan keluar seperti di bawah ini:


Iya kan ? terhasil seperti ini. Ya benar.. aku hanya open utk readers yang di jemput sahaja! siapa mereka ? tiada siapa pun sebenarnya. aku kembali membaca entry-entry yang ada pada blog tersebut. aku sangat merindui entry-entry tersebut. banyak mengajar aku erti aku kehidupan, persahabatan, kekeluargaan, berkongsi dan meluahkan apa jua yang terbuku di hati aku. 

aku rindu utk mempamerkan kembali blog lama aku. tapi aku tidak siap untuk berhadapan dengan risiko. apa jua risiko sekalipun. aku lebih senang di sini. di "umah" baru ku ini. aku ingin menjadikan blog ini sebagai tempat aku meluahkan hati dan perasaanku. sebagai sebuah diari yang boleh berkongsi dengan semua. segala kisah lalu ku akan ku padam terus dari dunia blogging ini. tiada lagi blog lama aku. kini aku akan meneruskan dunia blogging ni dengan kisah cerita hidup ku bersama pasangan ku. ini adalah keputusan ku.

SELAMAT DATANG BUAT DIRI SENDIRI. KINI BARU AKU TERSEDAR~!!!

ku mohon doa dari kalian agar aku lebih kuat untuk menempuh masa depan ku. ya aku kelihatan tabah menghadapi segala namun hakikatnya aku lemah dan longlai untuk berdepan. kalian adalah penguat aku untuk meneruskan penulisan di dunia blogging ini.

salam sayang dari ku buat kalian. XOXO~!

With LOVE,

Copyright © Hernyzar Helmizan Profile and Official. Designed by sarahhernyzar